Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 8, 2015

MENGGUNAKAN PERKATAAN "HOT BUTTON', GUNA DANA ANAK YATIM, MISKIN UNTUK MEROSAKKAN IMEJ YAPIEM

Begitulah liciknya populis politikus seperti rafizi yang licik menggunakan proksi menabur fitnah terlampau.Yup benar prn Sarawak tahun depan, strategi-strategi kotor dan terancang perlu dilakukan dengan teliti.Hal agama, hal sensitif digunakan dengan cukup rapi. Hot botton rakyat marhein perlu dijentik, maka strategi itulah rafizi dan organisasi keldai mungkin miliknya juga, NOW melakukan serangan terancang terhadap Yapiem, Jamil Khir serta unit-unit dibawah Yapiem.Mudah, perkataan rompak, curi, songlap, malah menggunakan dana anak yatim, miskin untuk memberikan demage kepada Yapiem dan pemimpinnya.Jadi adakah perancangan ini bakal berjaya? Kita tunggu kehandalan pakar fitnah, mungkin bakal perdana menteri populis, si rafizi ramli ini akan menjadi hero untuk pencinta fitnah.Kepada menteri terlibat, kepada unit-unit perang cyber kerajaan, bersedialah, kita sudah lama asyik bertahan, maka kita perlu lakukan serangan bertali arus tanpa belas kepada Rafizi dan unit-unit darkside nya. Apa …

SEJARAH DAHULU YANG TELAH DITUTUP RAPI, SEBAB ITULAH CARA NAJIB RAZAK TIDAK DISUKAI OLEH TUN MAHATHIR

Pelik bukan, bagaimana pula pembinaan lebuhraya pan Borneo yang mampu diberikan percuma sahaja tanpa tol oleh kerajaan pimpinan Najib Razak?

Najib Razak faham, hasil dari negara ini perlulah diturunkan kepada rakyat, cuma bekas perdana menteri paling lama tu, dia agak cerdik dalam permainannya, yang terperangkap, yang menjawat jawatan Perdana Menteri selepas dialah.

Najib sedar, kalau dibiarkan kroni-kroni lintah darat ini bermaharajalela, maka sampai ke sudah rakyat menanggung beban, yang kena pelangkung siapa yang pegang jadi Perdana Menteri sekarang, dihamun tanpa belas, diligan tanpa rasa kasihan, sedangkan apa yang dilakukan adalah untuk membuang habis legasi penyamun tarbus yang terselindung menghirup keringat rakyat.

Sebab itulah wujudnya 1MDB sengaja disabotaj sebegitu teruk oleh segerombolan serigala lapar, dikepalai oleh master serigala yang sudah hebat dalam mengawal selia perihal mencari untung atas angin tanpa digugat, tetapi akhirnya tergugat juga dengan seorang yang ber…