Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 10, 2018

KERAJAAN BARU PALING SUCI BERBANGGA 55 RIBU RAKYAT HADIR DI RUMAH TERBUKA PERDANA SEMALAM

Kerajaan baru, yang menangnya kerana propaganda paling tidak etika pada PRU14 yang lepas, mengumumkan untuk berjimat cermat, Menteri kewangannya yang ada pertuduhan mahkamah berkenaan skandal beli banglo murah, sentiasa bermain persepsi kononnya hutang negara sudah melebihi 1 Trillion.

Hari-hari buat sidang media, hampir puluhan ribu kakitangan yang berstatus kontrak diberhentikan, katanya pemberhentian itu disebabkan melibatkan perihal pemimpin terdahulu, guru agama juga diberhentikan, bukan itu juga jkkk, haji 1MDB juga sudah diberi hint untuk tidak diteruskan.

Bukan sedikit diberhentikan, ramai orang Islam, seagama dengan Perdana Menteri yang disayangi umat katanya.

Kerajaan baru tidak berdendam katanya lagi, berjela-jela hujah mengatakan nak selamatkan kewangan negara.

Siaran Piala dunia 2018 Russia, boleh pula sponser, katanya akan beri keuntungan buat RTM.

Rakyat memerhati (Kecuali pencacai taksub) mereka juga tertanya, apa cerita mansuh tol, minyak murah, PTPN tidak perlu bayar…

GOLONGAN 25% MEMANG AKALNYA SUDAH ROSAK, BEGITULAH UMAT AKHIR ZAMAN

Pelik juga, bila pemikiran orang melayu, akalnya memang sudah rosak, masih berbangga dengan keadaan bilamana memegang kuasa, 90% bukan Islam dan mereka hanya 25% mempercayai bahawasanya Islam bakal terjamin dan dijaga dengan elok bila sudah berkuasa dengan nama Pakatan Harapan.

Baca realitinya selepas 9 Mei 18 lepas

KUALA LUMPUR: Kira-kira 95% pengundi Cina memilih Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, berbanding 85% yang menyokong gabungan Pakatan Rakyat yang kini telah terbubar pada PRU13, lapor Straits Times (ST).

Bagaimanapun, hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH, laporan itu menambah dengan menunjukkan angka daripada Merdeka Center. Manakala kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) dan 30-33% menyokong PAS.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/14/laporan-95-cina-tapi-hanya-30-melayu-sokong-ph/

Hakikat pemahaman kita, minda kita kena berubah, Malaysia perlu maju untuk Malaysia lebih disanjungi.

Sanjung ap…

HARI RAYA BAKAL TIBA - GAS MEMASAK NAIK 77 SEN

KUALA LUMPUR 13 Jun - Isi rumah di Malaysia akan membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ia dinaikkan 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu).

Menurut Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 dibuat selepas menerima kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan tiga tahun mulai Januari 2017.

IBR membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan.

Jelas Gas Malaysia, di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan 77 sen per MMBtu akan dilaksanakan untuk semua kategori di…

UNDURKAN TENTERA, LARIKAN DIRI, ITU ADALAH ARAHAN - DUNKIRK MEI 1940

Undurkan tentera, tinggalkan senjata, ada sebab kita perlu belajar strategi khusus ilmu perperangan.

Dunkirk, pelajari mengapa perlu strategi pengunduran ini?

Arahan supaya askar British undur dari tanah Perancis kerana Nazi sudah mengepung habis kawasan jajahan Eropah ketika itu.

Hampir 30k tentera British terpaksa dan memaksa rela untuk menundurkan diri demi arahan dan menyelamatkan diri.

Kenapa tak melawan je sedangkan boleh je tentera 30k tu buat sesuatu untuk melambatkan tentera Nazi dari menjarah Perancis?

Ada sebab. Ada strateginya, walau nampak pengecut, bacul, terdesak, hina, ditertawakan, malah Nazi yakin, selepas Perancis, London akan ditawan pula selepas itu.

Namun siapa sangka tidak sampai 5 tahun 1945 umumnya Nazi dan Hitler kalah dalam perperangan Dunia ke 2.







HITLER - 'i TOLD YOU SO' (AYAT MEMERLI MUSUH POLITIKNYA)

Hitler, satu nama paling diingati sebagai pemimpin kejam dan tiada nilai kemanusiaan terhadap musuhnya, terutama bangsa Yahudi.

Kita sedia maklum, kepimpinannya yang berjaya membuat satu taktik dan strategi baru dunia politik dan ketenteraan.

Bagaimana akalnya mengawal minda rakyat Jerman sehingga hanyut rakyatnya dengan drama politing serta kepimpinannya.

Banyak buku menceritakan bagaimana seorang yang 'looser' menjadi KING kepada negara Jerman melalui parti politik Fasis pimpinannya iaitu NAZI.

Bukanlah penulis ingin melambung betapa hebatnya Hitler, tetapi belajarlah cara kepimpinan yang "supergila", menjarah akal dengan teknik propaganda paling hebat pada zaman itu.

Kepala propaganda Hitler bernama Joseph Goebbels yang dianggap Raja propaganda untuk Nazi ketika itu.

Baca
https://www.thepatriots.asia/joseph-goebbels-raja-propaganda-nazi/

Satu titik tolak dalam kebangkitan semangat rakyat Jerman pada ketika itu moralnya jatuh akibat kekalahan WW1.

Bagaimana Hitler …

DUNIA INI DIBUTAKAN DENGAN PROPAGANDA BERULANG-ULANG

Dunia hari ini memang tidak mampu kita ungkapkan kebenaran itu sudah mati, sudah tiada pedoman dan sudah tiada makna dosa.

Bagaimana Perdana Menteri Malaysia hari ini mampu berkuasa maksimum, hanya dengan wujudkan propaganda berulang-ulang, menyerang musuh politik yang tidak mampu membaca perancangannya.

Kuasa dan impak sebenar mendapatkannya.

Mudah, akhir zaman, segala jenis bermula dari smartfone. Dengan senjata itu, maka berjayalah taktiknya, maka rosaklah kebaikan yang sudah dibuat beribu kali.

Dahulu, tuduhan jual negara kepada China.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/9277/

Sekarang bila dah berkuasa. Lain pula jadinya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-minta-pinjaman-dari-jepun-177975

Anda perlu faham, apa itu persepsi, hasut dan fitnah.

Orang baik-baik selalu gagal dalam melawan tiga perkara ini. Dunia politik hari ini bercerita perihal kebaikan yang sudah mati.


TUDUH DULU, BUKTI KEMUDIAN, STRATEGI KEJI YANG PALING DISUKAI SANG PENGUASA!

Sejak 2014 ketika Tun Mahathir masih dalam UMNO, mungkin kewujudan 1MDB sejak 2009 yang sebelum itu namanya TIA.

Nampak bahawasanya 1MDB ini tidak bagus untuk sebahagian dirinya dan kawan-kawan @ kroninya.

Di serang dengan penuh teliti, pelbagai tuturkata memalit terhadap DS Najib. Bermulah serangan berulang-ulang mengatakan Najib mencuri duit berpuluh billion, Najib songlap duit rakyat, rompak, pencuri dan tohmahan yang lain.

Tetapi begitulah cara propaganda untuk memusing minda rakyat yang bakal terpengaruh dengan tuduhan berulang-ulang itu.

Tony Pua, Rafizi serta beberapa pemimpin DAP cukup ligat memainkan persepsi itu, bayangkan sejak 2014 - 2018 sehinggap PRU 14 berlegar-legar ayat Najib Pencuri, Perompak, Penyamun. Lihat sahaja di page-page pro Mahathir, Youtube, Twittet serta FB non stop persepsi ini menjarah akal rakyat.

Keputusannya PrU14 BN kalah dan Pakatan Harapan berjaya menang PrU dengan cara keji.

Tuduh dulu, bukti kemudian

https://www.malaysiakini.com/news/429196?utm_…

ADAKAH UMNO AKAN PUPUS?

Kekalahan itu pertama kali sejak tertubuhnya UMNO pada 1946 dahulu. Orang melayu bila tahu keadaan sudah berlainan situasinya, bangsanya sudah layu, sudah ditekan, sudah dilanyak, sudah ditertawakan.

Ketika itulah kesatuan itu berlaku, perjuangan menentang Malayan Union, penentangan terhadap pertualang perosak bangsa, perjuangan terhadap penjajah sehingga nilai perjuangan itu sehingga Tanah Melayu ini MERDEKA.

Zaman berlalu, tetap berlalu, pemimpin itu datang dan pergi, masalah dalaman berlaku dan terjadi, kekuatan yang dahulunya digeruni, tetapi kini, agak menyedihkan sebut sahaja UMNO, ramai pula dikalangan orang Melayu mencebik muka.

Melayu itu mudah dimanupulasi, UMNO diserang disetiap sudut, bila ia kuat, lupa diri pula, masing-masing nak tunjuk kekuatan siapa bangsawan yang hebat.

Tetapi PRU14 telah membuktikan, UMNO itu sedang dilanggar todak, dibadai ombak yang rakus, puncanya, di zaman serba teknologi ini, segalanya didalam poket dan segalanya hanya dengan petik ibu jari.

Zam…