Langkau ke kandungan utama

JANGAN BUAT PARTI UMNO MACAM PARTI KARTEL-KARTEL BUNCIT KEKENYANGAN!!

Sabtu bertarikh 23 Jun 2018, bermulalah pemilihan Sayap UMNO di semua bahagian seluruh Malaysia bagi memilih kepimpinan baru bagi tahun 2018-2021.


Persaingan paling sengit pada ketika ini sudah pasti tertumpu kepada Sayap Pemuda UMNO.

Calon untuk Ketua Pemuda sudah nampak bayang-bayang perubahan ketara diAkar umbi.

Namun menjadi persoalan paling kritikal yang menjadi tanda tanya. Mengapa pula nak menanguh keputusan SIAPA YANG BAKAL MENERAJUI PEMUDA UMNO? Katanya akan ditangguhkan sehingga 5 petang pada Ahad bersamaan 24 Julai 2018?

Ada tangan ghaib nak kawal atau memberi keputusan?

Ramai juga bertanya mengapa? Sebab apa? Kalau pemilihan 2013 dahulu, paling lewat pun pada jam 4-5 pagi hari berikutnya, mengapa pemilihan kali ini nak ditangguhkan sampai ke 5 petang?

Jangan buat UMNO tidak demokratik, sudahlah tersembam pada 9 Mei lepas, walaupun UMNO paling banyak kerusi iaitu 54 kerusi. Dominan parti Melayu. Namun tidak mampu menjadi kerajaan, sudahnya ahli-ahli yang ingin pasti melihat UMNO berubah hanyalah omong kosong sahaja.

Bangsawan-bangsawan yang tahu hanya kuasa duit mampu membeli perjuangan, pesan dari akar umbi. Dah kalah buat cara kalah, usah berlagak kita menjadi bangsawan selamanya. Ahli yang kaki 'Lick Ass' pasti kata no hal. Namun nitizen kata, UMNO oh UMNO kau tetap sama.

Silalah beri keputusan segera bagi Sayap Pemuda UMNO. Usah Tangguh keputusan itu walau ada katanya bahagian masih lagi mengundi. Paling lambat pun pagi Ahad, bukan petang Ahad.

Budak Rebel Ingin Berubah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini