Langkau ke kandungan utama

ANWAR MENANG PRK PD, HARAPAN RAKYAT ATAU MERUNSINGKAN MAHATHIR?

Adakah kemenangan Anwar satu anugerah atau satu bala baru buat rakyat Malaysia?

Sejak 20 tahun dahulu, antara Mahathir dan Anwar, ceritera mereka hanya untuk mereka berdua.

Anda mungkin tahu Mahathir yang menzalimi Anwar sejak zaman Reformasi itu tercetus pada 1998.

Ramai pemerhati wujudnya kerajaan baru adalah kerana Mahathir tidak mempercayai BN mampu melawan Tentera Anwar.

Siapa leader pada PRU13 iaitu Pakatan Rakyat? Anwar jaguh yang beriya-iya yakin bakal menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Mahathir tahu, PRU14, kalaulah tidak melakukan sesuatu, dia dan anak-anak dia dalam bahaya.

Jadi mangsa kambing hitam sudah pasti Najib dan Rosmah. Mereka berdua ini sengaja dijadikan mangsa untuk perancangan seterusnya.

Mahathir gunakan konsep, tidak mampu lawan musuh, bersamalah dengan mereka. Mudah.

Berjaya 40% strategi orang tua itu dalam menerajui dan mengawal kepala-kepala dalam barisan pemimpin yang bersama Anwar dahulu.

PPBM wujud hanya untuk alih perhatian supaya dapat masuk ke kem musuh dan kawal mereka.

berbalik kepada kambing hitam, Najib itu sebagai hot target sahaja untuk modal berterusan dalam propaganda Mahathir.

Musuh sebenar Mahathir adalah Anwar. Dia tahu, anak-anak dia dalam bahaya, jadi sekarang Anwar sudah jadi Ahli Parlimen.

Maka taktik Mahathir itu akan makan diri sendiri.

Tak percaya? Anda sediakan pop corn sahaja.

Abang Rebel


Ulasan

  1. Kata pepatah, gajah dengan gajah bertarung, pelanduk mati di tengah tengah. Tak ada yang aku nampak bagus dah Pakatan ni. Masing-masing main kuasa hujung-hujung pribumi negeri ni jadi hamba di negara sendiri. Orde baru, politikus usang. Tu pun masih ada minion-minion pribumi yang hanya ikut telunjuk pemimpin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini