Selasa, 29 Januari 2019

ECRL: KENYATAAN BERCANGGAH LIM, AZMIN MEMBUATKAN MENTERI BINGUNG DAN HAIRAN #hancing #viral


Beliau berkata perdana menteri mengarahkan kajian terus dibuat terhadap kontrak projek mega itu.

Seorang menteri kabinet menyatakan kekeliruannya berhubung dua menteri yang mengeluarkan kenyataan bertentangan tentang status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), walaupun mereka menghadiri mesyuarat yang sama.

Menteri itu merujuk kepada pengesahan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berhubung pembatalan projek mega itu, manakala Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada mulanya berkata Azmin tiada ketika mesyuarat membincangkan perkara itu.

"Dalam kes Lim dan Azmin, dua kenyataan bertentangan itu membingungkan saya.

"Lim berkata Azmin tidak hadir mesyuarat dan maka tidak tahu apa yang berlaku. Tidak, Azmin ada di mesyuarat," katanya yang enggan namanya didedahkan, kepada Malaysiakini.

Akhbar Singapura Straits Times sebelum ini melaporkan kerajaan dalam langkah mencari kontraktor baru untuk projek ECRL, bagi menggantikan syarikat China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

Pada Sabtu lalu, Azmin berkata kabinet telah memutuskan untuk membatalkan projek itu kerana kerajaan perlu membayar faedah sebanyak RM500 juta setap tahun jika ia diteruskan.

Lim kemudian menjelaskan beliau tidak bermaksud Azmin tiada dalam mesyuarat tetapi mungkin "tidak dimaklumkan" tentang beberapa perkara yang diputuskan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat.

"Saya terkejut melihat pengumuman (Azmin) tapi mungkin itu kedudukannya," kata Lim.

Lim kemudian sekali lagi menjelaskan "kejutannya" berhubung masa kenyataan Azmin dibuat dan bukan isi kandungannya.

Semalam, beliau berkata kabinet akan membuat pengumuman rasmi berhubung status ECRL minggu depan.

MalaysiaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh. Aiman Zainali, cal...