Langkau ke kandungan utama

HITLER - 'i TOLD YOU SO' (AYAT MEMERLI MUSUH POLITIKNYA)

Hitler, satu nama paling diingati sebagai pemimpin kejam dan tiada nilai kemanusiaan terhadap musuhnya, terutama bangsa Yahudi.

Kita sedia maklum, kepimpinannya yang berjaya membuat satu taktik dan strategi baru dunia politik dan ketenteraan.

Bagaimana akalnya mengawal minda rakyat Jerman sehingga hanyut rakyatnya dengan drama politing serta kepimpinannya.

Banyak buku menceritakan bagaimana seorang yang 'looser' menjadi KING kepada negara Jerman melalui parti politik Fasis pimpinannya iaitu NAZI.

Bukanlah penulis ingin melambung betapa hebatnya Hitler, tetapi belajarlah cara kepimpinan yang "supergila", menjarah akal dengan teknik propaganda paling hebat pada zaman itu.

Kepala propaganda Hitler bernama Joseph Goebbels yang dianggap Raja propaganda untuk Nazi ketika itu.

Baca
https://www.thepatriots.asia/joseph-goebbels-raja-propaganda-nazi/

Satu titik tolak dalam kebangkitan semangat rakyat Jerman pada ketika itu moralnya jatuh akibat kekalahan WW1.

Bagaimana Hitler dan pasukannya melakukan berperingkat dengan menaikkan Jerman dimata dunia dan memandang Jerman sebagai satu entiti ketenteraan paling kuat pada era itu.

Kronologi hidup Adolf Hitler secara ringkas:
  1. Mencari pekerjaan sesuai dengan minatnya dalam senilukis tetapi gagal. Beliau menyalahkan bangsa Yahudi sebangai kekurangan kekosongan jawatan dan peluang perniagaan yang didominasi mereka.
  2. Menyertai tentera Jerman untuk Perang Dunia Pertama. Cedera dan ditugaskan ke Pejabat Pentadbiran Tentera setelah perang tamat.
  3. Menyertai secara aktif pidato mengenai nasionalisma Jerman di Beer Hall. Salah sebuah bar yang sering dikunjungi beliau di Bavaria. Tertubuhnya Parti Buruh Jerman yang kemudian ditukar ke Parti Nasionalis Sosialis yang lebih dikenali sebagai Parti Nazi.
  4. Berlakunya usaha rampasan kuasa pentadbiran daerah Bavaria diketuai Hitler bersama rakan-rakan bekas tentera. Usaha ini dinamakan ‘Beer Hall Puscht”. Ditangkap dan dipenjarakan.
  5. Keluar dari penjara dan kembali menghidupkan Parti Nazi tetapi harus bersemuka dengan musuh yang lebih muda dalam parti, Joseph Goebels dan Strausser.Goebels dilantik kemudiannya sebagai Menteri Akhbar dan Media.
  6. Pencapaian membanggakan Parti Nazi dalam Pilihanraya Jerman.
  7. Meluaskan kuasa dengan memenangi sekali lagi Pilihanraya Jerman seterusnya memaksa Chancellor Jerman meletak jawatan.
  8. Berjaya mempermainkan Vice Chancellorketika itu yang tamakkan kuasa. Membakar Reichstag, bangunan parlimen Jerman seterusnya memaksa ahli-ahli parlimen yang bukan Nazi menyokong Akta Cetak dan Berucap.
  9. Jawatan Chancellor diserahkan kepada Hitler secara terpaksa berikutan sokongan mendadak terhadap beliau.
  10. Menubuhkan SS dan menggabungkan semula angkatan tentera Jerman dan melancarkan perang penaklukan ke atas Negara-negara eropah seperti Austria, Poland, Perancis, Czech dan beberapa lagi.
  11. Penubuhan Concentration Camp untuk pembelot dan juga penentang Nazi. Membawa kepada Holocaust dengan penubuhan Kem Auschwitz.
  12. Beratus ribu bangsa Yahudi telah dibawa ke Auschwitz dan dibunuh.
  13. D-Day. Serangan tentera bersekutu.
  14. Serangan balas terhadap England dengan peluru V8 yang baru dicipta tetapi gagal meninggalkan impak.
  15. Cubaan menyerang Russia oleh Jerman tetapi dalam masa yang sama diserang tentera bersekutu.
  16. Pertahanan Jerman lumpuh dan Reichstag telah ditawan menandakan kekalahan Jerman.
  17. Hitler membunuh diri bersama isterinya Ava Braum.
  18. Orang paling kanannya Goebles turut membunuh diri bersama ahli keluarga dengan pil sianida.
Banyak lagi teknik dan taktik propaganda terulung yang menjadikan Hitler dan parti Nazi sebagai rujukan, walaupun kita tahu, kekejaman mereka tidak dapat diterima oleh manusia sejagat.

☆Untuk mengawal minda rakyat, ulang-ulanglah perkara yang dihujahkan walaupun ia tipu, ini kerana senjata ulang-ulang kata ini mampu memberi kebenaran walaupum ternyata ia tipu.☆


Ulasan

  1. Buka cawangan umno di Sarawak segera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Langkah mayat PBB, PDP, SUPP dan PRS dulu.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini