Isnin, 10 Disember 2018

KESEDARAN ORANG MELAYU MAMPU RUNTUHKAN EGO PH DI PRU15 NANTI?

Himpunan Aman Bantah ICERD atau kesyukuran diatas Kerajaan menangguhkan ICERD. Namun secara umumnya untuk kita ketahui. Belum muktamad sebenarnya pembatalan ICERD ini kerana menurut apa yang Perdana Menteri ke-7 kata, dari tutur katanya sentiasa membuat drama flip flop, ialah kejap batal, kejap tangguh, kejap kaji, kejap tidak terima.


Jadi bagaimana kita orang Melayu dan Bumiputera nak percaya.

Himpunan aman #Daulat812 ini adalah permulaan bagi memberi tahu kepada kerajaan yang dikawal majoriti oleh bukan Islam.

Jangan memandai-mandai nak tukar, aniaya, membelakangkan Islam, orang Melayu dan Bumiputera.

Jangan suka-suka nak pijak kepala majoriti rakyat Tanah Bertuah ini.

Kalau kerajaan masih berdolak dalih dengan ICERD ini. Malah sengaja membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Dijangkakan himpunan aman 2.0 pula akan diadakan. Mungkin selepas ini akan lebih ramai menyertainya.


Himpunan Aman Bantah ICERD pada 8 Disember 2018 yang lepas menunjukkan orang Melayu bila bersatu, akan mengerunkan musuh-musuhnya terutama UltraKiasu.

Sebagai contoh, Lim Guan Eng membuat kenyataan, Himpunan ICERD ini amat berbahaya.

baca disini
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/himpunan-812-ibarat-perkembangan-politik-yang-bahaya-lim-guan-eng-193152

Mungkin dia sendiri nampak penyatuan orang Melayu akan mengugat kuasa DAP pada PRU 15 nanti.

Pesan kepada rakan-rakan kita yang bernama Melayu.

Kalau yang boleh mengundi pada PRU 15 nanti. Ayuh daftarlah mengundi.

Pesan-pesankan.


5 ulasan:

  1. perkuatkan ekonomi bumiputera! jadikan matlamat kita disamping kuasa politik

    BalasPadam
  2. Lagi banyak tembelang UMNO terbongkar, lagi sayang parti tu pada UMNO
    Sikit hairan ...

    Ketika banyak pertuduhan terhadap bekas Presiden UMNO

    Satu parti ni beriya benar untuk bersama UMNO

    Ada orang dari parti tu kata

    Itu bekas presiden dia

    Bukan UMNO yang buat salah

    Betul UMNO tak salah

    Tapi, yang mengisi kepimpinan di dalam UMNO tu siapa?

    Malah masih ada lagi pemimpin tersebut yang satu parti ni beriya sangat nak mempertahankannya.

    Demi Islam dan melayu atau sekadar survivor politik untuk menang PRU?

    Hahahaha

    Orang bukan bodoh

    Berhimpun tanda syukur

    Tapi dalam ucapan tak lambang langsung rasa syukur

    Siap maki hamun

    Cabar mencabar

    Kini terdedah pula kesilapan ppemimpin UMNO dalam isu Tabung Haji

    Sikit hairan

    Satu parti tu tak pulak nak buat demo

    Demi Islam

    Sepatutnya jadi juara

    Tapi diam seribu bahasa

    Sikit hairanlah

    Tapi lebih banyak rasa tak terkejut..

    C&P pen buruk online

    BalasPadam
    Balasan
    1. C&P makanan bagi insan Yang lemah akalnya..silalh berfikir kenapa isnya terjadi..bukan kehendak manusia,sebab sikapnya berkawan..ini adalh kehendak tuhan yg berkuasa..siapa boleh menghalangnya..utk budk kg selatan..

      Padam
  3. Senang cerita ada bukti sila dakwa di mahkamah...

    Asyik buat tuduhan di medsos je...

    Dulu masa jadik pembangkang bulih la cakap berdegar-degar sampai terkeluar buih dari mulut kununnya kerajaan menguasai badan kehakiman...

    BalasPadam
  4. Mantap saudara tanpa nama. Negara tak pernah kecoh sekecoh sekarang. Rakyat tak huru hara spt huru hara sekarang.

    Tuhan Maha Besar dlm keadaan negara berkocak Melayu tetiba tegak bersatu. Perangkaan semakin bertambah ini menambah resah kerajaan, semakin goyah semuga cepat rebah sebelum cukup EDAH.

    BalasPadam

TARIF AIR NAIK TIDAK AKAN BEBANKAN RAKYAT BAWAHAN KATA KERAJAAN PH #viralhancing

KUALA LUMPUR: Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli beri jaminan bahawa kenaikan tarif air secara berperingkat tahun ini tidak akan membeba...