Jumaat, 18 Januari 2019

MELAYU TIDAK PERLU TAKUT DENGAN DAP! UMAT ISLAM AKAN KETINGGALAN SEKIRANYA MAIN SENTIMEN PERKAUMAN DAN AGAMA KATA MENTERI AGAMA

Mujahid, antara insan paling lantang mempertahankan DAP sekiranya ada kritikan dan penolakan yang berlaku.

Ingin memberitahu kepada rakyat terutama orang Melayu usahlah takutkan DAP, DAP tu antara parti yang baik.

Tetapi Menteri Agama ini, kita sedia tahu, apa sahaja perihal Islam yang dipermaikan, dia tidak sekeras membuat penjelasan dan menjadi tugasnya Menteri Agama sepatutnya toleransi yang dayus janganlah tunjuk sangat.

Contoh perihal bangunan yang lampu ada tanda salib, Mujadih tidak keras langsung, malah dia berdolak dalih pula dengan keadaan bangunan itu.

Menteri Agama ke Menteri nak jaga DAP?


Melayu, Islam terus mundur jika asyik main sentimen agama, bangsa

Orang Melayu terus mundur jika isu agama dan bangsa asyik dijadikan agenda perjuangan mereka, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), berkata perasaan takut dalam kalangan orang Melayu terhadap kaum dan agama lain adalah sentimen dimainkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebelum ini, yang tidak sepatutnya masih wujud selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

"Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini tidak sepatutnya takut dengan DAP jika parti itu menang dalam pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

"Jika BN menang... itu isyarat tidak baik kerana isu dimainkan mereka masih isu agama. Mereka akan kata, habislah orang Islam jika DAP menang.

"Akan tetapi, siapa pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH)? DAP ke? Siapa menteri yang jaga agama ?DAP ke ? Tiba-tiba, hari ini mereka (UMNO) nak jadi ‘champion’ (juara) dalam isu ini pula," katanya ketika berucap dalam ceramah PH di FELDA Sungai Koyan, di sini, malam tadi.

Siri ceramah itu turut dihadiri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub.

BHonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAHATHIR TETAP AHLI SYURGA WALAU DIA TIDAK SOLAT KATA USTAZ PAN (AMANAH) #viralhancing

Menjelekkan bila seorang ustaz Pakatan Harapan (PH) hari ini telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan apabila mengesahkan Perdana Mente...