Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 15, 2015

KRISIS AIR DI SELANGOR, SIAPA DALANGNYA?

air oh air, hanya di Selangor, entah mengapa begini jadinya di negeri maju tetapi keadaanya menyedihkan, air oh air, ingatkan di masa bekas mb selangor menandatangani perjanjian air, mungkin tahun 2017 setllelah, apakan daya, mb azmin sudah membatalkan perjanjian itu pula.
Jadi apa masalah sebenarnya Selangor ini? Gajah sama gajah bergaduh, kita tak tahu apa-apa pula tersepit dengan air asyik kena catu. bersambung...

DAP DALAM KEADAAN TERTEKAN

Mungkin juga kenyataan pemimpin dap dan pkr sudah menunjukkan mereka sudah goyang dengan pas?Tuduhan katanya pas membantu umno dalam menghancurkan pakatan juga agak lucu kerana pindaan hudud sudah pun dibentangkan di Kelantan. Cara dap dan pkr mengalih isu untuk getarkan pas serta rosakkan imej hadi dan  team pro ulama nampaknya makin tidak berjaya, malah peranan pasma nampaknya cukup mengecewakan pelaburnya, niat untuk rosakkan pas dari dalam dengan bantuan jebon dan broker nampaknya sangat teruk gagalnya.Jadi dikaitkan umno dengan isu ini juga nampaknya gagal dengan teruk. Anwar ibrahim makin gusar didalam penjara. Taktik dan strateginya sangat loser dan memalukan. Perpecahan ini makin kronik. Nampaknya mat sabu kena tukar partilah, pasma dalam pas dah runtuh. Malu saya mah kata abang mat sabu.Kesimpulannya gelabahnya puak kafir ultrakiasu dan puak pegang lilin dengan ukhwah Islam nampak dengan jelas, jadi anda sendiri nampak, bersatu kita semua, musuh Islam bakal ranap. Tunggu.

AZMIN ANGGAP PAS SEBAGAI PEROSAK PAKATAN RAKYAT

sememangnya isu hudud yang rang undang-undangnya sudah dibentangkan di kelantan, maka makin ketara serang balas antara dap+pkr menghentam pas, malah mengatakan pas sengaja menjadi rakan menikam belakang antara komponen dalam pakatan rakyat semakin meluas dibincangkan.



pkr sudah tentu tidak mahu perkara ini menganggu pakatan rakyat, sebabnya mastermind pkr sudah didalam penjara, harapan hanyalah disandarkan kepada kecerdikan azmin ali selaku pemimpin paling tertinggi dalam pkr, malah jawatannya sebagai menteri besar membolehkan keadaan ini di pulihkan.


adakah benar keadaan pakatan rakyat semakin parah? sejak krisis menteri besar selangor sudah terserlah kerosakan itu, tetapi masing-masing dalam keadaan bagaimana hendak diselesaikan, dap dengan ultrakiasunya, pas dengan perjuangannya, pkr dengan anwar ketumnya.


jadi di mana rakyat melihat, tetapi hakikat pr tetap yakin masalah mereka tidak menganggu sokongan terhadap komponen dalam pr. sebabnya umno dan bn buat baik macamana pun dan se…

[GEMPAR] KOMPONEN BN BERPECAH

habislah bn, habislah, gembiralah mereka bila mendengar berita ini, dikatakan ada dikalangan penyokong tegar pr menjerit kegembiraan tidak terhingga, ada yang melompat riang, dikatakan juga mereka melompat-lompat histeria bila mendengar berita ini.

sebagai penulis yang pro kerajaan, amatlah sedih, tapi apakan daya, apakan daya.

baca perihal sebenar isu ini, panas panas..

Sidang Media Tergempar Komponen BN

Satu sidang media tergempar melibatkan semua Presiden ahli komponen BN telah diadakan dalam jam 5 petang hari ini di Parlimen. Sidang media tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden MCA, Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah mengumumkan sokongan penuh semua Presiden Komponen BN terhadap kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Presiden Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem, kenyataan sokongan ini adalah untuk menutup segala gosip dan berita palsu yang menyatakan perpecahan sedang berlaku di dalam Barisan Nasional. Kenyataan ini menimb…

