Ahad, 12 Mei 2019

RAKYAT PERLU TERUS KRITIK KERAS KERAJAAN, PANTAU KERAJAAN KATA ZUNAR #viralhancing

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini genap berusia setahun sejak mencipta sejarah memenangi pilihan raya umum ke-14, Mei tahun lalu.

Namun bagi Kartunis politik, Zunar, beliau mahu rakyat di negara ini terus memantau dan mengkritik kerajaan sedia ada bagi mengelakkan salahguna kuasa.

Gambar sumber Malaysiakini

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata, tugas rakyat Malaysia tidak terhenti pada 9 Mei 2018 setelah Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas kuasa dari BN.

“Kerja kita banyak lagi. Dan benda paling penting untuk kita tahu adalah kenapa kerajaan terdahulu boleh memperbodohkan kita selama 62 tahun? Kerana kesilapan kita, saya salahkan rakyat Malaysia.

“Kerana kita biarkan mereka. Sekarang kita dalam era Malaysia baru. Tiada lagi berlepas tangan seperti itu.

“Kita perlu mengkritik dan memantau mereka (PH). Jangan fikir yang tugas kita sudah berakhir dan berada dalam zon selesa,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran bukunya ‘Fight Through Cartoons’ di kedai buku Borders, di The Curve, Petaling Jaya hari ini.


Fight Through Cartoons adalah antara karya Zunar yang pernah diharamkan kerajaan sebelum ini.

Menurut Zunar, beliau menganggap kerjaya sebagai kartunis sebagai satu  tanggungjawab untuk bersama-sama melakukan perubahan.

“Kerana berdasarkan falsafah hidup saya, sesuatu bakat itu bukanlah satu anugerah tetapi ia adalah tanggungjawab.

“Jadi ini adalah tanggungjawab saya. Tanggungjawab saya sebagai seorang kartunis untuk berkongsi bakat saya kepada rakyat Malaysia demi mencapai satu perubahan dan pembaharuan,” katanya.

Dalam ucapannya, Zunar mengimbau tindakan pihak berkuasa bertindak terhadap syarikat pencetak dan kedai-kedai buku yang menjual karyanya.

Malah, ktanya, pejabat Malaysiakini turut menerima tempias apabila diserbu pihak polis kerana menerbitkan karya-karya beliau.

Zunar buktikan perubahan boleh dilakukan

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan menyifatkan Zunar sebagai individu yang banyak memberi inspirasi kepada ramai pihak.

“Saya fikir zunar telah membuktikannya bahawa, satu orang sebenarnya boleh membantu membawa perubahan.

“Dan perkara paling penting sekali kita perlu faham yang individu seperti Zunar telah berkorban selama ini untuk berkempen dan berjuang demi sebuah demokrasi,” katanya.

Steven menambah, sukar dibayangkan tekanan dihadapi Zunar apabila pejabatnya sebelum ini diserbu dan kartunis itu ditangkap atas tuduhan menghasut.

“Malaysiakini telah menerbitkan karya kartun Zunar selama bertahun-tahun dan kami gembira serta mengucapkan tahniah atas karya yang menakjubkan ini,” katanya.

Sumber Malaysiakini

3 ulasan:

  1. kasi up sikit blogger jawaber6.blogspot.com .. blogger ni mme ade telor ... bebas dari telo labuh dan telo clamping topdog


    jawaber6.blogspot.com

    awesome

    BalasPadam
  2. BAKAL PM KE 8 KITA KAKI JUBO
    BANGGAKAH KITA TENTU CAI TERKINJA2
    KAKI JUBO JANTAN PM KITA FUYOO..!!
    CAI CAI SKLIAN HAAH TEPUK KUAT2 YA..!!


    HAAAHHHH MACAIIII TEPUKKKKKK BANGGA BAKAL PM KAKI BANDUAN ... SELAMATKAN JANTAN MESIA



    AAAWOOOOWWEEWWWW... NGILU2 PEDIH

    BalasPadam
  3. bazar ramadhan dulu paling meriah di Malaysia sekarang paling sunyi..

    Mohon boss ku buat lawatan dan ziarah di bazar bazar ramadhan terutama di Bazar Kg Baru (tempat kesukaan atok fitnah) Bazar di Johor di Pasar Rabu Kedah ,Langkawi dan tempat strategik yg lain yang sesuai... Mohon juga Bossku buat lawatan di Bazar Darataran Merdeka yang sudah berpindah dari Jalan TAR dan Masjid India KL dengar khabar tempat baru Dataran tiada samubutan lansung di sana. Jalan TAR dan Masjid India sudah tiada sambutan disebabkan laluan awan di sekat dan parking kereta pun sudah tiada lagi. Kawasan masjid india seperti padang jarak padang tekukur sekarang....!!


    Mohon atur dan segrakan lawatan Bossku di tempat strategik sempana Ramadhan ini...

    mohon VIRALKAN...!!



    dan yang ini tragedi malang umat islam jalan TAR dan Masjid India

    Ada suatu agenda bila parking kereta ditutup di sekitar jalan masjid india yg mana 99% di Jln Masjid India beragama Islam (Melayu mamak indon acheh dll) untuk melingkupkan perniagaan mereka. Bila parking kereta ditutup macamana orang ramai nak singgah dan beli secara pukal..?? Bila peniaga rugi senang puak sepet ni masuk dan kuasai kawasan strategik ini...Kenapa Petaling Street Jalan Alor dan Bukit Bintang tak buat sekali...???


    mohon VIRAL kan...!!

    BalasPadam

ANWAR SANGAT YAKIN DR MAHATHIR MAMPU PULIH EKONOMI DALAM 2 TAHUN #viralhancing

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang d...