Jumaat, 26 April 2019

PH TIDAK AKAN JADI KERAJAAN SEPENGGAL, MALAH IA DISENANGI RAKYAT #viralhancing

PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menangkis dakwaan Pakatan Harapan (PH) hanya menjadi kerajaan sepenggal berdasarkan kegagalan menunaikan manifesto PRU14.

Gambar sumber - Google

Beliau menjelaskan, meskipun PH didakwa kurang membela Melayu dan Islam, hakikatnya kerajaan bertungkus-lumus menyelamatkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda.

Malah, katanya, PH kini dalam kerangka melunaskan satu-persatu janji manifesto PRU14.

“Kami mungkin dianggap ‘cair’ dari segi membantu Melayu dan Islam tapi kami dapat selamatkan institusi Islam iaitu TH dan Felda.

“Pihak yang melingkupkan kini dijulang sebagai pejuang agama dan bangsa. Ini paradoks,” katanya di kementeriannya di Putrajaya semalam.

Setiausaha Agung PKR itu berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan PH hanya akan bertahan sepenggal memandangkan kerajaan gagal menunaikan semua manifesto PH.

Beliau juga menjelaskan, buat masa ini PH menggariskan tiga hala tuju pelaksanaan manifesto iaitu telah ditunaikan, sedang diusahakan dan belum disentuh.

“Saya jujur mengaku ada tiga bakul dalam soal pelaksanaan janji manifesto. Bakul pertama mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru separuh ditunaikan iaitu berjaya keluarkan senarai hitam dan sebahagian lagi penetapan gaji RM4,000 baru mula bayar hutang pinjaman, ini belum.

“Janji hapuskan hutang peneroka Felda tapi buat masa ini, kami berjaya hapuskan faedah hutang peneroka sebanyak RM2 bilion, terima kasih (Datuk Seri) Najib Razak, (Tan Sri) Isa Samad dan (Tan Sri) Shahrir Samad. Sebab ketika Tan Sri Yusuf Noor meninggalkan Felda, tabung institusi itu berjumlah RM8 bilion tapi sekarang Felda terpaksa diselamatkan,“ katanya.

Untuk segmen belum diusik seperti berkaitan tol katanya, ia masih di peringkat percubaan dan belum jelas.

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai gerak kerja yang dilakukan PH dalam tempoh setahun ini.

“Jujurnya kalau ada tanggapan kata kami rapuh, hanya sepenggal, yang ini negara kita subur demokrasi, rakyat dan siapa pun berhak bagi pandangan.

“PH ini utuh pada asasnya, kami ada struktur kepimpinan yang jelas malah sentiasa bergerak ke depan,” jelasnya.Pencapaian Kementerian KPDNHEP.

Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANWAR SANGAT YAKIN DR MAHATHIR MAMPU PULIH EKONOMI DALAM 2 TAHUN #viralhancing

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang d...