Langkau ke kandungan utama

perkara anda patut tahu...


erm hadi ke anuar PM, atau kit siang... atau nik ajiz nak juga.. ei ei.. tak leh.. karpal singh mau juga hehe.. eh eh.. hehe... belum dapat kuasa dah mimpi-mimpi bukan-bukan siapa bakal menjadi PM nanti ceh... pakatan-pakatan.. kehampehan dan kerosakan, tapi ramai yang tak sedar-sedar lagi.. chirakak tul.. ok ini aku ambil dari rakan fb klik.. dan kalau kita tengok.. pada 1999 pas dapat menawan terenggganu dalam pru 10.. dan pada 2004... pas kalah dalam pru 11 yang aku rasa rakyat terengganu dah tahu busuknya pas... beb... dan harap sekalian rakyat terutamanya yang berbangsa melayu... fahamilah.. kejahatan pas.. dan kejahilan pas.. cakap je terer.. tapi habuk pun tarak...

25 Pekara Yang Anda Perlu Tentang Bakal Perdana Menteri Malaysia

1. PECAT DAN TUKAR PEGAWAI: Menteri Besar Haji Hadi Awang sebaik dilantik menjadi Menteri Besar pada 1 Disember 1999 berjanji tidak akan balas dendam kepada penyokong Umno, tetapi beberapa hari selepas itu pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang menyokong Umno ditukar dan dipecat.

2. TUDUH BERLORI-LORI FAIL PENYELEWENGAN TANPA BUKTI: Haji Hadi membuat ketika berucap di perhimpunan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah selepas menang berkata, terdapat berlori-lori fail penyelewengan Kerajaan BN Terengganu yang lalu, tetapi sampai sekarang satu pun tidak dapat dibuktikan.

3. JANJI NAK BUAT KHARAJ: Pada 4 Disember Haji Hadi umum di Masjid Pulau Rusa bahawa akan mengadakan Kharaj (cukai untuk bukan Islam) tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.

4. BERBOHONG JUMPA MINYAK DI DARATAN: Pada 25 Oktober 1999 Haji Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mengumumkan bahawa telaga minyak ditemui di daratan Terengganu (Warta DarulIman 13-22 Disember 2000) dan akan jalankan carigali sendiri, tetapi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Haji Hadi berkata pada Disember 2000 berkata "Cuma ada tanda awal yang mungkin ada."

5. WANG EHSAN HARAM: Haji Hadi berkata di Gemuroh pada 20 Januari 2001 wang ehsan adalah haram, tetapi selepas itu berkata halal pula setelah Kerajaan Pas Terengganu turut mendapat wang berkenaan. Pada 4 Februari 2002 Haji Hadi meminta semua agensi negeri yang menerima wang ehsan agar mengambilnya.

6. BENAR TERNAK KHINZIR: Pada 15 Disember 1999 Haji Hadi menarik balik larangan menternak babi oleh Kerajaan BN sebelum ini dengan motif mendapat sokongan bukan Islam, sedangkan sebelum ini beliau menentang sebarang bentuk tolak-ansur dan pakatan dengan bukan Islam/Melayu.

7. LULUS 8 LESEN ARAK: Dulu tuduh Kerajaan BN tidak Islam kerana benarkan jual arak, tiba-tiba bila memerintah Kerajaan pada tahun 2000 Pas Terengganu meluluskan 8 lesen penjualan arak di Terengganu dengan alasan Islam tidak menghalang berbuat demikian.

8. HADI BERPELUK-CIUM DENGAN LIM KIT SIANG:Dulu pemimpin Pas kata tidak boleh berpakat dengan bukan Islam kerana jadi kafir jika berbuat demikian, tiba-tiba Pas bukan sahaja berpakat dengan DAP tetapi Haji Hadi berpeluk-cium dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

9. BUKA DAN TUTUP LOMBONG EMAS LUBUK MANDI:Dulu tuduh kerajaan BN zalim kepada rakyat kerana tutup lombong emas di Lubuk Mandi lalu dibuka semula kononnya untuk bela rakyat, tetapi sekarang ini ditutup kembali kerana tiada sambutan dan tidak menguntungkan.

10. TARIK BALIK PERUNTUKAN ADUN BN: Dulu pada tahun 2000 peruntukan RM100,000 diberikan kepada empat wakil rakyat BN kononnya Kerajaan Pas adil, tetapi mulai 2001 dihentikan.

11. GUNA KERETA MEWAH: Dulu tuduh pemimpin Kerajaan Umno guna kereta mewah tetapi pada 5 Februari 2001 Haji Hadi ketika beucap di Kompleks Seri Iman mempertahankan Exco Kerajaan Pas menggunakan kereta mewah (Mercedes) dengan alasan untuk lebih laju, selesa, elak kerosakan dan cepat sampai.