MCA SIPENIKAM BELAKANG YANG DIMANJAKAN UMNO

Sememangnya mca tidak ada untungnya dalam BN, mereka hanya menyergah konon merekalah hero untuk orang cina, tetapi hakikat mereka tahu undi tetap kepada dap.Pura-pura mca konon mereka buat kerja untuk pengukuhan parti demi BN, tetapi hakikat mereka seronok menikam umno dari belakang.Mereka pandai mengugut kerana mereka tahu semestinya pm akan mengalah dengan mereka, kali ini mereka mengugut ingin keluar dari komponen BN sekiranya umno menyokong pindaan hukum hudud di Kelantan, umno sudah pun menyokong, adakah mca dah putuskan hubungan?Dalam kita menjaga toleransi, mereka pula tidak reti hormat pun dekat kita, sedangkan berpuluh, malah beratus tahun hidup sekali, cuma mereka dilebihkan pemerintah british ketika itu dengan bermastautin di bandar, berniaga, untung, kaya serta menikmati pembelajaran.Tapi hakikat mereka tak peduli itu semua, sekarang ini mereka inginkan kuasa pula, mca tak perlu main tarik tali, nak keluar dari BN, silakan, sebab tidak ada ruginya kepada umno.ps: kerusi ya…

INI BUKAN SOAL POLITIK, INI KERANA ALLAH - MD ALWI CHE AHMAD

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO Kelantan yang memberi sokongan kepada Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 berkata melakukannya kerana Allah.

Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata sokongan wakil rakyat UMNO terhadap pindaan yang mengandungi hukum hudud itu ikhlas dan bukannya kerana politik semata-mata.

"Saya sokong hudud ini kerana Allah. UMNO sokong juga kerana Allah, bukan kerana politik. Kita akan hadapi masalah yang sama. Mereka datang dari pelbagai kumpulan untuk halang apa yang kita buat," katanya ketika berucap menyokong pembentangan pindaan Enakmen tersebut di Dun Kelantan hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan itu juga ada ketikanya kelihatan sebak ketika membaca potongan ayat Al-Quran untuk menyokong hujah-hujah beliau.

Beliau mengajak pemimpin PAS dan UMNO untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya.

"Saya bimbang kerajaan negeri terpaksa menghadapi ba…

DAP SUDAH TIDAK BOLEH TAHAN DENGAN SIKAP PAS KATA LOKE SIEW FOOK

Loke Siew Fook
Kenyataan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pada 18 Mac 2015 di Kuala Lumpur

DAP menegaskan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac 2015 dan merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Tindakan Kerajaan PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini adalah satu keputusan yang melanggari Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan mengkhianati konsensus Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

DAP menegaskan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac 2015 dan merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

DAP konsisten dengan pendirian kami bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah atau Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak s…

BAS PERTAMA DI DUNIA YANG MENGGUNAKAN NAJIS MANUSIA SEBAGAI TENAGA

London: Bas pertama yang menggunakan tenaga najis manusia dan sisa buangan isi rumah akan memulakan perkhidmatannya hujung bulan ini.

Bagaimanapun, ia dijamin tidak akan berbau busuk atau kotor.

Dengan menggunakan kuasa gas biomethane, bas itu yang dikenali ‘Bio-Bus’ akan menggunakan sisa buangan daripada 32,000 rumah di sepanjang laluannya sejauh 24 kilometer.

Dikendalikan oleh syarikat bas First West of England, bas itu akan mengisi bahan tenaganya di Avonmouth, Bristol, tempat najis dan sisa makanan ditukar menjadi gas biomethane.

Bas yang boleh membawa 40 penumpang itu mula diperkenalkan di Bristol untuk khidmat cubaan tahun lalu.

Menurut syarikat berkenaan, bas itu bagaimanapun akan digunakan selama empat hari seminggu bermula 25 Mac.

Jika berjaya, syarikat berkenaan akan menimbang untuk memperkenalkan lebih banyak bas seumpamanya.

Pengarah Urusan First West of England James Freeman berkata: “Sejak diperkenalkan tahun lalu, Bio Bus mendapat tumpuan dunia. Kami akan memastikan ia…

jalan raya di selangor paling teruk kualitinya kerana tiada peruntukan?

percayalah, di media pr di selangor ini, terutama selangorkini, tidak sikit pun bercerita perihal infrastruktur jalan di selangor yang semakin teruk, sebabnya mudah, mereka hanya pandai bercakap, anggap kerajaan pusat yang wajib memperbaiki.

sekadar bertanya, kemanakah perginya beratus juta setahun diberikan kerajaan pusat untuk pembaik pulik jalan-jalan negeri? takkan itu pun nak kencing berlari kepada rakyat, takkanlah nak salahkan kerajaan pusat tidak ambil peduli sedangkan itu tanggungjawab siapa?

