Jumaat, 18 Januari 2019

KERJASAMA PAS-UMNO BAKAL KAMBUSKAN KUASA DAP PADA PRU 15 NANTI #viral #hancing

DAP mungkin berjaya memecah belahkan orang Melayu pada PRU 14 yang lepas, setelah Mahathir juga menjadi dalang dalam percaturan mempergunakan orang Melayu menyokong Pakatan Harapan.

Malah strategi gila kuasa dengan cara memfitnah sangat berjaya, target terhadap Najib Razak cukup berkesan, cara shoot in the head memang terbukti berjaya, ramai Melayu tergoda, hanyut dan tersalah pilih.

Akhirnya setelah hampir 8 bulan mereka berkuasa, tiada apa satu pun perkara yang patut dibangga oleh rakyat Malaysia.

Rakyat ditipu hidup-hidup oleh DAP dan sekutunya, yang rugi orang Melayu, habis dijarah harta orang Melayu, dimasukkan golongan DAP dalam GLC-GLC yang sepatutnya orang Melayu menjadi pentadbirnya.

Apa nak buat, dah kuasa duit siapa yang pegang? Maaf cakap Mahathir seorang yang nampak bodoh bila menjadi Perdana Menteri ke-7 ini.

Banyak rompong yang merugikan orang Melayu dilakukan dengan sengaja oleh orang tua ni. Moga dia cepat-cepat insaf dan bertaubat.



Kerjasama Umno, PAS strategi ampuh menang PRU - Tajuddin

Kerjasama Umno, PAS kini semakin baik selepas dua parti dominan Melayu itu bersatu dalam satu perhimpunan raksasa anti konvensyen PBB mengenai kesaksamaan kaum yang menghimpunkan puluhan ribu umat Islam di ibu negara baru-baru ini, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak pada 17 September tahun lalu menjadi pencetus kepada kerjasama dua parti itu.

Katanya, kerjasama Umno dan PAS penting sekiranya pembangkang ingin membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Malah katanya, rakan komponen BN iaitu MCA dan MIC juga sudah dapat menerima kerjasama Umno, PAS dan ia diterjemahkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

"Itu sebab Umno dan PAS kena bersatu. PAS dan Umno bersatu adalah satu formula yang paling tepat untuk menang (PRU ke-15).

"Itu yang saya bawa, saya memulakan langkah kerjasama Umno, PAS melalui perhimpunan Melayu bangkit, dari situ angin perubahan kerjasama Umno, PAS berlaku.

"Kerjasama itu semakin kukuh, misalnya di Cameron Highlands PAS ambil keputusan tidak bertanding, bila Ramli Mohd Nor bertanding MCA, MIC boleh terima.

2 ulasan:

  1. Kita buat satu kempen baru- Jom belajar bahasa Cina. Dengan itu orang Melayu tak akan kena tipu diorang lagi. Belajar bahasa orang supaya tak dijahati dek orang.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya Melayu dari dulu lagi kena bersatu, berbaik sangka, tak kira lah pbbm ke, pkr ke, amanah ke, pas ke, umno ke ... kalau Melayu bersatu = 60% ko... kuat tu...Tapi itu hasad dengki musti buang jauh2 la...Baru Melayu kuat...Baru lah tanah air ni kita yang punya ... Faham...Dah tua pun bodoh...!

    BalasPadam

UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP TUN M BUKAN KHAYALAN? INI JAWAPANNYA #viralhancing

Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini. Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad, individu yang ...