Langkau ke kandungan utama

APA FAZURA TELAH LAKUKAN KEPADA SUAMINYA? JOM KITA SERGAH....


Makin hot pasangan paling cool dekat Malaysia ni, siapa lagi kalau si Fatah Amin dan Fazura, katanya ramai jeles melihat kemesraan mereka, almaklumlah pasangan romantik.

Katanya si Fatah Amin ni sudah tergiang-giang masakan isterinya, Fazura sudah tambat air tangan memasak untuk suami tercinta.

WOW!!

PELAKON dan penyanyi, Fattah Amin, 28, bersyukur dikurniakan isteri yang pandai memasak pelbagai juadah.

Menurut Fattah, dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura memiliki kemahiran memasak.“Pengalaman tahun pertama saya menyambut Ramadan bersama isteri dan selepas berkahwin dengan Fazura, barulah saya tahu bahawa dia pandai memasak,”katanya kepada Harian Metro.

Menurut bintang filem KL Special Force itu, sambal udang petai adalah masakan isteri yang menjadi kegemarannya.“Hidangan air tangan menjadi kegemaran saya adalah sambal udang petai. Tapi sebenarnya, banyak lagi hidangan lain dia boleh masak,”katanya.

Tambahnya, isteri mewarisi skil memasak daripada ibu mentuanya.“Sejak kecil, dia belajar memasak daripada ibunya cuma tidak tunjukkan kepada semua orang di sosial media. Sebab itulah tak ramai orang tahu,” katanya lagi.

Menjalani Ramadan tahun ini nyata berbeza kerana dia kini mempunyai isteri menemani untuk bangun sahur.“Menyambut Ramadan sebagai suami adalah kenangan paling manis dan tak akan saya lupakan.

Ada isteri yang boleh minta masakkan dan dia akan hidangkan.“Saya yakin semua bergelar suami di seluruh dunia akan sependapat dengan saya,” katanya.Fattah kini hadir dengan lagu Aidilfitri diberi judul Syawal Kali Ini ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Sumber Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini