Sabtu, 26 Januari 2019

SAH BN MENANG DI CAMERON HIGHLANDS


Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di pusat pengiraan undi menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setakat pukul 6.52 petang, Ramli sudah meraih 11,320 undi, iaitu lebih separuh daripada kira-kira 22,000 yang keluar mengundi.

Calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran pula sekadar mendapat 6,942 undi.

SUASANA TEGANG BILA LIM KIT SIANG DENGAN SELAMBA MASUK KE KAWASAN MENGUNDI? #viral #hancing

Penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS berang dengan tindakan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwa melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan memasuki kawasan tempat mengundi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang berlangsung hari ini.

Kekecohan tercetus apabila Kit Siang bersama beberapa individu, termasuk Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran bertindak memasuki kawasan 50 meter dari tempat mengundi di SJKC Brinchang sambil membawa bendera parti.

“Tidak boleh dekat 50 meter, kamu yang buat undang-undang, kamu sendiri langgar.

“Kalau kita buat kamu bising, tapi kamu buat boleh,” kata penyokong pembangkang yang berada di tempat kejadian sambil mendesak supaya Kit Siang dihalau keluar.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang ditemui berkata, PH termasuk Kit Siang, sebagai parti pemerintah perlu menghormati undang-undang yang dibuat, bukannya bertindak sebaliknya.

“Kerajaan ke pembangkang ini? Kerajaan kena ikut undang-undang, tidak boleh macam ini,” katanya.

Kekecohan kemudian dileraikan oleh pihak berkuasa yang berapa di tempat kejadian selepas 10 minit.


Ketika ditemui media, veteran DAP itu enggan memberi sebarang komen.

“Tunggu dan lihat proses pengundian,” katanya.

Kit Siang bersama penyokong kemudian menaiki kenderaan dan beredar dari tempat kejadian.

Penyokong BN, PAS berang Kit Siang masuk kawasan mengundi dari laporan FMT

FMT

KISAH SEDIH WARGA FELCRA ROMPIN, JEMPOL - 'NAK MAKAN PUN KAMI TIADA DUIT'

JEMPOL 25 Jan. - "Hendak makan pun, kami tidak ada duit," kata Kamaruzaman A. Latiff, 53, yang tidak dapat menahan sebak. Dia mendedahkan nasib kira-kira 500 orang dari 100 keluarga peserta Felcra Rompin dekat sini sejak elaun sara hidup sebanyak RM800 sebulan terhenti mulai Ogos tahun lalu.


Ketua Peserta Felcra Rompin itu berkata, mereka sepatutnya menerima bantuan tersebut kerana melaksanakan projek tanam semula getah pada Ogos 2015 hingga pokok berkenaan mencapai tahap matang dalam tempoh enam tahun.

Namun, katanya, bantuan itu terhenti sejak Ogos tahun lalu dan usaha menyelesaikan masalah tersebut dengan menemui para pegawai di ibu pejabat agensi berke­naan di Kuala Lumpur sebanyak dua kali belum berhasil.

“Kehidupan hari­an kami amat susah ketika ini. Kami tak ada sumber pendapatan lain. Ramai yang sudah habis duit simpanan. Ada yang sudah menjual motosikal dan kereta. Ada yang kena potong bekalan air dan elektrik. Beberapa peneroka menghidap penyakit seperti kanser.

“Kepada siapa lagi kami hendak mengadu. Siapa yang mahu mendengar rintihan orang se­perti kami. Kepada kerajaan, tolonglah pandang kami,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sidang akhbar itu sempena Majlis Merungkai Isu Sara Hidup Felcra Rompin bersama Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif.

Mohd. Salim mem­beritahu, tinjauan be­liau di tanah ranca­ngan berusia 37 tahun itu mendapati, kehidupan para peserta kini amat sengsara dan tidak ada sesiapa pun yang datang menghulurkan bantuan.

