Langkau ke kandungan utama

'FALSE FLAG' YANG GAGAL! BAGAIMANA SIJIL SILAT BOLEH DILEMPAR DI KAWASAN KUIL SETELAH MEMBUAT KECOH?

Banyak tanda tanya yang kalau dilihat akal dan minda kita pasti akan berteka-teki, siapalah yang bodoh merancang untuk memerangkap siapa agaknya?

Bahan bukti yang disengajakan dibiarkan bersepah di kawasan kuil, selepas serangan 50 orang bertopeng, dikhuatiri orang Melayu yang diupah untuk membuat kacau.

Malah bahan bukti yang kalau kita fikirkan secara logik, bodoh level kiasa tiga untuk operasi ini?

Kad-kad pengenalan, kad ahli pertubuhan seni bela diri, baju parti politik, sijil silat juga dijumpai.


Lawak level apa agaknya yang mungkin ingin membuatkan orang India hilang sabar? Selepas orang India membuat onar dengan rusuhan di Kuil Seafield, curahan minyak disengajakan untuk memerangkap orang Melayu supaya terlibat sama dalam operasi licik ini.


Siapa agaknya punya angkara. Kata pihak Polis, ada pihak yang mengupah orang Melayu supaya membuat kacau itu sebanyak RM150-RM300 diberikan seorang, nilai RM150,000 kata Menteri KDN.

Persoalannya untuk apa perkara ini disengajakan menjadi api perkauman?

Adakah kerana 8 Disember 2018 ini akan diadakan himpunan mega umat Islam di Kuala Lumpur untuk bersolidariti membantah ICERD?

Maka operasi menghalakan masalah kepada himpunan nanti dengan tipu helah memang nampak berjaya dirancang? False Flag yang gagal atau sebaliknya. Hanya jauhari mengenal manikam.

Kita fikirkan logik akal. Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Ulasan

  1. Betapa kudut nya pihak yang merancangkan pemindahan kuil itu.

    Peristiwa ini menunjukkan: PEMAJU (CINA) YANG PALING UNTUNG.

    Perusuh (India dan Melayu) yang paling rugi.

    BalasPadam
  2. Bagus lah Polis dah tangkap hampir 100 perusuh setakat ini.

    Di reman - simpan dalam lokap maksima 7 hari (atau lebih?), di soal siasat (interrogated).

    Aku tak heran jika di interrogated Taliban-style. Penting mahu tahu siapa dalang rusuhan itu.

    Mahu tahu apa kaitan si dalang dengan pemaju atau pemunya tanah.

    BalasPadam
  3. Di beri makan nasi bungkus RM3 gamak nya 2 hari sekali, bersepah dalam lokap.

    Kot bilik air pun di situ jugak, macam di lihat di gambar dalam TV dll.

    Kena seminggu begitu, aku harap bila di interrogated akan keluar maklumat2 penting dari depa.

    Aku yakin Polis akan dapat maklumat yang menunjukkan siapa dalang rusuhan itu.

    Dan apa kaitan nya dengan pemunya tanah atau pemaju.

    Jika ada kaitan, pemunya tanah / pemaju mesti di heret ke mahkamah, di tuduh / di penjara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika Pemaju / Pemunya Tanah yang merancangkan dan mengguna gengster sehingga ahli Bomba cedera parah nyaris hilang nyawa nya, tiada maaf bagi mereka.

      Mesti di dedah, di caci, di kutuk se boleh2 nya, di tuduh d mahkamah, di hukum seberat yang boleh. Jenis itu tidak boleh di biarkan "get away" dengan hukuman ringan.

      Padam
  4. Ada seorang aktivitis NGO bernama Elangovan Annamalai pada awal pagi isnin semasa dikatakan kumpulan gangster diupah pemaju memasuki perkarangan kuil telah menyiarkan siaran live video di FB dia dan dia jelas seorang yang tidak bertanggungjawab dan memulakan provokasi perkauman seperti menjerit melayu serang kuil, inilah nasib orang hindu dekat Malaysia, "anjing pemakan lembu" dalam bahasa tamil dan lain-lain lagi dimana kata-kata itu bertujuan membakar sentimen perkauman orang india.Harap buat report beramai-ramai ke atas racist elangovan annamalai ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini