Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 13, 2014

AGAK-AGAK SIAPA YANG SOMBONG DAN BONGKAK?

orang nak bantu, janganlah angkuh bona, tu la pesen pemimpin pembangkang, mereka ni ada otak ke atau memang tak de otak? tapi tulah totok diaorang ni, peduli apa kalau pemimpin diaorang banggang ke, bahlol ke, ahhh janji aku takkan biarkan umno buat sesuka hati, dendam tu membawa sampai ke mati walau terang-terang kepimpinan pr hancus!!


SEREMBAN – "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.
"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terl…

BILA KARPAL SINGH DAH TIADA DI MUKA BUMI!

kenderaan yang dinaiki karpal singh selepas kemalangan
selamat ke alam lain wahai karpal singh, bak kata orang hidup ini mesti ada penghujungnya, jadi mungkin ini masa untuk karpal singh, di negeri perak, pada ketika dulu mendiang pernah terbiadab dengan sultan perak, malah terbiadab dengan umat Islam dengan mengatakan langkah mayat dia dulu kalau nak wujudkan negara Islam dan undang-undang hudud.

tetapi dalam kebiadaban dia itu, ada juga kebaikan yang dia dah buat, dia juga yang membongkarkan siapa dia anuar ibrahim dekat tun mahathir.

jadi meh kita tengok pelbagai komen yang hilang akal dari pengikut harbi pakatan... choii






ps: stament nak salahkan umno memang dah dijangka pun, standard, apa saja berlaku semua salahkan umno, kerajaan.. ceh!!

SECARA LICIK AIR ASIA MENIPU PENGGUNA, PATUTLAH UNTUNG ATAS ANGIN!!

KITA SEBARKAN! KITA BAGI PERLINGKUP SPISIS SAMSENG BISNES INI, KITA SEBAGAI PENGGUNA KITA LANYAK CUKUP-CUKUP, AIR ASIA INGAT DENGAN CARA RADIKAL MARKETING OF BUSINESS, DIA BOLEH BUAT APA SAJA!! FUGIMA!!


Kita tidak boleh nafikan Air Asia telah membuka satu lembaran baru dalam industri penerbangan negara. Jika dulu hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu naik kapal terbang kerana industri penerbangan negara pada masa itu hanya dikuasai oleh MAS sahaja.

Selepas wujudnya Air Asia industri penerbangan negara semakin berkembang pesat. Wujudnya pula Firefly dan yang terbaru adalah Malindo Air.

Sumbangan Air Asia dalam membawa masuk pelancong ke Malaysia juga tidak boleh dinafikan. Bukan faktor tambang semata-mata yang membuatkan orang ramai atau pelancong memilih Air Asia, tetapi cara pengiklanan mereka yang membuatkan orang ramai tertarik. Bab tambang bila campur tolak kali bahagi antara tambang Air Asia dengan syarikat penerbangan lain ianya akan jadi lebih kurang sahaja, malah Air Asia ad…