Katanya, elaun sara hidup sebanyak RM800 sebulan itu amat penting bagi menampung kehidupan harian mereka yang bergantung kepada hasil getah sebagai pendapatan selama ini.

“Saya menggesa isu ini dise­lesaikan segera. Saya telah melihat sendiri bagaimana penduduk terpaksa berhempas pulas hanya untuk menjalani hidup hari demi hari. Mereka tidak ada pendapatan lain.

“Ini bukan isu politik sama sekali. Ini isu kehidupan rakyat. Bukan semua peneroka di sini penyokong pembangkang tetapi kesusahan yang dialami melibatkan semua orang tanpa me­ngira bangsa dan fahaman politik masing-masing,” katanya.

Sempena lawatan itu, Mohd. Salim turut menyampaikan beras seberat 10 kilogram untuk setiap 100 keluarga peneroka di situ.

UTUSAN online

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/video-hendak-makan-pun-kami-tiada-duit-1.829576

Jumaat, 25 Januari 2019

WALAUPUN DI SEBELAH MASJID, MAHATHIR MEMBALUN NAJIB DENGAN MENGATAKAN "NAJIB SAMA PENYANGAK MACAM ISRAEL" #viral #hancing

Begitulah cara seorang Perdana Menteri tua melepaskan geram terhadap Najib Razak, begitu amarah terhadap Najib sehingga di hari Jumaat yang mulia ini tidak lekang bahasanya menuduh najib perompak, penyamun, penyangak serta pencuri.


Begitu marah dengan Najib sehingga tidak peduli dah di sebelah ceramah itu adalah Masjid, betul kata pujangga, dalam diri diselaputi dendam, tidak mungkin dendam itu pergi begitu sahaja.

Walaupun sudah hampir 9 bulan memerintah, dengan pelbagai masalah yang dibawa oleh Kerajaan PH. Rakyat sudah mula sedar siapa berbohong siapa yang betul.

Malah orang Melayu sudah nampak kesedaran, salah undi dapatlah badi. Namun Mahathir ini kita kena fahamkan iq politiknya lain macam.

Dia tahu, untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu, mudah, maki hamun orang yang pernah berjasa kepada ramai orang Melayu ketika memimpin dahulu. Hina peribadinya, keji keadaannya sekarang.

Malah ada mulut-mulut ikat tepi mengatakan, yang Mahathir sengaja membalun Najib seganas yang mungkin untuk membuatkan orang Melayu lebih menyampah dengan DAP.

Maka pada esok hari undi di PRK Cameron Highlands ada jawapan untuk semua itu, harapan BN untuk menang itu ada. Cuma kalau tidak berlaku silap mata yang mungkin jawapannya agak mengejutkan pada esok hari.

Pada pendapat penulis, mengelarkan Najib sebagai penyangak macam Israel agak keterlaluan, nampak sangat orang tua ni dah sudah tidak peduli halal dan haram, kubur kata mari, rumah kata pergi.

Gila dunia politik Malaysia Baru ini.


Israel penyangak, sama macam Najib, kata Dr M dipetik dari FMT

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan keputusan melarang atlet renang paralimpik Israel memasuki Malaysia untuk satu kejohanan di negara ini, mengatakan kerajaan tidak akan mengiktiraf “penyangak”.

Perdana menteri membandingkan penolakan terhadap Israel seperti rakyat menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu, katanya Malaysia tidak akan menerima “penyangak”, sama ada Israel atau Datuk Seri Najib Razak.

“Masa Najib dulu, orang Israel nak hantar wakil dia terima. Tapi kita tak benarkan orang Israel ambil bahagian dalam acara renang di sini.


“Sebabnya, Israel ini penyangak, sama macam Najib. Tengok bagaimana Israel curi tanah orang Palestin dan buat bangunan di situ. Tak pernah dalam dunia kita boleh buat bangunan di negara orang lain dan terus duduk di situ,” katanya ketika berceramah di Sungai Koyan hari ini.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun media negara itu pernah melapor mengenai hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Pada Februari tahun lalu, Malaysia selaku tuan rumah Forum Urban Dunia (WUF) menerima 6 orang delegasi Israel.

