Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 24, 2018

JANGAN BUAT PARTI UMNO MACAM PARTI KARTEL-KARTEL BUNCIT KEKENYANGAN!!

Sabtu bertarikh 23 Jun 2018, bermulalah pemilihan Sayap UMNO di semua bahagian seluruh Malaysia bagi memilih kepimpinan baru bagi tahun 2018-2021.


Persaingan paling sengit pada ketika ini sudah pasti tertumpu kepada Sayap Pemuda UMNO.

Calon untuk Ketua Pemuda sudah nampak bayang-bayang perubahan ketara diAkar umbi.

Namun menjadi persoalan paling kritikal yang menjadi tanda tanya. Mengapa pula nak menanguh keputusan SIAPA YANG BAKAL MENERAJUI PEMUDA UMNO? Katanya akan ditangguhkan sehingga 5 petang pada Ahad bersamaan 24 Julai 2018?

Ada tangan ghaib nak kawal atau memberi keputusan?

Ramai juga bertanya mengapa? Sebab apa? Kalau pemilihan 2013 dahulu, paling lewat pun pada jam 4-5 pagi hari berikutnya, mengapa pemilihan kali ini nak ditangguhkan sampai ke 5 petang?

Jangan buat UMNO tidak demokratik, sudahlah tersembam pada 9 Mei lepas, walaupun UMNO paling banyak kerusi iaitu 54 kerusi. Dominan parti Melayu. Namun tidak mampu menjadi kerajaan, sudahnya ahli-ahli yang ingin pasti melihat…