12. TIPU SULTAN MENGENAI PENERBANGAN Haji Hadi sewaktu berucap di hadapan Tuanku Al-Sultan berbohong dengan mengatakan kekerapan kapalterbang di Terengganu ialah 11 penerbangan sehari sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

13. TAK BACA FATIHAH: Exco Pas Abu Bakar Chik tidak baca al-Fatihah semasa mengimamkan solat Jumaat dipertahankan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib dengan mengatakan baca perlahan, tetapi mengapa pula Abu Bakar sujud sahwi?

14. WARTAWAN DITUDUH KERA: Pada Februari 2002 sewaktu berucap di Dungun, Haji Hadi melebelkan wartawan sebagai golongan yang lebih hina dari kera atau tupai dan apabila Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) membuat bantahan Haji Hadi berdalih bahawa dia tidak tuduh wartawan di Kuala Terengganu tapi Ketua-ketua Pengarang di Kuala Lumpur. Pada Ogos 2002 Haji Hadi berjumpa dan memuji pula Ketua-Ketua Pengarang di Kuala Lumpur.

15. DAPAT MASUK KUSZA TANPA SPM: Dapat masuk Kusza tanpa memiliki sijil SPM, terdiri dari pelajar sekolah Pas di Kubang Lembik, milik Dato' Harun Taib dan Rusila milik Haji Hadi sendiri; sedangkan syarat yang ditetapkan oleh KUSZA, pelajar mestilah lulus SPM.

16. BAHASA INGGERIS DITENTANG: Haji Hadi berkata Pas menentang pengajaran matematik dan sains Bahasa Inggeris tetapi peliknya ikut serta melaksanakan pengajaran itu di peringkat sekolah agama negeri Terengganu.

17. SAR DIBELA TAPI HANTAR ANAK KE SEKOLAH KERAJAAN: Mengecam sekolah kebangsaan dan menghasut rakyat berkaitan isu penarikan bantuan kepada SAR tetapi anak pemimpin Pas belajar di Sekolah Kebangsaan dan institusi pendidikan milik Kerajaan.

18. PUSAT HIBURAN DAN UNISEX SALON: Unisex saloon dan pusat hiburan dikatakan sudah dihapuskan di Terengganu tetapi sebaliknya berada di mana-mana di Bandar Kuala Terengganu

19. HADI TAK DAPAT MASUK KE CHINA:Haji Hadi tidak dapat masuk ke negara China, Warta Darul Iman melaporkan Haji Hadi selamat tiba mengetuai rombongan pelaburan ke China.

20. HISBAH TAK BERFUNGSI: Suruhanjaya Hisbah yang diwujudkan oleh Kerajaan Pas Terengganu tidak menjalankan peranannya membanteras penyelewengan, sedangkan skim gaji Pesuruhjaya sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.

21. EXCO AMBIL ELAUN DALAM SYARIKAT KERAJAAN: Haji Hadi berkata, Exco yang menduduki anak syarikat Kerajaan tidak ambil elaun dan buat sementara sahaja, tetapi bohong, tahun 2001 Wan Mutalib dibayar elaun RM42,408 dalam Epic (syarikat milik Kerajaan Negeri).

22. ANAK EXCO PUN DAPAT WANG ZAKAT: Wang Zakat dipergunakan sesuka hati oleh Pas termasuk dibelanjakan untuk bayar elaun kader Pas antara RM600 dan RM800 sebulan dan wang zakati itu juga diberikan bantuan kepada sekolah-sekolah milik parti Pas.

23. SYARIKAT KERAJAAN TERUS RUGI: Syarikat Kerajaan Negeri didakwa untung di bawah pentadbiran Pas tetapi sebaliknya banyak yang rugi, Pelangi Air rugi RM208 juta, Ladang Rakyat, Syarikat Percetakan Yayasan Islam dan lain-lain, bahkan ada yang dijual oleh Kerajaan Pas.

24. KRONI PAS CETAK WARTA DARUL IMAN: Akhbar rasmi Kerajaan Pas Warta Darul Iman dicetak oleh kroni Pas, Angkatan Edaran di Shah Alam, tetapi dicatatkan di akhbar berkenaan kononnya dicetak oleh Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

25. MAKSIAT BERLELUASA, POLIS DITUDUH: Terbaru awal Mei 2003 Haji Hadi membuat kenyatan bahawa Polis membawa masuk maksiat ke Terengganu. Tetapi apabila dicabar supaya membuktikan, beliau gagal membuktikannya dan membuat alasan hendak menyatakan hanya kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sendiri

ps: di kelantan pas berkuasa 20 tahun pun kebajikan rakyat langsung diabaikan so how?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini