Rabu, 26 Disember 2018

AZWANDDIN DITAHAN POLIS KERANA HINA WAYTHA MOORTHY DAN UGUT SERANG BALAI #hancing

Azwanddin ditahan kerana ugut serang balai polis, hina Waytha

Polis hari ini menahan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Penahanan tersebut dibuat sehari selepas beliau mengancam menyerang balai polis sekiranya pelaku rusuhan di Kuil Sri Mariamman bulan lalu tidak ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Azwanddin disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Fadzil berkata aktivis hak Melayu itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina menteri perpaduan, P Waythamoorthy.


Semalam, ketika berucap di himpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang, Azwanddin menggelarkan menteri berkenaan sebagai 'pariah'.

Sehubungan itu pihak polis akan memohon reman terhadap aktivis itu di Mahkamah Klang pagi esok.

Jika disabitkan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Azwanddin boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya.

MKINI

1 ulasan:

  1. Maksud "serang balai" oleh beliau bukanlah bermakna serang guna senjata api macam komunis bintang tiga atau nama kininya DAP serang keatas balai Bukit Kepong dulu.

    'Serang' dalam bahasa melayu moden bermaksud pi mintak penjelasan and report saja.

    Harap maklum.

    BalasPadam

PH SUDAH JAGA MELAYU DENGAN BAIK, TETAPI ADA PIHAK MENAKUT-NAKUTKAN SUPAYA MELAYU BENCI PH #viralhancing

ARAU 19 April - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan sokongan orang Melay...