Langkau ke kandungan utama

BAGAIMANA MEMBUATKAN MUSUH TIDAK BANGUN-BANGUN LAGI

Khusus pemahaman kita, Strategi politik mana paling berkesan ketika era moden dan akhir zaman ini? Bagi penulis, politik untuk kuasa, apa yang perlu digunakan, sekiranya demokrasi itu perlu dibuktikan dengan cara PROPAGANDA menyerang musuh dengan tanpa belas. Matlamat Menghalalkan Cara.



Ini berlaku kepada mantan PM ke 6, Najib Razak, yang kini didakwa atas pertuduhan pengubalan wang haram.

Mengapa serangan tanpa belas ini ditujukan kepada Najib sehingga belas kasihan serta kemanusia sudah hilang dari radar UMAT ISLAM di bumi Malaysia ini? Untuk kata beliau begitu zalim masa pemerintahannya, tidaklah sebegitu, beliau antara PERDANA MENTERI yang prihatin kepada golongan bawahan, nampak kerjanya membantu orang-orang susah dan kurang berkemampuan.


Daru sudat ekonomi, walau hakikat GST yang diperkenalkan itu baik, namun serangan propaganda keterlaluan oleh pihak musuh kepadanya agak jelek dan melampaui batas.

Seorang sahabat mengatakan, kita sudah sampai ke tahap apa sahaja fitnah itu adalah benar dan bagus, nitizen yang sudah tidak peduli baik atau buruk, hanya mahu Najib bersalah.

Mengapa kejam dan sadis keadaan rakyat Malaysia yang begitu menzalimi diri mereka dengan bawaan fitnah-fitnah ini.

Apa terjadi kepada Najib sekeluarga, Parti UMNO dan pemimpin-pemimpinnya, adalah kerana masa bila BN berkuasa, kita terlalu berlembut dengan spisis manusia yang suka menabur fitnah, kita tidak mengawal media dan tidak berlaku brutal terhadap musuh-musuh politik.

Pernah dahulu diperkenalkan satu idea, fakta orang letak ke tepi, mengapa tidak melawan musuh dengan keras lawan keras.

Apabila mereka sudah berkuasa, kita lihat makna keras dan tekan terhadap musuh dilakukan dengan cara cukup teliti.


Sampai ke hari ini, mereka sudah berkuasa, strategi menekan musuh tanpa belas tetap berlaku, walaupun Najib sudah didakwa, ditahan oleh SPRM, ia tidak mampu memberi nikmat kehidupan kepada mereka selagi minda madani itu memang digunakan berlulang-ulang terhadap Najib.

Penulis terfikir, sayu melihat mantan PM diperlakukan sebegitu, Allah mengujinya dengan berat.

Kena ingat satu perkara, mengapa kejahatan kerap menang? Ini terjadi kerana halal sudah dihalalkan yakni matlamat menghalalkan cara adalah salah satu perkara penting dalam menumbangkan musuh.

Teknik dan strategi sudah berbeza, kata Sun Tzu, "apabila kita sudah kalah dengan teruk, berundurlah, letakkan senjata, jadi orang biasa, tidak perlu melawan dengan nada yakin pada masa sekarang, kumpulkan kekuatan, kemenangan itu lambat tetapi ada harapan."

Ingat dunia ini berputar ibarat roda. Kuasa datang dan pergi, Jahat dan Baik sentiasa bertempur.

Anda pilih yang mana?


Ulasan

  1. Najib tak pernah diberi gelaran Tun pun bila turun dari kerusi PM. Yang dah ada gelaran Tun yang jadi PM 2 kali tu pulak sibuk nak aibkan orang tapi yang dia beri kat rakyat apa? Benci, benci dan benci. Ingat kebencian terhadap Najib tu boleh beli susu anak ke hapa? Ingat kebencian terhadap Najib tu boleh kurangkan hutang negara ke hapa? Awat bodoh sangat orang kita ni? Dah nak 60 hari apa depa buat? Tabung milo? 😂

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini