Langkau ke kandungan utama

LGBT NAK HAK, SEKOLAH TAHFIZ NAK DITUTUP MANAKALA TERNAKAN BABI MODEN PERLU BAKAL ADA DI MELAKA

Wahai umat Islam yang bernaung di Tanah Melayu, Tanah Berdaulat, nenek moyang kaya raya, tergadai habis harta benda dan maruah serta kuasa.

Mengapa melayu itu mudah diperkotak katikkan? Semuanya kerana tamak, ego, dendam dan iri hati sesama bangsa.

Sejak zaman berzaman, Tanah Bertuah ini banyak diceritakan betapa banyaknya konflik dan permasalahan yang banyak merugikan bangsa Melayu.

Oh, bercerita perihal bangsa itu rasis, sedangkan Melayu-melayu sedar, apalah ada dengan nama berbinkan si polan dan si polan, bila kuasa sudah ditaikkan oleh bangsanya sendiri.

Bangsa kita ini tidak belajar dengan apa terjadi dengan Melayu Singapura, banyak kuasa Melayu itu pupus di Nusantara ini adalah kerana kita berpecah belah.

Allah sudah memberi signal besar setelah Pakatan Harapan pimpinan Mahathir, banyak hal Islam dan orang Melayu diusik dan dicabul sehingga tiada siapa mampu nak melakukan untuk menyelamatkannya.

Ingat kita sudah tiada kuasa, anak muda pengemar gajet, pemain game online yang hari-hari melepak di mamak melayan wifi free, malah rumah urut yang menyediakan sentuhan lendir cukup sudah mengkhayalkan generasi muda Melayu yang bakal hanyut direnyuk zaman. Itu belum judi online, bercambahnya Kaum LGBT, malah mereka menuntut hak pula.

Agak pelik, tiada nilai rasa bersalahkah kita bila kita tidak hairan langsung perkara yang merugikan bangsa kita ini sudah terang-terangan.

Bak kata seorang agamawan, akhir zaman ini, kamu selamatkanlah akidah dan iman kamu serta keluarga kamu, anak dan isteri kamu ke jalan Allah. Dekatilah dengan agama, kerana akhir zaman golongan kejahatan sedang melakukan kerjanya.

Persoalannya, adakah kita sebagai orang Islam Melayu hanya mampu berdiam dan merenung jauh hanya berkata, apa nak buat, dah nasib.

Malang Pak Kaduk, Malang lagi kamu yang tidak berbuat apa-apa

Ulasan

  1. lgbt tuntut hak da lama. pi baca comango. atau tanya azalina othman.

    tutup tahfiz dari ts zam. pi tgk sapa dia.. dr umno ke pas. lol

    ternakan babi ni baik la pi tanya ali rustam. lama dah ni. cuma skrg nak modenkan. bg najis babi tak masuk selat melaka mcm bn biar selama ni.



    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini