Langkau ke kandungan utama

DEMOKRASI ITU MEMBISUKAN KEBENARAN?

Apalah nasib, sudahlah kalah, diperlakukan parti UMNO ini ibarat kain lap kaki oleh musuhnya yang berdendam sekian lama.

Mereka sudah berkuasa, maka mereka gunakan kuasa yang ada untuk melakukan out of law tanpa kawalan.

SEMUANYA KERANA DENDAMKAN NAJIB

Itulah hakikat yang berlaku sekarang ini, sejak UMNO tidak menjadi kerajaan, bangsatnya bila kalah cukup pedih, musuh dikepalai Perdana Menteri tertua di dunia, melakukan perkara sama dia pernah lakukan terhadap musuh politiknya.

Pusingan hidupnya, hanya menjatuhkan orang yang tidak sebulu dengannya, Najib adalah manusia yang paling dia berdendam sejak 2014.

Setelah berkuasa kembali, cara zalim itu sudah terbiasa dengannya, ramai mengatakan, Najib kena kali ini lebih teruk dan sadis.

Mungkin Anwar Ibrahim pernah alami betapa zalimnya dia diperlakukan ketika zaman Reformasi, tetapi cara dan kelakuan pembalasan dendam kesumat Kerajaan Mahathir terhadap Najib nampaknya lebih teruk walau nampak macam mengikut undang-undang.

Bila keadilan sudah mati, apa lagi kita nak harapkan dengan Malaysia baru ini.


Mungkin ini salah satu impak besar perpecahan Melayu yang akan merugikan orang Melayu sampai titik penyesalan sudah tidak relevan lagi.

Anak muda sudah dirosakkan dengan media sosial, LGBT nampaknya sudah tiada masalah menonjol terang-terangan, Umat Islam sudah terjerat dan memungkinkan hanya berdehem sahaja mampu.

Malang tak sudah Melayu. MALANG TAK SUDAH KERANA KUASA.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini