Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 29, 2015

KITA BERHAK DAPAT FREE, KITA KAN BAYAR CUKAI

Bila sesuatu perihal kenaikan berlaku, baik harga barang, perkhidmatan, harga rumah, terbaru harga perkhidmatan pengangkutan awam, komuter, ERL dan lrt. Mungkin kenaikan yang begitu tidak dapat dielakkan, maka serangan bertali arus terhadap kerajaan pimpinan Najib pun berterusan.
Tidak dipastikan yang maki keterlaluan diatas kenaikan ERL adakah mereka hari-hari menaiki ERL? Ataupun mereka ini naik ERL pun tak pernah? Ataupun mereka yang tinggal yang kawasannya stesen ERL pun takda?
Keselesaan kita nak, tapi bayar lebih kita taknak, kita marah, anggap ini melampau, kalau yang naik ERL tu adalah pelancong, orang kaya-kaya, kenaikan camtu kacang je kot kat mereka, yang menaiki ERL untuk ketempat kerja, mungkin sebelum ini pun harganya RM35 sehala, pun itu dikira mahal, guna khidmat lain sepatutnya jadi alternatif. Bas transit ke KLIA pun murah je kot, RM10 sehala rasanya, cuma berhenti banyak tempatlah, bukan ekspress. Dah nama ekspress faham-faham sudah. Pengguna komuter dan lrt boleh …

MELAKUKAN KEROSAKAN TERHADAP PARTI SENDIRI, ITU SAHAJA MAMPU DILAKUKAN OLEH MANTAN PERDANA MENTERI YANG DIPUJA-PUJA

Tidak akan berhenti sehingga hati puas, hati yang puas melihat kerosakan mutlak, bukan untuk dirinya sahaja, malah kesemua yang berkait dalam organisasinya yang dulu dia pimpin.Pemimpin datang dan pergi, tetapi adakalanya bila pemimpin yang niatnya sudah ke lain, niatnya cukup tak baik, maka terimalah kerosakan itu untuk kesemua yang berkait.Semuanya kerana sudah terdesak, modal sudah tidak "umphh" seperti awal-awal gerakan untuk turunkan PM Najib, melakukan tuduhan melampau, fitnah, serkap jarang, tetapi satu pun serangan terhadap Najib itu betul, malah banyak yang tidak betul.Jadi setelah kesemuanya sudah dicuba, gunakan cara buruk, tuduh, hina, sabotaj, game plan untuk memalukan Najib tidak berjaya. Maka ayat terakhir, modal terakhir, Umno Akan Kalah pada PRU14 nanti. Mudah... Senang...Ada hamba Allah beritahu kepada saya, sekiranya serangan negatif itu bertalu-talu, sabar, rileks, kita jangan lawan dengan negatif juga kepada musuh itu, kerana musuh sudah kawal habis sega…

MAT SABU TERUS MENYERANG PAS

Parti barunya PAN tertubuh kerana dendam dan atas kekalahan ramai golongan professional semasa pemilihan pas jun yang lepas.Walau kita tahu gerakan untuk ambil alih PAS daripada kekuasaan pro Ulama tidak berjaya, maka wujudlah PAN.Malah serangan agresif PAN terhadap PAS tiada kesudahan, memungkinkan perbalahan ini berlarutan sehingga PRU 14, mungkin.Tetapi kalau anda pembaca buku-buku propaganda politik, seni politik, adakah perbalahan antara PAN dan PAS ini hanyalah strategi untuk menarik lebih ramai lagi orang  menyokong PAS kerana elemen simpati?Adakah dekat dengan PRU nanti mereka bergabung semula dalam sebuah unit yang lagi besar untuk benamkan terus BN pada pilihanraya nanti? Tiada siapa tahu, sebab kita kena faham, drama-drama alih perhatian ini, pakar dia sangat ramai dalam pakatan. Betul ke tidak? http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/amanah-ditubuh-kerana-pas-diresapi-pemikiran-isis-kata-mat-sabu