Jumaat, 1 Mac 2019

PAS DAN UMNO YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN MELAYU ITULAH PENUNGGANG AGAMA KATA MENTERI

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyifatkan cadangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan atas isu penghinaan Nabi Muhammad sebagai sesuatu yang bersifat politik dan ‘menunggang agama’.

Katanya, beliau tidak melihat pun kepentingan menganjurkan sebarang perhimpunan aman kerana mereka yang didakwa sudah diambil tindakan.


“Saya mengesyaki ada pihak mahu kekalkan kebencian kepada kerajaan seakan-akan kita tidak menjaga kepentingan agama.

“Sepatutnya mereka sokong (tindakan kerajaan) sebab kita sudah ambil tindakan pantas jatuhkan hukuman, bukan mahu adakan perhimpunan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Mujahid mengulas cadangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS yang mahu mengadakan perhimpunan dengan alasan membantah kes penghinaan ke atas Nabi Muhammad.

Mujahid berkata perhimpunan itu dilakukan atas kepentingan politik, mungkin sebab Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih atau sengaja untuk mengembar-gemburkan, kononnya pihak berkenaan lebih pertahankan Nabi Muhammad berbanding orang lain.

“Ini yang kita kata mereka ‘menunggang agama’ untuk kepentingan politik,” katanya.

Ahad lalu, sebuah portal berita melaporkan Pemuda UMNO dan Pemuda PAS mendesak peguam negara mengambil tindakan segera terhadap individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

Kedua-dua pergerakan itu juga mengugut untuk mengadakan perhimpunan jika pihak berkuasa bersikap sambil dan mahu peguam negara segera mendakwa individu yang dibebaskan atas jaminan polis selepas ditahan kerana memuat naik status Facebook menghina Nabi Muhammad.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam memerintahkan warga emas itu dihantar ke penjara kerana gagal melunaskan jaminan mahkamah RM20,000 selepas dituduh dengan dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad dan Saidatina Aisyah serta menggunakan laman Facebook membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Pada Selasa lalu, seorang operator kilang berusia 22 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan menghina Nabi Muhammad melalui akaun Facebook.

Pada Ahad lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan polis membuka tiga kertas siasatan berhubung kes penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Mengulas mengenai gesaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya polis tidak bertolak-ansur terhadap pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad, Mujahid bersetuju dengan kenyataan Anwar.

MYSENTRAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJORITI FDI DALAM SUKU PERTAMA MERUPAKAN PELABURAN BERKUALITI KATA TONY PUA #viralhancing

Suku pertama 2019 menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi direkodkan, terdiri daripada pelaburan-pelaburan berkualiti, kat...