Jumaat, 17 Mei 2019

PRESTASI MENGGALAKKAN KDNK SUKU PERTAMA RANSANG KEYAKINAN PELABUR KATA LIM GUAN ENG #viralhancing

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Prestasi memberangsangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2019 memberi galakan positif kepada pertumbuhan negara di masa depan, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Gambar sumber Google

Sambil menyifatkan prestasi suku pertama itu sebagai “mengagumkan dan melangkaui jangkaan” Lim berkata keputusan tersebut melebihi daripada jangkaan kebanyakan pengurus dana antarabangsa dan tempatan yang mengunjurkan pertumbuhan itu kepada hanya 4.3 peratus dan ke bawah.

"Kita harap semua pihak akan yakin (terhadap ekonomi negara) seperti pelabur asing dan nampaknya mereka tidak dipengaruhi oleh (mana-mana) laporan yang mungkin tidak berapa positif dan mereka masih melabur dengan lebih banyak (pada suku ini) berbanding suku-suku sebelum ini.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Meja Bulat Fintech Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2019 di sini, hari ini.

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, dengan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

Berasaskan pelarasan bermusim sukuan, KDNK meningkat 1.1 peratus.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata insentif bagi inisiatif pendanaan awam dan rakan setara bagi mikro, perusahaan kecil dan sederhana (Mikro-PKS) akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2020.

Katanya inisiatif tersebut yang dibincangkan pada persidangan meja bulat tertutup itu akan menyediakan alternatif pembiayaan selain kos lebih rendah untuk membiayai Mikro-PKS.

-- BERNAMA

3 ulasan:

  1. FUYOO BANG NON SOLAT JENAZAH KETUA PENGGUNA
    BIASA LA TU BAKAL PM TUNJUK ISLAM SEMULA
    SLOGAN ISLAM JER YANG BELUM MUNCUL LAGI YEER..!!?
    PLURALISMA MURTAD COMANGO TATAP POOJAAN HATINYA


    ... AWAS KEPALA PENIPU PEMBOHONG TUNJUK ALIM.... RAMAI LA GOLONGAN
    GEN-Y FB TUMBLR BIGO TWOO TINDER WECHAT MICHAT TELEGRAM CICKAROS K POP YG BALIK DARI PUB TERKESIMA DNG KEALIMAN BANG NON KITEEE..!!


    ALAHAIIII BUKAK MULUT DAH BAU PENIPU NYA...!!

    BalasPadam
  2. mohon up kan agendsai.blogspot.com


    ini blogger mme blogger macai tolo labuh bakal PM ke - 8. .. sampai mati la tolo labuh tunggu bakal PM 8 jadi PM..... kikikiki..

    BalasPadam
  3. Ternyata, sangat mudah nak menipu dan memfitnah jijik..orang sllu berduha, hari-hari dengar taskirah, tudung labuh, serban tebal, janggut, bijak pandai taraf professor, nnpk alim cakap sopan santun sebelum PRU 14 paling mudah jadi ulam fitnah Tun Mahathir. Ini lah fakta orang Melayu Malaysia seperti duha,taskirah,serban, janggut, tudung labuh tak memberi manfaat berguna dari jadi ulam fitnah jijik Tun Mahathir dan kuncu-kuncu nya.

    Mainkan sentimen emosi,persepsi dan tuduh sahaja seseorang itu mencuri dan memakan harta anak yatim secara sembarangan, akhirnya ramailah yang akan percaya dan ramailah yang akan jadi ustaz jadian....

    Menghairankan, sebab ramai yang termakan dengan hasutan fitnah jahat dan menjijikkan tu, majoririnya orang Islam...

    Bukankah kita dah di beri peringatan oleh junjungan besar baginda Rasulullah SAW, bahawa zaman akhir zaman adalah zaman fitnah :

    يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُوْنَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُوْنَ لِلنَّاسِ جُلُوْدَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ، أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ، وَقُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الذِّئَابِ، يَقُوْلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَبِي يَغْتَرُّوْنَ، أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُوْنَ؟ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الحَلِيْمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا

    Mafhumnya :

    Akan keluar di akhir zaman nanti beberapa orang yang mencari dunia dengan amalan ugama, mereka mengenakan pakaian di tengah-tengah manusia dengan kulit kambing yang lembut, lisan mereka lebih manis dari pada gula, tetapi hati mereka adalah hati serigala...

    Allah Subhanahu Wata’ala berfirman, “Apakah terhadap-Ku mereka berani menipu ataukah mereka berani melawan Aku?

    Maka dengan Kebesaran-Ku, Aku bersumpah, Aku benar-benar akan mengirim kepada mereka fitnah yang mengakibatkan ulama yang teguh hati pun menjadi bingung.”

    Hadis Riwayat :

    At-Tirmidzi, Sunan At-Tirmidzi...
    Kitab Az-Zuhd, Nombor 2515...

    Bukankah Allah SWT ada memberi peringatan kepada kita, apabila datang berita dan perkhabaran dari orang2 fasik, hendaklah kita siasat terlebih dahulu, seperti dalam firmanNya :

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

    Mafhumnya :

    Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu

    Al Hujarat : Ayat 6

    Sebagai orang Islam, adalah WAJIB untuk kita menilai dan mencari maklumat terlebih dahulu, bukan dengar cerita terus buat kesimpulan, sebab itulah yang di perintahkan oleh Allah SWT dan RasulNya...

    BalasPadam

ANWAR SANGAT YAKIN DR MAHATHIR MAMPU PULIH EKONOMI DALAM 2 TAHUN #viralhancing

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang d...