Awal bulan ini, kerajaan melarang pasukan renang paralimpik Israel memasuki negara untuk Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai.

Minggu lepas, kerajaan melarang rakyat Israel menyertai acara yang dianjurkan Malaysia, dan Malaysia tidak lagi akan menganjurkan acara dengan perwakilan atau penyertaan Israel.

FMT

PENGERUSI SPR SEDIA LETAK JAWATAN #hancing #viral



KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan bersedia meletakkan jawatan.

Menurutnya, tindakan itu boleh dilakukan sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengannya dan SPR sekarang.

“Tolong beritahu ahli parlimen di kawasan masing-masing dan undi tak percaya kepada saya di Parlimen.

“Saya akan letak jawatan tanpa sebarang syarat sekiranya ada undi itu. Itu janji saya,” ujarnya dalam status media sosialnya hari ini.



Luahan perasaan Azhar atau dikenali sebagai Art Harun itu mungkin ada kaitan dengan pelbagai dakwaan terutama pembangkang yang mempertikaikan kewibawaan SPR di bawah terajunya sejak kebelakangan ini.- MalaysiaGazette

Khamis, 24 Januari 2019

PH MENANG RAKYAT SENANG, TAMBANG BAS NAIK 10% UNTUK TAHUN BARU CINA #hancing #viral

Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) mendakwa kerajaan membenarkan kenaikan tambang bas sebanyak 10% menjelang dan semasa Tahun Baru Cina.

Presiden Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) memaklumkan perkara itu pada 16 Januari lalu.

“Menurut makluman yang diterima itu, kerajaan telah bersetuju supaya tambang bas ekspres dinaikan daripada 1 Februari hingga 10 Februari.


“Ini bagi menampung perbelanjaan tambahan syarikat bas ekspress yang perlu membayar gaji pekerja dan pemandu bas yang bekerja pada hari cuti Tahun Baru Cina,” katanya.

Beliau berkata pekerja berkenaan terdiri daripada pemandu, penjual tiket, konduktor dan pekerja kaunter.

Dalam pada itu, Ashfar berkata pengusaha bas ekspress mungkin akan menambah bas jika ada permintaan tinggi.

Beliau menasihatkan pengguna membeli tiket lebih awal bagi memudahkan pengusaha menambah bas mengikut keperluan.

Ashfar juga menasihatkan pengguna tidak membeli tiket dengan “ulat tiket” bagi mengelakkan penipuan. Beliau berkata penjual tiket haram menjual tiket pada harga 2 atau 3 kali ganda lebih mahal dan tiket itu juga mungkin palsu.

“Jangan beli tiket di luar stesen bas sebab bila ‘ulat tiket’ lari tiada siapa pun akan bertanggungjawab, dan pengguna juga tidak boleh balik kampung,” katanya.

Ashfar menasihatkan pengguna berada di stesen 30 minit lebih awal daripada waktu bertolak bagi mengelakkan ketinggalan bas.

“Selain itu beg pengguna juga mestilah ditanda dengan betul seperti mempunyai nama, nombor telefon dan alamat pengguna. Ini supaya apabila beg tercicir ataupun beg sama dengan penumpang lain senang nak cari,” katanya.

Ashfar menasihatkan penumpang yang mendapati pemandu bas melanggar had laju atau memandu secara bahaya supaya menghubungi polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

FMT

Rabu, 23 Januari 2019

LELAKI GAGAL ROGOL GADIS DALAM SEMAK DAN LARIKAN DIRI DENGAN SEGERA, INI PUNCANYA #global #viral #hancing

Macam-macam perangai manusia bila bertuankan nafsu ini.

Sudahlah cuba rogol gadis bawah umur, tak sempat nak menunaikan hajat malapetaka pun sampai.

Ini ceritanya


PERCUBAAN seorang lelaki untuk merogol seorang gadis gagal gara-gara digigit semut.

