Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 27, 2016

REVOLUSI MESIR AKIBAT JARI JEMARI PROPAGANDA CIPTAAN INSAN INI?

Perang propaganda untuk mengiyakan sesuatu matlamat sudah dibuktikan di tanah Arab ketika ledakan media sosial yang tidak terkawal. Maka penangan "Arab Spring" sudah dibuktikan apa itu kesengsaraan.Berkali-kali isu ini dibincangkan, malah sudah berbuih mulut mengatakan taktik radikal serta politik persepsi akan merosakkan sesuatu sistem. Ini kerana demokrasi cara salah akan menaikkan satu kuasa yang akan merosakkan segalanya, segalanya akan rosak dan agak sukar dipulihkan dalam jangka masa yang segera.Maka yang dirosakkan itu dihadapi dengan sadis oleh orang-orang marhein, si marhein terpaksa menerima akibat keadaan yang paling perit akibat tindakan jari-jari propaganda kemusnahan ini. Demi satu ayat "revolusi".Ambil iktibar kawan-kawan, ini bukan omong kosong untuk dibicarakan.Siapakah insan ini? Mengapa dia terlalu menyesal dengan apa terjadi kepada negaranya, malah tindakan dia juga adalah punca segalanya, senjata media sosial.Saya berpeluang untuk mendengar sat…