Rabu, 20 Mac 2019

MALAYSIA PASTI AKAN BANGKIT SEBAGAI HARIMAU ASIA DALAM 3 TAHUN, EKONOMI SANGAT HEBAT KATA MENTERI KEWANGAN #viralhancing

Malaysia akan kembali kepada statusnya sebagai Harimau Asia dalam masa tiga tahun, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Gambar- Sumber Malaysiakini

Beliau berkata lonjakan 48 peratus dalam pelaburan langsung asing kepada RM80.5 bilion pada 2018, berbanding RM54.4 bilion pada 2017, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan ekonomi Malaysia.

Lim berkata pelaburan dari China dan Jepun ke Malaysia meningkat dengan ketara dan beliau berharap pelabur tempatan akan turut berbuat demikian.


“Angka 2018 adalah positif meskipun terdapat unjuran tertentu dan saya rasa ekonomi Malaysia berkembang dengan baik. Kita telah mengatasi anggaran konsesus walaupun pada bulan sebelumnya.

“Indeks Pengeluaran Perindustrian sebanyak 3.2 peratus pada Januari adalah lebih tinggi berbanding anggaran Bloomberg pada 2.3 peratus,” katanya dalam ucap tama beliau pada forum pasaran modal Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AYAM TANPA SIJIL HALAL BEBAS DIJUAL DI PASARAYA DI NEGERI SEMBILAN KATA MB #viralhancing

SEREMBAN 24 April - Pengusaha pasar raya di negeri ini bebas mendapatkan bekalan ayam mentah dari mana-mana rumah sembelihan sama ada yang m...