Khamis, 31 Januari 2019

BOMBA PUJUK HAMPIR SEJAM LELAKI MERAJUK MENYOROK BAWAH KONTENA #viral #hancing

MELAKA - Seorang lelaki menyorok hampir sejam di bawah kontena kabin kerana enggan menyerah diri kepada pihak polis selepas dipercayai bergaduh dengan bekas teman wanitanya di Taman MITC Prima di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh terpaksa dipanggil untuk memujuk lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an.

Difahamkan, sebelum kejadian lelaki itu telah berjumpa dengan wanita berkenaan di sebuah tadika berhampiran.

Pasangan itu bagaimanapun bertengkar sehingga wanita terbabit membuat panggilan polis menyebabkan suspek melarikan diri sejauh 200 meter dan menyorok di bawah kontena berkenaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zul Akhman Othman berkata, sepasukan 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Sebaik sahaja tiba kami mendapati seorang lelaki sedang menyorok di bawah kabin itu yang agak sempit dan hanya mempunyai ruang setinggi 7 sentimeter.

“Dengan bantuan tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), pihak kami berusaha memujuk dan berjaya membawa lelaki itu keluar kira-kira pukul 1.10 petang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut sumber polis, hasil ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis syabu. - K! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAHATHIR TETAP AHLI SYURGA WALAU DIA TIDAK SOLAT KATA USTAZ PAN (AMANAH) #viralhancing

Menjelekkan bila seorang ustaz Pakatan Harapan (PH) hari ini telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan apabila mengesahkan Perdana Mente...