Sabtu, 30 Mac 2019

KERAJAAN YANG PRIHATIN KESUSAHAN RAKYAT - BSH RM100 DISALURKAN MINGGU INI KATA MENTERI #viralhancing

PUTRAJAYA 29 Mac - Kerajaan telah mengotakan komitmennya dengan membuat pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk bujang golongan berpendapatan rendah (B40) pada minggu ini yang disalurkan kepada tiga juta penerima dengan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM300 juta.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan pada Februari lalu mengumumkan bantuan itu akan dibuat pada hujung bulan ini sejajar keprihatinan terhadap tekanan kos sara hidup rakyat masa kini.

“Malah pada 28 Januari lalu, kerajaan turut membuat bayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 kepada 4.1 juta isi rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion iaitu sebagai satu langkah memenuhi janji kerajaan.

“Kementerian Kewangan di samping itu juga memperuntukkan sebanyak RM120 juta untuk Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) kepada 1.2 juta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan daripada setiap mereka menerima RM100 dan disalurkan melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat. Bayaran ini disalurkan secara berperingkat bermula semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng lagi, pihak kerajaan akan terus memberi perhatian kepada isu kos sara hidup terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan bantuan disalurkan untuk rakyat yang benar-benar memerlukannya.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800882747 serta e-mel ke [email protected],” katanya.-UTUSAN ONLINE

2 ulasan:

  1. SUDAHLAH KO APEK!!!

    LEBIH BAIK LAH LU GALI TELOWONG....

    BalasPadam
  2. mcm mn nak rasa keperitan rakyat kalau org yg bercakap tu pun pergi melancong keluar negara satu family, gaji beratus ribu sbln,beli banglo dpt diskaun berjuta belum citer komisen terowong lg lain2 lg...apa dia tau itu susah

    BalasPadam

MARAH DENGAN ROMBAKAN EXCO JOHOR, MAHATHIR UMUM MAHU BERSARA MENURUT SUMBER #viralhancing

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang dilaporkan berang dengan rombakan majlis eksekutif exco kerajaan negeri Johor, dikatakan mahu mel...