Isnin, 25 Februari 2019

RAKYAT KENA FAHAM, SUKAR UNTUK MANSUH TOL KATA TUN M #viralhancing

KLANG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta rakyat memahami tentang kos yang perlu ditanggung untuk kerajaan mengambil alih konsesi lebuh raya daripada syarikat konsesi.


Ini kerana, menurut beliau, proses pengambilalihan konsesi lebuh raya melibatkan wang rakyat yang dikutip melalui cukai.

sepanjang masa, itu juga kena dibelanja oleh kerajaan tidak lagi oleh syarikat konsesi.

"Ini juga bermakna sebahagian daripada cukai yang kita kutip mestilah digunakan untuk menyelenggara jalan, bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk lain-lain projek yang juga perlu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kilang Metrod Holdings Bhd. di sini hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan rakyat selepas kerajaan mengeluarkan kenyataan berhubung rundingan dengan Gamuda Bhd. untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti. - Bernama

3 ulasan:

  1. masa berjanji dulu tak adapun cakap masaalah ni...dasar org tua munafiq,.

    BalasPadam
  2. rakyat xfaham kenapa kena kencing rakyat kata nak mansuh tol pastilu nk mintak rakyat paham pulak.

    BalasPadam
  3. Kata najib perompak tapi hakim belum sahkan tetapi ph/madey menang sah kaki penipu kerana dah tak tunai janji kan.

    BalasPadam

SAYA JUGA KECEWA DENGAN KEADAAN SEKARANG JAWAB MAHATHIR KEPADA NURUL IZZAH #viralhancing

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa kecewa dengan p...