Jumaat, 11 Januari 2019

RAKYAT MALAYSIA BERSYUKURLAH, MINYAK PETROL RON 95 DAN 97 TURUN 1 SEN, DIESEL NAIK #hancing #viral #rakyatsenang

Kerajaan PH membuktikan, semakin populis dan disukai nitizen dengan pengumuman harga minyak yang turun, hanya 1 sen turun, petrol ron95 dan 97 sahaja turun, tetapi diesel naik pula 1 sen.

Rakyat sepatutnya bersyukur kerana, kerajaan hari ini prihatin untuk kebajikan rakyatnya, malah membuktikan slogan PH MENANG RAKYAT SENANG MEMANG TERBUKTI.

Penulis berimiginasi kalaulah penulis sebagai penjilat tegar kerajaan baru ini menulis dengan gaya mutu dan keunggulan menjilat apa sahaja kerajaan buat. Berapa bintang nak bagi?


Petrol RON97, RON95 turun satu sen, Diesel naik satu sen

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun satu sen kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter masing-masing manakala harga diesel naik satu sen kepada RM2.05 seliter mulai tengah malam ini hingga 18 Jan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut (12-18 Jan) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

“Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk​​​​​​​ petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik, merupakan inisiatif baharu kerajaan Pakatan Harapan demi melindungi kepentingan golongan B40 yang tidak pernah diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

Sumber MalaysiaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'KEMPEN MALU APA BOSSKU MENYANGGAHI RUKUN NEGARA' KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-cawangan DAP Kawasan Iskandar Puteri di Skudai pa...