Dalam kejadian di Sukamaju, Sulawesi Selatan pada Sabtu, lelaki tersebut, Toni Irawan, 29, cuba memperkosa seorang gadis berusia 16 tahun yang hanya dikenali sebagai AS.

Ketua Polis Sukamaju Alimin Pammu berkata penangkapan dibuat selepas laporan tentang kejadian dibuat.

"Suspek, Toni Irawan ditangkap di Desa Pattimang, Kecamatan Malangke (Luwu Utara) pada Ahad jam 4.30 pagi. Pelaku tidak melawan ketika ditangkap," kata Alimin, Isnin, memetik Tribun.

Alimin menjelaskan kejadian berlaku di Dusun Sitingkil, Desa Kalulu, Sukamaju, Sabtu


Pada mulanya, lelaki terbabit menghubungi mangsa melalui telefon bimbitnya sebelum datang menjemputnya di rumah.

Dia yang memandu kereta sendiri kemudian mengajak mangsa pergi ke Sitingkil.

"Tiba di Sitingkil pelaku mengajak mangsa 'bersama' tetapi gadis itu sempat lari namun dapat dikejar," ujar Alimin.

Dalam perjalanan pulang, atau lebih tepat sewaktu tiba di Dusun Tandung Bangke, Desa Kaluku, lelaki itu menghentikan kenderaannya dengan alasan mahu mencucinya.

"Ketika itulah lelaki terbabit menarik mangsa ke dalam semak sambil membaringkan mangsa di rumput.

"Tetapi, pada masa itu kedua-dua mereka digigit semut hitam. Mangsa terus bangun dan berlari menuju rumah penduduk," jelasnya.

Suspek kini berada dalam tahanan dan disoal siasat.

mystar

BILA PARTI TERBESAR MENJALINKAN KERJASAMA, INILAH PUNCA D4P MENYERANG PAS #viral

Tidak diketahui mengapa Lim Kit Siang seperti hilang waras bila melihat kerjasama utuh PAS dan UMNO di PRK Cameron Highland tidak mampu disorok lagi.

Sakit hati melihat kemesraan pemimpin PAS dan UMNO, membuatkan Lim Kit Siang menjadi tidak keruan, DAP juga pening lalat memikirkan bagaimana untuk menghalang kerjasama ini dari terus terjadi.

Walaupun DAP sudah menjadi dominan dalam PH, sudah mentadbir Putrajaya, menjadi persoalan, mengapa begitu bimbang dengan kerjasama utuh orang Melayu selepas kekalahan UMNO pada PRU 14 yang lepas.



Lim Kit Siang membuat serangan terhadap HJ Hadi Awang

klik sini

"Veteran DAP itu mendakwa pemimpin PAS mahu berbincang mengenai calon perdana menteri gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak sesuai."



UMNO PAS Jalin Kerjasama, PH Semakin Hilang Di Mata Rakyat

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah memperlihatkan kejutan Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi kerajaan semakin hilang di mata rakyat setelah muncul kejutan yang lebih besar melanda negara.

Ini kerana katanya, timbul kejutan yang lebih besar iaitu bagaimana UMNO dan PAS boleh bersatu, dalam erti kata lain sepakat bekerjasama dan bermuafakat dalam blok pembangkang.

“Dan hari ini kejutan yang pertama itu semakin hilang, kerajaan PH semakin hilang, semakin turun di mata rakyat kerana apa, kerana wujud satu kejutan baru iaitu bagaimana UMNO dan PAS boleh bersatu.

“Cerita puluhan tahun UMNO PAS ini, ahli sejarah, sejarah orang politik pun semua melihat dalam negara Malaysia ini PAS UMNO adalah sebuah institusi masyarakat. Maknanya orang Melayu ini terpecah dua, PAS dan UMNO dan mereka tidak boleh gambarkan bagaimana PAS dan UMNO ini boleh bersatu.

