Langkau ke kandungan utama

PENASIHAT KHAS MENTERI PENDIDIKAN KE LONDON KETIKA NEGARA MENGALAMI HUTANG YANG BANYAK?

Ibarat lebih sudu dari kuah, Jawatannya hanyalah sebagai Penasihat Khas Menteri Pendidikan, namun kuasanya mampu melebihi dari seorang Menteri dan Timbalan Menteri?

Siapa Wan Saiful untuk membuat lawatan dan kononnya membawa deligasi Kementerian Pendidikan memahami sistem persekolahan di sana.

Hebat, berapa juta pula habis untuk dibelanjakan di London? Sedangkan Kerajaan hari-hari menjaja Negara memgalami masalah kewangan dan perlu berjimat, hutang negara terlalu banyak.

Ramai anak bangsa hilang pekerjaan, ramai mengeluh harga barang melambung.

Deligasi ke sana untuk apa sebenarnya? Membazir? Belajar untuk tukar uniform sekolah? Kasut hitam? Sistem pembelajaran yang bagaimana?

Dr Mazlee sebagai Menteri pendidikan perlu menerangkan perkara sebenar tentang delegasi diketuai oleh Wan Saiful ini.

Adakah jawatan Wan Saiful itu layak untuk semua ini dikala Menterinya tiada sekali dalam lawatan itu.

Lawatan membazir atau lawatan nak tunjuk hebat?


PENASIHAT KHAS MENTERI PENDIDIKAN MENGETUAI DELEGASI KEMENTERIAN KE LUAR NEGARA

20 Oktober 2018

Melalui catatan di laman Twitternya semalam, Wan Saiful Wan Jan (Penasihat Khas kpd Menteri Pendidikan) memuatkan gambar-gambarnya mengetuai delegasi Kementerian Pendidikan melawat London untuk memahami sistem sekolah di England.

Bagaimanapun, tidak disebut tarikh lawatan, berapa lama lawatan itu dilakukan serta siapakah nama peserta delegasi Kementerian Pendidikan yang ikut serta dalam lawatan tersebut.

Untuk makluman, selain dilantik menjadi Pengerusi PTPTN, Wan Saiful juga adalah Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik.

Dalam Kerajaan PH sekarang, hanya Dr. Mazlee satu-satunya Menteri yang mempunyai Penasihat Khas di Kementeriannya dan hanya Wan Saiful satu-satunya manusia bertuah di era Malaysia Baru yang dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri.

Apabila Wan Saiful memaklumkan beliau membawa satu delegasi Kementerian Pendidikan melawat London untuk memahami sistem pendidikan di sana, persoalannya apakah seorang Penasihat Khas Menteri layak mengetuai lawatan ke luar negara seperti ini ?

Kenapa tidak Menteri sendiri, Timbalan Menteri, Ketua Pengarah Pendidikan M'sia atau pelbagai Pengarah lain di Kementerian Pendidikan yang mengetuai lawatan tersebut ?

Siapakah yang MELULUSKAN LAWATAN KERJA KE LONDON ini oleh seorang PENASIHAT KHAS KEPADA MENTERI ?

ADAKAH PENASIHAT KHAS MENTERI INI TELAH DINAIK TARAF KEPADA : PENASIHAT BERTARAF MENTERI ?

MOHON MENTERI PENDIDIKAN MASZLEE TOLONG JAWAB SOALAN INI.

(SHAHBUDIN HUSIN)

Ulasan

  1. Bersangka baik, mungkin lawatan tu buat ala-ala backpacker kot, tinggal pun di YMCA, balik pun naik kapal atau kapal terbang kelas ekonomi sebab nak jimat. Belanja seluruh krew lawatan mungkin £50 je sehari, tu pun sisa BR1M 😂😂😂

    Rasanya tak perlu kot sampai ke London kalau nak belajar sistem pendidikan. Seberang tambak ada negara dengan sistem pendidikan yang bagus, boleh belajar dengan diorang, bajet pun tak keluar banyak, asal usul pun sama.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini