Sabtu, 5 Januari 2019

ANAK MENTERI PERTAHANAN DITAHAN POSITIF GANJA?


Menurut laporan portal SinarOnline dengan tajuk, anak Menteri ditahan positif ganja.

Spikulasi hangat mengatakan anak Mat Sabu terbabit. Malah kesahihan sebenar masih belum diumumkan oleh mana-mana media arus perdana.

Namun panas di media sosial mengatakan itu adalah anak Mat Sabu.

Kalau benar, memalukan sungguh.

Anak lelaki kepada Menteri Pertahanan, ditahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 12.30 tengah malam tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh polis Narkotik Daerah Dang Wangi.

Seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki. Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

2 ulasan:

  1. Takkan ayah "Sabu" anak "Ganja". Macam cerita musang berjangut: Ibu namanya "kemeyan" nama anak "tempat bara"

    BalasPadam
  2. Mustahil, tak kan anak seorang presiden Parti Amanah?

    BalasPadam

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh. Aiman Zainali, cal...