Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 13, 2015

DAP, PAN DAN HALUAN KIRI UMNO SUDAH PANAS PUNGGUNG KERANA IDEA PERPADUAN ANTARA PAS DAN UMNO BAKAL DIREALISASIKAN

Dap menjangkakan, serangan kepada Pas, merosakkan kepercayaan terhadap Umno, menjahanamkan imej parti terbesar orang Melayu Islam itu bakal merencanakan progres politik baru dengan mewujudkan parti Amanah.Wujudnya parti amanah ibarat idea baru untuk imej parti Islam baru yang lebih tunduk kepada Dap itu sendiri. Bila berpecah, matlamat utama untuk menakluk Putrajaya bakal tercapai PRU 14 nanti. Dap akan menjadi abang besar untuk Pakatan Harapan, maka ranap sudah kuasa Islam itu bila Pakatan Harapan memerintah, ditakutkan, segala apa keputusan, perlulah Dap yang tentukan, termasuk hal ehwal orang Islam.Itu yang mengusarkan, jadi Pas dan Umno sememangnya perlu bekerjasama. Maka Dap akan termenung kerana rancangan mereka gagal dan sudah hancur.PAS BERSAMA UMNO, GAGALKAN RANCANGAN DAP TAKLUK PUTRAJAYA!Menurut Nik Abduh, tawaran yang dibuat Umno itu adalah tawaran yang istimewa buat Pas dan jika presiden Pas menerima pinangan tersebut, ia akan mengukuhkan pentadbiran kerajaan berlandaskan …

KITA BAKAL TIADA NILAI DI BUMI SENDIRI?

Pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi, yang boleh merubah pemikiran kita adalah1. Buku yang kita baca
2. Orang yang kita jumpaApakah nilai jatuh bangun kita bernama manusia ini hanya mampu menyalahkan orang bila kita alami kejatuhan, hilang pendapatan, dianiaya orang, dinafikan hak dan pelbagai situasi yang perit.Melihat keadaan segerombolan media negatif yang menjaja kesusahan rakyat, rakyat dibelengu kesusahan, tetapi bila dilihat tuduhan itu, keadaan semasa di dunia yang ekonominya memang bermasalah, bukan di Malaysia, tetapi satu dunia.... Telan ketat-ketat satu dunia alami krisis ini.Dalam menjaja keadaan tidak menentu, sepatutnya pemikiran kita di ajar dengan positif, bila negatif, depan rezeki pun kita akan memaki hamun.Jadi sepatutnya nilai kita menjadi manusia ni, bersabar, tekad untuk berubah, usaha, doa.Ada satu nukilan ringkas yang tersebar di Whasap.. Cara Menyelesai MELAYU Merempat di Bumi Sendiri. Jln penyelesaian menyeluruh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua l…

BELAJAR DAN HADAM SITUASI SEBENAR PERMASALAHAN KRITIKAL INI!!

Jangan langsung tidak peduli, jangan langsung buat perihal pekakkan telinga, terbongkar sudah bibit-bibit ketidak adilan terhadap rakyat kerana bekas mantan kita sayangi itulah puncanya.Yang menanggung siapa? Perdana Menteri walau bukan Najib sekalipun akan tetap pening kerana perjanjian tidak adil ini menyusahkan semua, yang untung kroni, yang gembira kroni belaan mantan tersebut.Maka bak kata orang, lebuhraya Pan Borneo boleh bagi free, kejadahnya lebuhraya di semenanjung berjela tol kena hadap... Pengakuan Tun Mahathir pada 8hb Januari 2007....Mahathir akui isu kesilapan Perjanjian Konsesi Termasuk Tol berpunca daripada Zaman Pentadbirannya !!“Ini adalah salah satu perkara yang perlu kita betulkan. Apa yang diperlukan adalah sebuah kabinet yang tidak selalunya berpengetahuan kerana ianya dibentuk oleh ahli-ahli politik dan bukannya para pakar dan kadangkala ahli politik seperti saya boleh menjadi bodoh,” jawab beliau kepada para wartawan yang memberitahu bahawa kelima-lima lebuhray…

SI SOMBONG YANG TERLALU ANGKUH KONON PARTINYA SEMPURNA SEGALANYA!!

Ikutkan lama sangat tak taji pas sebab ikutkan mungkin mereka ada nilai yang baik dan persahabatan.Tetapi melihat sejak dua menjak ni, kulit sebenar pas sudah dilihat siapakah mereka, mereka angkuh kononnya dengan pas sekarang, kekuatan msksimum mereka makin terserlah.Di sebalik pemilihan parti mereka pada jun lepas, pro ulama menang bergaya, maka nilai parti pas semakin menaik, malah golongan kalah dalam pemilihan mula memberontak dan memilih untuk mewujudkan parti baru.Mereka juga berpecah teruk, tetapi ego mereka perghh, mereka berpecah bukan sedikit, tetapi mereka hanya menganggap pecahan itu biasa, malah dap dan pkr pun sukar bekerjasama dengan pas.Bila terbuka mulut pemimpin pas mengatakan, umno lemah baru nak cari pas, hulur salam persahabatan kerana umno lemah kata mereka, pas sudah mampu mengantikan umno, pas tidak perlu tangan persahabatan dengan umno kerana umno parti sekular, tidak Islamik, hanya pas mampu memberikan pemerintahan paling sempurna, dari segi ekonomi, sosial …

TUN M MAHADEWATA RAYA YANG CERDIK MENGENAKAN PERDANA MENTERI SELEPASNYA UNTUK KEKENYANGAN KRONI-KRONI BELAANYA!!

Maaf, realiti ini tidak siapa boleh sangkal, bagaimana gerakan licik Tun Mahathir untuk memberikan kekenyangan maksimas kepada kroni-kroni nya seperti YTL untuk mengaut keuntungan paling teratas dengan menyusahkan rakyat.
Kenaikan, demi kenaikan untuk memberi bola tanggung kepada pemerintah hari ini. Contoh ERL, kenaikan tambang dari RM35 kepada RM55 sangat terkesan kepada pengguna, perjanjian ERL pada tahun 1997, pada tahun itu siapakah Perdana Menteri yang bersetuju perjanjian tidak adil ini? Sedangkan dia tahu perjanjian ini akan merosakkan dan menyusahkan.
Yang kena tempias sudah tentu pemimpin yang mengalas tugas pada ketika ini, sudah pasti yang kena hamun, maki, caci dan carutan adalah Perdana Menteri kita sekarang ini, DS Najib Razak. Tun Mahathir adalah insan licik yang Allah jadikan untuk kita berfikir, cerdiknya dia mencipta legasi kroni kenyang makan duit sambil garu telur pun duit mengalir.
Yang kaya gila kroni dia, yang kena hadam rakyat. Yang kena hina DS Najib juga, k…