Langkau ke kandungan utama

BOLEH BUAT MAKSIAT DI WAKTU MALAM TANPA GANGGUAN DAN DISERBU?

Apa nak jadi dengan Malaysia Baru, pemahaman Menteri Agama ni sah lebih kepada leberalisasi yang sangat bahaya.

Sudahlah ekonomi Malaysia makin kebelakang, ramai orang Melayu hilang pekerjaan, Perdana Menterinya hanya bermodalkan Najib dan Rosmah, ayat curi, rompak.dan hutang negara hari-hari menjajanya ibarat mereka lupa mereka sekarang adalah pemegang kuasa di Pusat.

Kita baca apa Menteri sesat ni kata

KUALA LUMPUR: Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.
"Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.
"Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan," ujarnya.
Dr Mujahid yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam mengakui bahawa dia memikul tugas yang berat dalam mengubah imej kementeriannya.
Malah, beliau berkata, dia berhadapan pelbagai isu panas seperti LGBT, perkahwinan bawah umur, kes liwat tahfiz dan sebagainya sejurus menerima jawatan itu.
Dalam temu bual eksklusif bersama The Star, Dr Mujahid berkata, beliau cuba untuk mengubah cara berfikir yang disifatkannya sebagai "konservatif agama" dalam kalangan penjawat awam yang mahu menegakkan kesucian agama Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/06/khalwat-bukan-urusan-kerajaan/#qBoriGDttpOloV3w.01



Ulasan

  1. Kalau dah dalam jemaah menteri pun ada yang jelas-jelas Syiah, apa de hal? Di masa depan mesti ada ulama suu' yang kata babi tu halal dimakan. Tak adanya nama Islam Liberal atau Islam Konservatif. Islam tu satu saja, jangan kita tambah lagi satu perkataan di depan atau belakangnya, boleh rosak kesucian kalimah Islam itu sendiri.
    Pelik kan, di saat ekonomi merudum, kos meningkat sedang gaji tak pernah naik, ada juga suara sumbang macam ni.

    BalasPadam
  2. pencegah maksiat mesti ditukar nama kepada penguatkuasa kemunkaran kerana serbuan khalwat yang biasa dibuat itu selalu nya setelah mendapat maklumat ini bermaksud maksiat sedang berlaku di peringkat ini bukan peringkat cegah tetapi peringkat penguatkuasaan jadi tidak timbul isu mengintip. mencegah hanya lah rondaan di kawasan bebas tempat awam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini