Langkau ke kandungan utama

WAYTHA MOORTHY HERO CHOLA YANG BOLEH KETEPIKAN PERINTAH MAHKAMAH


Ekoran daripada insiden rusuhan kumpulan samseng upahan ke atas kuil Mariamman, USJ25, Subang Jaya, menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan di premis kuil berkenaan, ia tidak akan dirobohkan, meskipun mahkamah telah mengeluarkan notis perobohan kuil tersebut sejak 11 Mac 2014.
Nampaknya insiden rusuhan kumpulan samseng itu telah menguntungkan pihak kuil meskipun, pemilik tanah, One City Development telah membayar RM1.5 juta serta menyediakan tapak tanah menggantikan lokasi sedia ada.
Keputusan mahkamah berkenaan kes kuil tersebut yang diputuskan lebih empat tahun lalu, amat mudah untuk diketepikan, sebagaimana mudahnya kes Lim Guan Eng, Rafizi Ramli, dan lain-lain yang melibatkan orang-orang kuat PH diketepikan. Namun tidak sesekali bagi kes musuh-musuh politik Tun Mahathir.
Sekiranya sedemikianlah kedudukan martabat perundang-undangan negara, maka nampaklah bahawa dogma ‘survival of the fittest’ atau ‘rule of the might’ menjadi satu label yang signifikan kepada sistem perundang-undangan negara ini.
Lantas ia mengulang kembali zaman diktator Mahathir suatu ketika dahulu.
Ia amat mudah bagi Waytha Moorthy, kerana apa yang perlu dibuat hanyalah “mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, bagi memastikan kuil itu dapat dikekalkan” sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana semalam (27 Nov 2018).
Apa yang perlu dicanangkan ialah “wujudnya ketegangan kaum” sebagaimana yang diulang dan diulang, sedangkan kumpulan samseng yang merusuh telah dikenal pasti sebagai kumpulan yang diupah oleh pihak pemaju, meskipun pihak pemaju menyangkalkannya.
Baca Selanjutnya
https://cungkil.wordpress.com/2018/11/28/waytha-moorthy-hero-hindu-yang-boleh-ketepikan-arahan-mahkamah-pindahkan-kuil/

Ulasan

  1. Semua menteri PH Macam Menteri Kedai Kopi, boleh buat Kenyataan Tanpa mendapat restu Tun PM.
    Tak hormat langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini lah akibat nya bila sudah takda jalan lain bagi membuang Kleptokrat dan Penyangak Najib.

      Timbul suatu pakatan terdiri dari parti baru, PPBM, parti2 lama PKR, DAP, Amanah dll.

      Bila menang, tiap parti berhak kemukakan nama calon2 untuk Jemaah Menteri.

      Ada calon2 yang haprak. Kena tunggu lah rombakan Jemaah Menteri.

      Sementara waktu, kita puaskan rasa hati bahawa Najib Al Jibo sudah di gulingkan di Pru14.

      Padam
    2. Sokong pendapat Alli.

      Waytha Murthi nampak nya ha nya mahu cari undi orang2 India bila mengata kuil itu tidak akan diroboh, masakan dah ada Perintah Mahkamah.

      Kalu dengan kata2 "tidak di robohkan" dia maksudkan sebagai "akan di pindah dengan cara mengangkat structure itu" ke tempat 3 batu dari situ seperti dah di beritakan, itu ok. Jika demikian, dia patut buat kenyataan yang jelas dan terang.

      Tapi kalau kenyataan nya ha nya bermaksud tak boleh di pindahkan, full stop, itu bahaya. Sebab dalang yang mengusahakan rusuhan itu akan berusaha lagi

      Harap PDRM dapat kenal pasti dalang itu secepat mana yang boleh untuk menjernihkan dan menyejukkan keadaan.

      Padam
  2. Kami rakyat Malaysia berharap Tun akan menggantikan si waytamoorthy perpecahan ni kpd menteri melayu lah...Singkirkan waytamoorthy !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa nya kalo Waytha memenohi kuota bukan Melayu, susah lah nak di ganti dengan orang Melayu.

      Tapi mengganti dia, besr kemungkinn.

      Padam
  3. tak ada apa yg blh diharapkan kpd PM 93...jadi PM sekadar utk kenyangkan tembolok ank cucu&kroninyer aje...suwey 7 keturunan

    BalasPadam
    Balasan
    1. MATDEY mahapundek

      Padam
    2. Tahun 2003 penduduk Malaysia dalam 25 juta
      Tahun 2018 penduduk Malaysia sudah jadi 30 juta. Jumlah Perbelanjaan kerajaan meningkat. Pemikiran rakyat pun sudah. berubah. Hidup semakin pening.....duit punya pasal..kerja bodoh ceroboh kuil pun ada yg buat...duit punya pasal. Tiada isu perkauman. Harap semua bertenang.

      Padam
    3. gome,

      Aku rasa kamu yang akan suwey 7 keturunan. Sebab komen tak ada fakta, alasan, walau penerangan pun. Ingat lah, kalau tidak Tun Mahathir yang adakan gabungan PPBM, PKR, DAP, Amanah dll, tidak tentu boleh gulingkan Kleptocrat Najib di Pru14.

      Akan banyak billion Ringgit lagi lah akan di seleweng dan di songlap Najib dari 1MDB jika dia terus sebagai PM. Rosmah akan banyak cincinRM24 juta dan rantai lebih RM100 juta lagi. Rakyat yang merana sebab duit 1MDB ada lah duit rakyat.

      Padam
  4. AKu nampak dalam Berita kuil Hindu Tak rosak pun

    BalasPadam
  5. Wayouta Murti sudah dapat jawtan mana dia mahu letak jawatan.

    Tun M pulak fikir awal sangat nak rombak jemaah menteri.

    Kita balun sajje ler di blogs dll.

    Supaya bila Tun M rombak nanti, Wayouta tentu akan akan out.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini