Langkau ke kandungan utama

kalau dia nyanyuk pun.. paih leh kata apa...


biasalah dah terlampau lama pegang kuasa... peduli apa katanya ore nak kata apa... lantak lah.. janji kuasa tu dalam pokek kawe.. hehe... dah nyanyuk tak sedo diri lak tu... ape da nik ajiz.. baik dok rumah bermesra dengan anak cucu... sebab makin lama nik ajiz ni merapu banyak sangat... agaknya dia teringin juga nak jadi pm kot. mana la tau kalau pakatan menang... hadi bagi ruang dekat dia jadi pm.. hak hak.. hancus malaysia beb.. keh keh... mau kene seligi dengan lim kit siang dan nuaq.. mereka pun nak jadi pm gak... hehe... dia punya mulut kalau dok buka bau budu.. ye lah.. asal cakap merapu... merapu... juak-juak dalam paih pun dalam hati mesti ada kata... bilo lah ore tua ni nak taubat... hehe...

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara ‘songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti.

Ini, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu.

Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno.

“Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya.

“Kini Umno melaung Melayu bersatu’, tetapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau untuk Islam?

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Mengulas saranan Mahathir supaya beliau bersara dari politik, Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau melawan mantan Presiden Umno itu sejak awal lagi.

“Saya melawan daripada awal sampai ke akhir, nak turut dia macam mana oleh kerana saya melawan dia.

“Siapa suruh dia berhenti, dan sewaktu dia berhenti dahulu, dia bagi tahu dia tidak boleh memimpin orang Melayu, bahkan tidak berjaya memimpin orang Melayu.

“Saya jawab sendiri, saya kata dah mu tarik ‘songsang’ orang Melayu, sedangkan orang Melayu beragama Islam dan Islam itu pula lengkap.

"Islam sempurna, tiba-tiba dia (Mahathir) tolak Islam dari dasar partinya, buat pandai-pandai dia. Mana boleh orang Melayu nak turut dia,” ujarnya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menghadiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini menasihatkan Tuan Guru Nik Aziz supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

Tuan Guru Nik Aziz menegaskan hasrat untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti tidak berubah.

“Dah orang nak kepada saya, nak buat lagu mana, apa saya boleh buat,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Negeri Dr Mohd Fadhli Hassan ketika mengulas isu itu menegaskan Umno tidak berhak langsung mengulas isu itu.

“Bagi kita, apa saja Tuk Guru kata, bahkan selagi Tuk Guru ada, kita mahukan Tuk Guru memimpin kita.

“Ini adalah hak ahli PAS, sesungguhnya selagi mana Tuk Guru ada, kita nak Tuk Guru yang memimpin PAS,” tegasnya.

ps: lantak ko lah paih.. tiada pemimpin yang berkarisma dan boleh dipercayai.. ramai yang mace nik ajiz ni, cakap.. cakap cakap dan cakap... kerja?

Ulasan

  1. WALLY SLIPAU DAH TERRR'SAIN' MATI. SKANG NI JD HAMBA TEBUSAN DEEAYYPIG SAMPAI MATI LERRR KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. dian nyanyuk keke.. kuasa kawe yg punyo.. hehe

    BalasPadam
  3. SEBENARNYA SIAPA YANG TOLAK ISLAM?YANG AKU TAHU NIK AZIZ NGAN PAS YANG TOLAK ISLAM,BAGI FATWA MENGARUT,RAKYAT TAK DIJAGA,KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR TAK BUAT,MEMAKI HAMUN DALAM CERAMAH TIAP2 HARI,KALAU BETUL DIA AMEK ISLAM,DAH TENTU DIA PERCAYA HARI KIAMAT DIMANA SEGALA PERBUATAN AKAN DIPERSOALKAN,PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT MACAM NI HARI KIAMAT MEMANG PARAH LA...ATAUPUN DIA NI LANGSUNG TAK PERCAYA HARI KIAMAT?SAMPAI BUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI NI SETIAP HARI??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini