Selasa, 5 Mac 2019

KERETA TERBANG AKAN DIPERKENALKAN PADA TAHUN INI, RAKYAT HARUS BERBANGGA #viralhancing

Kereta terbang yang sering menjadi cita-cita Malaysia nampaknya bakal termakbul, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang akan dipacu dengan teknologi tempatan.


Beliau juga menyatakan bahawa prototaipnya telah pun siap dan akan dipertontonkan kepada umum pada tahun ini.

"Tahun ini adalah sasaran yang realistk kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Pertumbuhan Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kereta itu adalah selamat dan berupaya terbang pada altitud rendah dan pada kelajuan munasabah.

"Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAYA JUGA KECEWA DENGAN KEADAAN SEKARANG JAWAB MAHATHIR KEPADA NURUL IZZAH #viralhancing

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa kecewa dengan p...