Sabtu, 14 Julai 2018

LUAR KOTAK DAN DALAM KOTAK, ANDA FIKIR ARAH MANA?

Dalam perperangan, kalaulah musuh beranggapan perang gerila itu adalah salah satu perang kuno yg tiada masa hadapan.

Sudah pasti semasa perang vietnam sudah membuktikan betapa ramai tentera Amerika mati katak akibat penangan strategi perang gerila yang dilakulan oleh tentera Vietkong.

Namun mengapa di semenanjung tanah melayu ini, tentera komunis gagal dalam membuat kejutan dan menawan tanah berdaulat ini.

Nak tahu? Fahamkan maksud DAULAT itu sendiri.

Apa maksud fahami musuh dahulu sebelum kamu sudah dapat difahamkan oleh musuh itu sendiri.

Hah apa yang penulis ingin lampirkan perihal ini. Mengapa sejak PH berkuasa nampak ketara rakusnya bangsa bernama KIASU dalam menunjukkan kuasa dominannya.

Dari pelajaran, hakim, peguam, menteri kewangan dan menteri-menteri yang mengawal dalam senyap Majoriti rakyat Malaysia, siapa lagi orang Melayu dan Islam itu sendiri.

Apa yang orang Melayu nampak? Emosi, ketidakstabilan keadilan yang sepatutnya tidak dilebih-lebihkan kepada bangsa Minoriti.

Kalau anda lihat, pemimpin Melayu 25% bersungguh mengiyakan yang apa saranan dari pemimpin Kiasu itu bagus, paling hebat dan pastinya adil.

Paling best, PM Mahathir hanya membisu dan ibarat bersetuju sahaja keadaan ini terjadi.

Agak-agak mengapa ya?

Anda pecahkan kod ini, iaitu codename : Amarah


Jumaat, 13 Julai 2018

BIARKAN MEREKA BERONOK-RONOK DENGAN KUASA


Belum 5 tahun, baru 2 bulan sudah ketara betapa parti sipolan itu paling champion dalam mencatur kuasanya dalam kerajaan baru.

Kuasa melayu hanyalah cebisan berdehem yang bunyinya sungguh perlahan, bila tuan besarnya terbatuk, menggelabah habis Melayu-melayu 'lick ass' sambil tidak berbunyi.

Amat lucu bila kita tidak mampu menyorok realiti, kuasa mutlak itu ibarat ayam dihambat anjing, anjing yang lapar sudah habis menjamu selera. Ayam dilepaskan lagi, kali ini sang dubuk pula mengambil habuan.

Kita ibarat ayam daging yang tugasnya untuk dikokak sang perakus yang lapar.

Siapa kita nak melawan, lebih baik makan dan bertelur, tinggu siapa pula yang akan menjadi hidangan pemakan daging.

Sebenarnya, lemahnya kita akibat pecah belah ysng tidak mampu disorok oleh sesiapa. Itulah hakikatnya.

Dunia ini bukanlah percaturan untuk orang baik, dunia ini hanyalah khusus untuk orang yang meraikan kemenangan.

Apalah nasib.

Rabu, 11 Julai 2018

PARADIGMA SENJATA MAKAN TUAN

Setelah Kerajaan Baru menawan Putrajaya, perkara paling penting untuk membuat musuh politik terkapai-kapai adalah dengan memalukannya.

Tindakan tuduh dahulu, bukti kemudian nampaknya sudah melihatkan satu pengkhususan gelojoh oleh pihak kerajaan.

Misi utama adalah memberi imej buruk kepada Najib, Rosmah dan semua berkaitan dengannya.

Duit, barang kemas dan barang milik peribadi Najib dan keluarganya dirampas, diperlakukan ibarat mantan PM itu bersalah dan jahat.

Tahukah anda berapa ton dosa satu Malaysia dapat dalam bergembira bila aib seorang Bekas PM diperlakukan sedemikian rupa?

Kata seorang agamawan, doa orang teraniaya biasanya makbul bila sang kejahatan anggap segala perbuatannya itu adalah cukup menyelerakan nafsu dendam.

Moga kebenaran itu mampu menjahanamkan kejahilan.


https://m.malaysiakini.com/news/433561

Switzerland sedang menyiasat enam individu kerana disyaki merasuah pegawai kerajaan asing serta beberapa kesalahan lain sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dakwaan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, kata pejabat peguam negara berkenaan hari ini. 
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun bukanlah seorang daripada "penjawat awam yang dituduh" itu, kata kenyataan yang dikeluarkan.

Selasa, 10 Julai 2018

LGBT NAK HAK, SEKOLAH TAHFIZ NAK DITUTUP MANAKALA TERNAKAN BABI MODEN PERLU BAKAL ADA DI MELAKA

Wahai umat Islam yang bernaung di Tanah Melayu, Tanah Berdaulat, nenek moyang kaya raya, tergadai habis harta benda dan maruah serta kuasa.

Mengapa melayu itu mudah diperkotak katikkan? Semuanya kerana tamak, ego, dendam dan iri hati sesama bangsa.

Sejak zaman berzaman, Tanah Bertuah ini banyak diceritakan betapa banyaknya konflik dan permasalahan yang banyak merugikan bangsa Melayu.

Oh, bercerita perihal bangsa itu rasis, sedangkan Melayu-melayu sedar, apalah ada dengan nama berbinkan si polan dan si polan, bila kuasa sudah ditaikkan oleh bangsanya sendiri.

Bangsa kita ini tidak belajar dengan apa terjadi dengan Melayu Singapura, banyak kuasa Melayu itu pupus di Nusantara ini adalah kerana kita berpecah belah.

Allah sudah memberi signal besar setelah Pakatan Harapan pimpinan Mahathir, banyak hal Islam dan orang Melayu diusik dan dicabul sehingga tiada siapa mampu nak melakukan untuk menyelamatkannya.

Ingat kita sudah tiada kuasa, anak muda pengemar gajet, pemain game online yang hari-hari melepak di mamak melayan wifi free, malah rumah urut yang menyediakan sentuhan lendir cukup sudah mengkhayalkan generasi muda Melayu yang bakal hanyut direnyuk zaman. Itu belum judi online, bercambahnya Kaum LGBT, malah mereka menuntut hak pula.

Agak pelik, tiada nilai rasa bersalahkah kita bila kita tidak hairan langsung perkara yang merugikan bangsa kita ini sudah terang-terangan.

Bak kata seorang agamawan, akhir zaman ini, kamu selamatkanlah akidah dan iman kamu serta keluarga kamu, anak dan isteri kamu ke jalan Allah. Dekatilah dengan agama, kerana akhir zaman golongan kejahatan sedang melakukan kerjanya.

Persoalannya, adakah kita sebagai orang Islam Melayu hanya mampu berdiam dan merenung jauh hanya berkata, apa nak buat, dah nasib.

Malang Pak Kaduk, Malang lagi kamu yang tidak berbuat apa-apa

Ahad, 8 Julai 2018

DEMOKRASI ITU MEMBISUKAN KEBENARAN?

Apalah nasib, sudahlah kalah, diperlakukan parti UMNO ini ibarat kain lap kaki oleh musuhnya yang berdendam sekian lama.

Mereka sudah berkuasa, maka mereka gunakan kuasa yang ada untuk melakukan out of law tanpa kawalan.

SEMUANYA KERANA DENDAMKAN NAJIB

Itulah hakikat yang berlaku sekarang ini, sejak UMNO tidak menjadi kerajaan, bangsatnya bila kalah cukup pedih, musuh dikepalai Perdana Menteri tertua di dunia, melakukan perkara sama dia pernah lakukan terhadap musuh politiknya.

Pusingan hidupnya, hanya menjatuhkan orang yang tidak sebulu dengannya, Najib adalah manusia yang paling dia berdendam sejak 2014.

Setelah berkuasa kembali, cara zalim itu sudah terbiasa dengannya, ramai mengatakan, Najib kena kali ini lebih teruk dan sadis.

Mungkin Anwar Ibrahim pernah alami betapa zalimnya dia diperlakukan ketika zaman Reformasi, tetapi cara dan kelakuan pembalasan dendam kesumat Kerajaan Mahathir terhadap Najib nampaknya lebih teruk walau nampak macam mengikut undang-undang.

Bila keadilan sudah mati, apa lagi kita nak harapkan dengan Malaysia baru ini.


Mungkin ini salah satu impak besar perpecahan Melayu yang akan merugikan orang Melayu sampai titik penyesalan sudah tidak relevan lagi.

Anak muda sudah dirosakkan dengan media sosial, LGBT nampaknya sudah tiada masalah menonjol terang-terangan, Umat Islam sudah terjerat dan memungkinkan hanya berdehem sahaja mampu.

Malang tak sudah Melayu. MALANG TAK SUDAH KERANA KUASA.


SALAH GUNA MEDIA SOSIAL - SKMM SERBU 11 LOKASI RAMPAS TELEFON BIMBIT DAN KOMPUTER RIBA #viralhancing

CYBERJAYA – Sebanyak 11 lokasi di beberapa buah negeri diserbu Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Ma...