Jumaat, 28 September 2018

ADAKAH ANWAR YAKIN DIA AKAN JADI PM KE-8? ANTARA GELOJOH DAN SALAH PERCATURAN SANG PENGUASA

Semalam penulis ada gambarkan sedikit teori yang bermain diminda.

Selepas 9 Mei, kemenangan PH dengan bantuan Mahathir telah membawa fasa baharu kuasa politik.

Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri yang nampak tergesa-gesa, lantikan Menteri pula dilihat sebagai agak menjelekkan.

Setelah Anwar dibebaskan, watak rebellion 1998 ini memungkinkan sudah dijinakkan dengan mudah oleh Mahathir.

Perjanjian siapa Perdana Menteri ke-8 berlegar-legar setelah musuh ketat Mahathir itu dibebaskan.

Segalanya nanti akan terjawab bila keputusan PRK Port Dickson Oktober nanti, adakah Anwar akan ditanam secara halus oleh Mahathir atau Anwar terselamat dengan nada amarah?

Dalam politik kita usah percaya bila politus berbicara dengan berjabat tangan demi kuasa, sedangkan satu dunia tahu mereka tidak boleh dekat.

Dengan tiba-tiba mampu berpeluk cium demi satu kuasa, bukan mudah Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dengan segera, tetapi diharap Anwar tidak gelojoh dan terlalu yakin.

Calon underdog yang orang PD pasti akan mengundi untuk menidakkan hajat Anwar itu.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/99241

Isa Samad keluar UMNO dan akan bertanding di PD, agak-agak atas arahan siapa? Sudah pasti mastermind pujaan dia, semua tahu Isa Samad ini pengikut setia Mahathir.

Permainan sudah bermula, dikatakan seramai 25 MP UMNO sudah dikatakan telah dipujuk untuk bersama Mahathir.

Anda fikirkan logik, Mahathir ini manusia yang sejarahnya kita semua tahu, bagaimana Tengku Razaligh dikenakan cukup-cukup pada masa krisis UMNO tahun 1988.


Anwar dinasihatkan usahlah gelojoh, cari satu strategi senyap yang semua tidak tahu gameplan kamu, ini awal-awal dah pasang banner Anwar PM ke-8.

Banyak kenyataan Anwar disiarkan portal-portal menampakkan beliau nampak tidak sabar untuk menjadi PM ke-8.

https://www.malaysiakini.com/news/445051?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook


Persoalannya, permainan ini siapa bakal tersembam dan siapa bakal mengelamun dan siapa pula bakal kena  'game'?

Kita tunggu keputusan PRK Port Dickson. Anda akan faham apa penulis ingin sampaikan.


TEORI-TEORI ANWAR VS MAHATHIR DEMI KUASA DOMINAN, SIAPA BAKAL TERSEPIT?

Umum kita sudah nampak, kerajaan baru yang menjadi juara memanupulasi minda pengundi baru dan golongan pembenci Najib ketika PRU14 membuatkan satu Malaya terkejut.

Hilangnya kuasa UMNO/BN setelah hampir 61 tahun memerintah Malaysia.

https://www.roketkini.com/2018/04/12/kenapa-umno-takut-muafakat-anwar-mahathir/

Bagaimana Mahathir memikirkan untuk memegang kuasa kembali sedangkan sekiranya dia dalam UMNO sekalipun, agak mustahil untuk dia mengepalai segala arahan atau idea darinya ketika Najib memegang kuasa.

Jawapannya mudah, wujudkan satu entiti kambing hitam, mulakan ia dengan titik pembunuhan karekter. Siapa kambing hitam itu?

Sudah pasti Najib Razak. Mahathir tahu, untuk memangsakan Najib, adalah mudah dengan persepsi berterusan dan ulang-ulang sehingga yang cerdik pandai pun terpedaya.

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-politik/jangan-percaya-umno-hilang-kuasa-selepas-pru14-139282%3famp=1

Mahathir tahu, sekiranya dia didalam UMNO sekalipun, keputusan PRU14, Barisan Nasional bakal rebah dan ini akan membahayakan dia dan anak-anaknya.

Apa strategi Mahathir gunakan? Sekiranya tidak mampu melawan musuh yang kuat, bersamalah dengan musuh itu, jadikan mereka kawan.

Ya itulah caranya paling berkesan, musuh sebenar untuk dijinakkan bukanlah Najib, tetapi Anwar dan sekutunya.

Anda bayangkan, faktor propaganda ulang-ulang yang tidak beretiqa digunakan untuk mengenakan Najib memang sangat berkesan menjatuhkan BN.

Video sedihnya, tuduhan melulunya, mengatakan duit negara dicuri, rompak, muflis, modal-modal dari pakatan pembangkang diguna pakai dan ditambah rencah supaya pembangkang ketika itu yakin, mereka mampu menawan Putrajaya.

Paling kuat memain peranan adalah Mahathir, sehingga dapat menjinakkan Lim Kit Siang, Mat Sabu, Nurul Izzah, Wan Azizah dan pemimpin yang banyak mengasak dirinya ketika mereka-mereka ini dalam kem pembangkang ketika itu.

Siapa sebenar musuh yang Mahathir risaukan sehingga ia menjadi manusia hilang pedoman dan membunuh habis parti UMNO yang menjadikan Perdana Menteri selama 22 tahun?

Sudah pasti Anwar Ibrahim.

http://m.utusan.com.my/berita/politik/misi-halang-anwar-jadi-pm-1.722882

Mengapa agaknya? Teori-teori ini akan dikupaskan dalam penulisan yang akan datang.

Anwar bertanding di Parlimen Port Dickson, adakah ini bibit-bibit perbalahan secara diam untuk menidakkan Anwar menjadi PM?

Siapa bakal dijadikan mangsa untuk peralihan kuasa dominan dalam PH?

Sudah pasti parti UMNO.

Teka-Teki untuk dijawab.

Skrip haramkan UMNO oleh Pemerintah melalui Pembubaran BERSATU

1. Kita tahu BERSATU Negeri Sembilan sudah dibubar dan terbaru di Selangor.

2. Isu ini terjadi ketika PM berada d UK dan US. Malah kecoh cubaan DSAI tidak dibenar bertanding PRK PD.

3.  Ini semua adalah diversion. Utk skrip lebih besar. Iaitu pengharaman UMNO.

4. Harus diingat alasan paling jelas jika Bersatu sbg parti pemerintah pun dibubarkan kerana langgar syarat,maka UMNO pun perlu diharamkan atas alasan Rule Of Law.

5. Tunggu dan lihat dalam beberapa hari lagi. Mungkin sebelum PAU.

https://www.malaysiakini.com/news/444878?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook


DUA PENULIS PRO PEMBANGKANG DISOAL SIASAT BUKIT AMAN #viralhancing

Adakah cara menekan penulis dan pemain media pro pembangkang mampu mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan baharu ini? Kadang-kadang me...