Langkau ke kandungan utama

ADAKAH UMNO AKAN PUPUS?

Kekalahan itu pertama kali sejak tertubuhnya UMNO pada 1946 dahulu. Orang melayu bila tahu keadaan sudah berlainan situasinya, bangsanya sudah layu, sudah ditekan, sudah dilanyak, sudah ditertawakan.

Ketika itulah kesatuan itu berlaku, perjuangan menentang Malayan Union, penentangan terhadap pertualang perosak bangsa, perjuangan terhadap penjajah sehingga nilai perjuangan itu sehingga Tanah Melayu ini MERDEKA.

Zaman berlalu, tetap berlalu, pemimpin itu datang dan pergi, masalah dalaman berlaku dan terjadi, kekuatan yang dahulunya digeruni, tetapi kini, agak menyedihkan sebut sahaja UMNO, ramai pula dikalangan orang Melayu mencebik muka.

Melayu itu mudah dimanupulasi, UMNO diserang disetiap sudut, bila ia kuat, lupa diri pula, masing-masing nak tunjuk kekuatan siapa bangsawan yang hebat.

Tetapi PRU14 telah membuktikan, UMNO itu sedang dilanggar todak, dibadai ombak yang rakus, puncanya, di zaman serba teknologi ini, segalanya didalam poket dan segalanya hanya dengan petik ibu jari.

Zaman fitnah yang keterlaluan sudah mengawal minda-minda rakyat yang khayal dengan propaganda musuh.

Begitu mudah termakan umpan penipuan, mudah benar dimomok dengan cerita palsu. Di lanyak presiden UMNO ketika itu DS Najib tanpa belas kasihan.

Bukannya unit media pro UMNO BN tidak melawan, tetapi kepesatan aura fitnah itu sedang merebak. Ibarat situasi Arab Spring yang kejam, tetapi ia berlaku di Tanah Melayu.

Tidak ada pertumpahan darah, namun ia sedang mengawal minda-minda kosong rakyat yang sudah tidak peduli apa bakal terjadi.

UMNO belum lagi mampu pupus, itu fakta, walaupun ia dianggap kalah, tetapi orang melayu secara majoritinya tetap menyokong UMNO. Ini terbukti UMNO menjadi parti paling popular dengan 54 kerusi parlimen.

Siapa kata ia akan pupus? Sedangkan kekuatan itu masih wujud, cuma kesatuan bersama BN itu terpalit sedikit akibat kekalahan parti MCA dan MIC.

Dari sudut lain, UMNO juga sebenarnya diambang penyucian besar-besaran ahlinya yang talam, yang lalang, yang tikam belakang serta tidak ikhlas berjuang dengan UMNO.

Kepada pejuang. Jangan gusar, jangan gentar, kita bangkit melawan, bukan malu menyorok bak tikus.

Ada 1000 musuh kita tentang walau kita hanya ada 100 orang. Ingat kita ini pembamgkang. Kita bangkang cara tertib, cara gerila, cara garang, biar rakyat yang menyesal undi PH akan mencari kita, jawapan pada PrU15 bakal memberi satu titik muktamadnya.

FIGHT FOR YOUR RIGHT

Ulasan

  1. ha ha

    Satu penyucian dlm umno yg tak mungkin dapat disucikan.

    Yang kaki duit dan perasuah(mengharap saki baki duit umnu dr aset2 umno yg mungkin akan terjual nanti)

    Sedey...

    BalasPadam
  2. mungkin, tapi UMNO mmg kn kalah sbb itu punca kekuatan.. x bangkit bye bye

    BalasPadam
  3. Aku akan tetap bersama UMNO. Hikmahnya PRU14 lalu, UMNO telah dapat mengenal siapa pejuang, siapa petualang. UMNO telah dapat mengesan siapa yang sedia berkhidmat, siapa yang bersikap pengkhianat.

    BalasPadam
  4. insyallah..aku jugak tatap bersamamu umno...keranamu negaraku & agamaku berdaulat & merdeka!!! takbir! ALLAHUAKBAR!....pejuang PAS senyap & tunggu peluang je...diaorang mahu islam shj ..melayu x mahu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini