Ahad, 3 Februari 2019

GABUNGAN PAS DAN UMNO DEMI AGAMA, BANGSA AMAT BERBAHAYA KATA WAN SAIFUL

Adakah melayu 17% dalam Pakatan Harapan sudah sangat goyang bila PAS dan UMNO sudah bekerjasama.

Apakah dengan mengatakan kerjasama kedua parti besar orang Melayu itu amat berbahaya untuk negara. Ibarat membaling najis ditempat bersih. Bila sudah kotor dituduh pula orang lain yang baling.

Begitu takut dan goyang kronik pemimpin PH bila Islam dan Melayu bergabung demi agama dan bangsa.

Agak-agak siapa lebih bahaya? Dap atau orang Melayu?



KANGAR 2 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan gabungan UMNO dan Pas serta agenda kedua-dua parti itu amat merbahaya untuk negara.

Katanya, sentimen agama dan perkauman yang dibawa oleh kedua parti itu bukan langkah yang baik untuk Malaysia akan datang.

Malah katanya, gabungan kedua-dua parti orang Melayu itu akan membawa agenda tidak sihat di dalam negara sekali gus menafikan hak bahawa Malaysia adalah untuk dikongsi oleh pelbagai kaum.

“Memang parti Melayu mendepani kepemimpinan politik negara tetapi bukan sampai menafikan suara bangsa-bangsa lain. Apa yang cuba dibawa oleh UMNO dan Pas amat merbahaya untuk negara.

“Mahu tidak mahu kuasa politik perlu diuruskan dengan melibatkan semua bangsa namun dalam masa sama hak orang Melayu dalam Perlembagaan terus terjamin," katanya ketika ditemui selepas Majlis Santai Petang Mahasiswa di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan kajian yang dibuat agensi perundingan, Ilham Centre meramalkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas bakal memberikan kemenangan dalam Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) jika keresahan orang Melayu tidak dihiraukan Pakatan Harapan.

Sebelum itu, hasil kajian Ilham Centre bersama Penang Institute mendapati hampir 60 peratus masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan setelah mereka menjadi kerajaan kira-kira 10 bulan lalu.

Kajian tersebut mendapati kebanyakan responden tidak percaya Pakatan Harapan serius melaksanakan agenda Melayu termasuk mempertahankan hak-hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata, cabaran kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai visi hasil daripada gabungan semua kaum.

“Gabungan semua bangsa adalah cara lebih adil dan sesuai dengan situasi negara kita yang pelbagai kaum.

“Model perkongsian politik dibawa sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) adalah budaya lebih sesuai untuk negara kita," katanya. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. ni sekor lagi pecacai dap...pas/umno ducanangkan sebagai racist...dap& hindraf yg terang2 lebih&lagi teruk racist dia buat2 tak nampak...dia ni memang bodo piang punya Melayu lerr

    BalasPadam

UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP TUN M BUKAN KHAYALAN? INI JAWAPANNYA #viralhancing

Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini. Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad, individu yang ...