“Kerana apa? Kerana sejarah politik yang panjang. Kita bertembung semenjak sebelum dari kemerdekaan lagi, sekejap sahaja bersama kemudian UMNO dan PAS berpisah, tahun 1946, tahun 1951 sehinggalah alaf tahun baru dua ribu lebih pun masih duk berperang antara PAS dan UMNO,” ujarnya di dalam ceramah sepentas di kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands di Kampung Kuala Medang, di sini, malam tadi.

baca selanjutnya UMNOonline

Selasa, 22 Januari 2019

TIPU UCAPAN TPM MENGENAI EM-IIG, INI SUDAH KES HARU BIRU #viral #hancing

Apa nak jadi ni? Sampai ke tahap begini keadaan Malaysia Baru, sampai teks ucapan pun sanggup menipu?

Kegilaan apakah yang terjadi di Putrajaya? Kerajaan jenis apa yang sangat menjelekkan rakyat ini.

Katanya ucapan belum diluluskan, malah ia mungkin menjadi tanda tanya juga kerana Timbalan Speaker Dewan Rakyat pula yang membaca teks ucapan yang belum diluluskan itu.

HARU SUNGGUH!!

Apakah Wan Azizah sudah tidak ada kuasa menjadi Timbalan Perdana Menteri?



Ucapan TPM mengenai EM-IIG tanpa kebenaran

Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan laporan berita yang memetik ucapan daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkaitan projek jalur lebar berkelajuan tinggi Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Dipertingkat (EM-IIG) yang dibangunkan Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd adalah tidak benar.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek itu di Subang hari ini tidak pernah diluluskan Timbalan Perdana Menteri atau pun pejabatnya.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis berkenaan.

"Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG.




"Menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran beliau adalah perkara yang serius.

"Amaran diberikan kepada semua organisasi supaya tidak menggunakan atau mengedarkan bahan seperti teks ucapan yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran.

"Tindakan tegas akan diambil jika situasi seperti ini berulang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada majlis pra-pelancaran projek EM-IIG di Subang hari ini, ucapan yang dikatakan oleh Dr Wan Azizah yang dibacakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menyatakan Malaysia bakal memiliki platform infrastruktur generasi kelima (5G) pertama di Asia Tenggara, yang menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi paling murah dan terpantas menerusi projek jalur lebar berkelajuan tinggi EM-IIG.

Projek yang membabitkan pemasangan kabel dasar laut dan daratan bernilai RM5.45 bilion di Malaysia menggunakan kabel gentian optik berkapasiti 150 terabait (TB) itu dikendalikan oleh Xiddig Cellular Communications dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

BHonline

HARAP RAKYAT MALAYSIA BERSABAR, EKONOMI MALAYSIA PASTI PULIH LAGI TIGA TAHUN KATA MENTERI KEWANGAN #hancing #viral


KALAU LIM GUAN ENG BERBICARA, LENGGOK BAHASANYA CUKUP RANUM DENGAN KIAS-KIAS MEMBOHONG DAN MENIPU.

APA SAHAJA GETAR KATA DARI MULUTNYA CUKUP DENGAN SENI MENIPU, TIDAK SEDIKITPUN ADA BETUL DAN BERNIAT YANG BAGUS.

INGAT LAGI KATA-KATA DIA MASA SEBELUM PRU14? KATA INGIN HAPUSKAN TOL?

Kalau ada yang terlupa boleh klik sini FMT

BANYAK LAGI KENYATAAN PUSING-PUSING SAMPAI PENING DIBUAT OLEH MENTERI KEWANGAN INI. RAKYAT MALAYSIA KENA TAHU, USAHLAH BERANGAN DAN MENGIDAMKAN KACA MENJADI PERMATA.

CUKUP-CUKUPLAH PRU14 LEPAS DIKENCING SAMPAI HANCING OLEH PAKATAN HARAPAN, MEREKA TETAP MEMBUAT JANJI DAN JANJI MANIS.