Kualiti jalan raya di Selangor dilihat agak terkebelakang berbanding negeri lain walaupun Selangor merupakan negeri paling maju di Malaysia, akui Dr Idris Ahmad.

RAKYAT SELANGOR TERUTAMANYA MUNGKIN DAH PENAT, PEMBANGKANG DI SELANGOR DIKETUAI UMNO PUN HANYA MAMPU BERTERIAK DAN BONGKARKAN KETIDAK TELUSAN KERAJAAN NEGERI DALAM KEBAJIKAN TERHADAP RAKYAT.

TETAPI HAKIKAT YANG MENJADI BOLA TANGGUNG, UMNO JUGA, DI TUDUH UMNO YANG PUNCA KEADAAN INI BERLAKU, SAMPAI ADA YANG TERKELUAR DARI MULUT ME…

hudud belum diperlukan lagi buat masa kini kata azmin mewakili pkr

Apabila pas kelantan sudah pasti membentangkan pindaan enakmen hukum syariah hudud bulan ini, berkemungkinan rabu ini, maka bertempiklah rakan sekutunya itu, dap sememangnya menentang kerana mereka menganggap hukum hudud tidak perlu dan penentangan itu ibarat bibit perpecahan dalam pakatan rakyat.
Pkr juga sudah pasti menentang kerana mereka tidak mungkin menyokong hudud kerana pkr didalamnya ramai pemikir liberal.
Azmin sudah beri signal, hudud belum lagi diperlukan buat masa ini, terang lagi bersuluh perangai sebenar rakan mereka dalam pakatan.
Belum lagi geng jebon dan broker dalam pas, mereka memang berkiblatkan perjuangan pkr dan dap, kadang melihat keadaan ini, umno selaku parti yang 24 jam dihamun, dikeji, dibangkaikan oleh pas tetap menyokong penuh enakmen hukum hudud yang bakal pas kelantan bentangkan dan laksanakan.
ps: musuh yang dihina itu bersama-sama dengan pas kelantan untuk kesinambungan kuasa Islam, tetapi pas tetap menganggap umno itu musuh paling keji tak boleh dib…

RAFIZI KATA KERAJAAN GUNA DUIT RAKYAT UNTUK BELI JET DEMI DS NAJIB

rafizi oh rafizi, kenapalah dengan kau ni hai, tapi tak mengapa, dalam pkr takkan lupa siapa pakar strategik langkah kajang ciptaan bang non, malah rafizi adalah mastermind dalam ceramah satu malaysia untuk menjatuhkan khalid ibrahim, ai takkan penyokong khalid ibrahim dah lupa kot.

habis dia jual kati maruah khalid ibrahim, malah kejayaan rafizi meranapkan bisnes bumiputra iaitu nfc menaikkan rating dirinya sebagai ikon kaki sebar cerita sensasi untuk pr, yang dilihat orang yang nak percaya apa sahaja cerita rafizi ini kena berhati-hati, takut terperangkap dengan penipuan licik seorang pemikir jahat yang berniat menjahamkan kuasa orang Islam.


dia diangkat hero oleh kiasu, dijulang sebagai orang muda yang berani, tapi hakikat, kegagalan dia dalam merencanakan parti pkr ibarat kepala najis yang merosakkan parti mereka sendiri.

jadi taktik kotor dengan menyerang 1mdb, memalukan ds rosmah mansur, terbaru rafizi canang yang kerajaan telah berbelanja dengan rakus untuk membeli jet peribad…

azmin dah pening dengan keputusan batalkan langat 2

Tulah azmin, dengar lagi cakap penasihat propa dalam penjara siapa suruh? Siapa pening?Tapi dalam pening-pening azmin ada strategi yang tidak diketahui, strategi politik berpanjangan yang mampu menjuarai pkr mungkin.Rakyat sudah muak, tapi dalam muak-muak rakyat selangor tetap menganggap betapa suci dan mulianya PR di mata mereka walau masalah dah macam-macam.Air, denggi, sampah, jalan berlubang dan banyak lagi isu di selangor ini cukup memeritkan rakyat bawahan, tetapi mulianya PR dimata pengundi itulah persoalannya.Cukup best jadi pemimpin PR, walau tak buat kerja sangat untuk rakyat, turun dan janji bila dekat pilihanraya sahaja, mereka tetap pilihan rakyat.Apa nak dikata.