Langkau ke kandungan utama

MUSUH DIIKAT KAKI DAN TANGAN SERTA MATA DITUTUP, LEPASTU ITU KATA MUSUH ITU PENGECUT!!

Kalau dahulu mereka gunakan cara memenjarakan musuh politik dengan ISA, sekarang diera baru, Malaysiaku haru. Mereka menggunakan SPRM dan AMLA untuk mengenakan musuh.

Najib Razak sudah beberapa pertuduhan dikenakan, malah isterinya juga sudah kena dengan pertuduhan yang kononnya mereka mengubah wang haram.

Sekarang presiden UMNO, Zahid Hamidi pula jadi mangsa, mereka guna cara sama untuk menekan musuh.

Tertanya, adakah adil untuk merencanakan demokrasi pada hari ini dengan menganiaya musuh politik yang dahulu menjadi anak buah kepada PM sekarang?

Mungkin PM sekarang terlalu selesa kerana kuasa dalam tangan ibarat tidak mampu dihalang oleh sesiapa sahaja.

Bak kata pepatah, bila berkuasa, kejam itu mampu meneruskan dan menguatkan kuasa. Siapa melawan layanlah mereka seperti kambing masuk dikandang harimau.

Itu mereka gunakan, banyak negara seperti Arab, atau negara yang menggunakan sistem republik, menekan musuh politik sehingga tidak mampu melawan sampai bila-bila.

Sekiranya terlalu baik memerintah kena pijak, tetapi menjadi kejam dan kuku besi bila memerintah ramai akan menunduk.

Selagi orang UMNO tidak bersatu padu. Ramai lagi pemimpin kita akan dilanyak sampai tidak mampu bangkit lagi.

Nanti penulis huraikan strategi PM baru ini dalam mengawal kuasa musuh politiknya. Sekarang dia gunakan balingan sebiji batu kena tepat 5 orang sekaligus.

Antara mesej dari Whatsap

JATUHKAN IMEJ PRESIDEN, JATUHKAN IMEJ UMNO

Apa yang pelik Presiden kena tahan SPRM dan kena dakwa. Memang dah di jangka kezaliman demi kezaliman akan terus di lakukan kepada pemimpin UMNO untuk calarkan imej UMNO supaya semua keluar UMNO dan sokong Parti Bersatu. Parti terdesak dengan 13 kerusi dan takut kebangkitan Anwar.

Sebelum ini pun ramai pemimpin UMNO sudah di panggil beri keretangan dan di siasat SPRM/AMLA. Tak mustahil selepas Zahid, ada  pemimpin-pemimpin Tertinggi Umno yang lain di dakwa pula.

Itulah perancangan mahazalim dan niat busuk kerajaan PH sekarang. Akibatnya lupa tanggungjawab memajukan dan membangunkan negara, lebih kepada berpolitik dan mencari salah pemimpin UMNO.

Kalau kita diam, Kita akan lagi di tindas dan di pijak

Kalau kita biarkan, kita akan di malukan lagi

Kalau kita berpecah, Umno akan terus berpecah dan terkubur

Malukan UMNO, Malukan Melayu, Malukan Pemimpin Islam

Inilah Masa dan Ketika, Kita BANGKIT dan Kembalikan kekuatan roh perjuangan orang UMNO yang sebenar.

AYUH BANGKIT




Ulasan

  1. Bila nk bangkit?.. Setakat cakap.. Smpai bila² pun x bangkit. Mana pemimpin² umno. Ajaklah rakyat/penyokong.. Mereka blh buat bersih(sngt kotor..jijik). Knp kita masih hanya 'cakap'

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini