Rabu, 8 Ogos 2018

PERMAINAN WAYANG OPERA UNTUK MENUTUP HAL REALITI

Bibit alih tumpuan sudah bermula.

Setelah Menteri-Menteri buat perangai, maka perkara yang boleh membuat rakyat khayal perlu dilakukan.

Gunakan media sebaik mungkin, ceritakan hanya tajuk Besar, Najib, kapal mewah, disabitkan, dituduh, dijangkakan kesemunya tertumpu hot button modal mereka sejak menjadi kerajaan baru.

Tahukah Anda

Itulah strategi berulang-ulang yang digunakan pihak Nazi pada perang dunia ke-2 dahulu, iaitu cari kambing hitam, berikan imej buruk yg paling teruk kepada musuhnya, manupulasi fikiran rakyat dengan cerita khayalan.

Kita fikir yang macamana?

Cuma kita perlu berfikiran seperti Jason Bourne untuk memecahkan kod-kod propaganda kerajaan baru ini.

Jangan tersasar minda

Siapa rajin membaca tahulah, bukan menelaah drama tv3 jam 7 petang, kita hanya tahu husna, fika, shah. Katanya sudah tamat drama kontroversi ini.


Selasa, 7 Ogos 2018

KITA HIDUP DI ERA KEBODOHAN MENJADI PANDUAN

Alih tumpuan, mengajar penipuan berkala, melahirkan penyokong buta kayu dan sememangnya bodoh serta tidak sedar-sedar tentang kerosakan bakal menimpa kita semua.

Semuanya kerana ingin Najib jatuh, setelah misi mereka selesai, berjaya pula menawan Putrajaya, Mahathir sebelum ini mengatakan Malaysia akan rosak kalau biarkan Najib berkuasa.

Tetapi bila dia berkuasa, satu persatu perkara yang merunsingkan berlaku dan ia menjadi buah mulut rakyat yang mungkin jelek melihat keadaan politik Malaysia pada ketika ini.

100 hari bakal menuju titik tamatnya, janji yang hebat sebelum PRU masih belum mampu dilaksana, mulalah ayat-ayat seloka sememangnya akan menyalahkan kerajaan lama puncanya.

Kita lihat pula menteri-menterinya, terang-terang ada yang terpalit skandal tetapi mampu ketawa menjadi menteri.

Malah membiarkan jawatan penting kepada bukan Islam sudah menampakkan, apa nak jadi, lantaklah, asalkan segala apa yang dihajati itu sudah dalam tangan.

Makin ramai orang Melayu hilang pekerjaan, kononnya diberhentikan atas dasar proksi politik kerajaan lama.

Warga Felda pula bagaimana keadaannya, bila komuniti harga sawit jatuh, hairan juga mana pergi suara kata kerajaan zalim, menganiaya rakyat? Dah mati agaknya makhluk-makhluk yang dulu lantang menggunakan modal orang Felda dan orang kampung kononnya dianiaya.

Nampaknya Malaysia Baru lebih teruk menganiaya rakyat.

Bak kata pujangga, kalaulah orang kita mudah diperbodohkan oleh golongan perakus dan pembongak, terimalah suatu hari nanti kita hanya mampu geleng kepala dan mengatakan, kesian aku ni bodoh juga rupanya.

Biasalah bab bodoh kita serahkan kepada Melayu-Melayu dungu penjilat tegar Tuan besar mereka demi satu matlamat, asal Najib jatuh.

Penulis ingin sangat kalau ada kuasa luar biasa ingin beri penampar secara ghaib kepada mereka ini yang hanya berfikiran dangkal hanya kerana percaya dengan propaganda jahat menjatuhkan orang.



FGV RANCANG BUANG 6,000 PEKERJA #viralhancing

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd. menafikan laporan berita hari ini yang menyatakan syarikat perladangan itu mahu mengurangkan 6,000 pekerja ...