SEKARANG INI RAKYAT MALAYSIA SUDAH MERASA BARANG SEMUA JADI MURAH TAK BILA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH?

SAMPAI KE PRU15 EKONOMI MALAYSIA ASYIK TIDAK STABIL AKIBAT MAINAN POLITIK DARI MEREKA-MEREKA INI.



Rakyat diminta bersabar sementara ekonomi Malaysia pulih

21 JANUARI - Rakyat Malaysia digesa supaya bersabar sementara kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) berusaha memulihkan kembali kedudukan fiskal negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata ia akan mengambil masa tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal Malaysia berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan kembali ke landasan untuk bangkit dalam ekonomi sebagai ‘Harimau Asia’.

“Apabila kedudukan fiskal negara telah dipulihkan, kita akan perlahan-lahan maju sedikit demi sedikit, dan kita berharap rakyat dapat bersabar,” katanya ketika berucap di hadapan penganut Hindu sempena perayaan Thaipusam di Kuil Penang Waterfall Hilltop, di sini, malam ini.(semalam)

BERNAMA

Isnin, 21 Januari 2019

LHDN KUTIP CUKAI LANGSUNG SEBANYAK RM137 BILLION TAHUN LALU, INI MEMBUKTIKAN KERAJAAN PH BAGUS #hancing #viral

Prestasi kutipan kasar cukai langsung negara yang dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2018 berjumlah RM137.03 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kutipan itu meningkat sebanyak 11.13 peratus atau RM13.72 bilion berbanding 2017.



Prestasi itu, katanya, adalah sejarah baharu kutipan hasil cukai langsung negara dan turut mengatasi pencapaian terbaik kutipan cukai langsung yang direkodkan pada 2014 iaitu RM133.7 bilion.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada komponen pembayar cukai seperti syarikat, individu, petroleum, koperasi, duti setem dan lain-lain.

“Selain daripada mencerminkan keberkesanan kepimpinan bersih dan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), peningkatan hasil ini juga menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi masih menggalakkan dalam 2018,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Guan Eng berkata, kutipan hasil daripada cukai pendapatan (selain petroleum) menyumbang kira-kira RM116.953 bilion atau 85.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan pada 2018.

Katanya, komponen syarikat adalah penyumbang terbesar iaitu RM70.036 bilion atau 51.11 peratus diikuti komponen individu berjumlah RM36.065 bilion atau 26.32 peratus.

“Diikuti kutipan hasil cukai petroleum berjumlah RM20.08 bilion atau 14.66 peratus, kutipan duti setem berjumlah RM5.93 bilion atau 4.33 peratus, cukai pegangan (RM3.11 bilion atau 2.27 peratus), kutipan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) (RM1.46 bilion atau 1.07 peratus), cukai koperasi ( RM0.171 bilion atau 0.12 peratus) dan Labuan International Offshore Centre (IOFC) serta lain-lain cukai berjumlah RM0.163 bilion atau 0.12 peratus),” katanya.

Tambah beliau, prestasi kutipan yang sangat memberangsangkan adalah kesan daripada strategi efektif dan berkesan berkaitan percukaian yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara selepas kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei tahun lalu.

“Penjajaran semula strategi kutipan cukai yang ditetapkan oleh kerajaan kepada LHDN terbukti membuahkan hasil. Antara strategi itu adalah aktiviti penguatkuasaan cukai, khususnya membabitkan tindakan audit dan siasatan yang dibuat dengan lebih profesional.

baca seterusnya BHonline

CHEF WAN MINTA MAAF DAN MENGAKUI SILAP KERANA TERINGIN MENAMPAR NAJIB #hancing #viral

Selepas membuat kenyataan kontroversi mahu menampar Datuk Seri Najib Razak, pagi ini Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri itu.


Chef Wan mengakui beliau silap membuat kenyataan sedemikian kerana amat marah.

“To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yangg kasar saya telah guna kan di waktu saya merasa amat marah!

