Isnin, 4 Februari 2019

POPULARITI PH JATUH TERUK DAN BAKAL TERKAMBUS KATA KAJIAN #viral #hancing


Populariti Pakatan Harapan (PH) diramalkan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang, antaranya disebabkan oleh dasar-dasar yang diamalkan dan perbalahan dalam gabungan pakatan itu sendiri.

Firma penyelidikan, Fitch Solutions Macro Research turut memaklumkan risiko pembubaran PH juga semakin meningkat, meskipun kajian dijalankan itu tidak menjurus kepada perkara tersebut.

“Pandangan Fitch Solution adalah PH mengalami risiko penurunan dalam popularitinya kerana tiga sebab iaitu mungkin pengundi semakin berpendapat bahawa kerajaan tidak membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Kedua, gabungan pakatan itu berulang kali menunjukkan perpecahan dalam kalangan mereka dan ketiga adalah kekecewaan para pengundi dengan idea bahawa kerajaan PH akan membawa Malaysia Baharu dengan kesaksamaan kaum yang lebih tinggi,” jelas firma itu menerusi kenyataan seperti dipetik dalam laporan portal Malaysiakini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. Dulu bolehlah kasi kencing sama rakyat.Skrg zaman smartphone dan kalau gagal mengotakan apa yg dikatakan....mampuslah!
    Kalau sekadar bijak putar belit dgn hujah2 yg dangkal tetapi ada jawapan yg lebih jelas dan logik dalam internet...mampuslah ko!!
    Skrg rakyat yg pegang kuasa...bukannya ISA mcm zaman atok dulu2.Dulu bolehlah kelentong dan ikat tengkuk rakyat sambil menjarah harta negara demi anak..proksi dan kroni.Skrg mampuslah kalau ko berani!!!

    BalasPadam

TARIF AIR NAIK TIDAK AKAN BEBANKAN RAKYAT BAWAHAN KATA KERAJAAN PH #viralhancing

KUALA LUMPUR: Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli beri jaminan bahawa kenaikan tarif air secara berperingkat tahun ini tidak akan membeba...