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as i have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila di rasuk syaitan dan naik marah!,” katanya menerusi Instagram.


Tambah Chef selebriti itu, beliau tidak mahu menjadi manusia yang tidak berterima kasih dengan tidak menghargai sumbangan Najib kepada negara ini.

Bagaimanapun, memang adil bagi Najib sebagai seorang ahli politik dan mesti menghadapi semua kritikan secara terbuka dan rasa terhormat.

Meskipun begitu, Chef Wan tetap mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana tidak bermakna apa yang dihujahnya semalam tidak betul.

“Saya berdiri di atas nama Allah untuk bercakap kebenaran,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta para penyokong Najib tidak menjadi batu api berhubung kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ujar Chef Wan lagi, beliau tidak kisah apa pun yang akan diperkatakan oleh orang tentang dirinya, sebaliknya yang ditakuti jika tidak boleh berkata tentang kebenaran dan tidak membetulkan kesilapan orang lain.

“Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib). dan itu sahaja!

“Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,” katanya.

Semalam, semasa hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi masakan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, Chef Wan telah melahirkan rasa kecewa dengan Barisan Nasional (BN) termasuk Najib.

Baca Seterusnya
malaysiagazette
http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/21/chef-wan-minta-maaf-pada-najib/

Ahad, 20 Januari 2019

SAYA KALAU JUMPA NAJIB SAYA NAK TAMPAR DIA, SAYA MEMANG TERINGIN TAMPAR DIA KATA CHEF WAN

Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda, isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan. Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini.


Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi, Chef Wan juga dengan garang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada presiden gabungan itu, Najib Razak.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda - semasa ditadbir kerajaan BN - memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.

"Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000.

Terdahulu cef selebriti itu hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan.

"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.

“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" katanya.

Baca Selanjutnya MalaysiaKini

KENA BUAT TEMPAT LEPAK-LEPAK UNTUK REMAJA KATA MENTERI AGAMA #hancing #viral

Kajian terperinci dan mendalam perlu dijalankan untuk melaksana dengan sebaiknya cadangan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun dalam usa­ha mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala dadah.

Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, isu remaja melepak di luar waktu adalah masalah yang diwarisi negara selama ini dan jika ia tidak ditangani boleh mendatangkan masalah lebih buruk.


“Pada saya deliberation perlu dibuat... bagi pihak kementerian kami di bahagian agama sedia bekerjasama dalam erti kata membuat pengisian-pengisian kepada remaja untuk kita bina peribadi mereka.

“Misalnya, bagi menjayakan perintah berkurung itu, suasana yang selesa dan ceria perlu wujud di rumah, bukan rumah yang sempit, seperti flat dua bilik yang menampung ramai anggota keluarga,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di Guar Petai di sini hari ini, Mujahid berkata, “tumpuan dan kajian terperinci perlu dilihat bagi kawasan seperti flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya ada dua bilik, lepas itu famili ramai dan menyebabkan remaja lebih selesa pergi melepak.”

Dengan hal sedemilkian (bilik sempit, keluarga ramai), Mujahid berkata, beberapa perkara perlu difikirkan tentang bagaimana mengatasi masalah terbabit dengan membuat pengisian-pengisian antaranya membina satu pusat untuk melepak.

“Mungkin ada satu pusat lepak yang kita boleh bantu dengan kementerian dengan pelbagai pengisian.

“Dunia remaja amat complicated, sama ada mereka boleh melepak dengan kawan untuk enjoy, (sertai) sosial media, jika ada (tonton) liga Inggeris di kedai mamak yang ada buat tayangan (skrin) besar pukul 12 malam.

“Dia (remaja) nak pi tengok dengan kawan-kawan, maka kita kena perincikan,” kata beliau.

“Tetapi whole idea mestilah tentukan remaja kita tidak terlibat dengan isu sosial dan dadah serta tempat-tempat maksiat,” katanya. – BERNAMA


DUA PENULIS PRO PEMBANGKANG DISOAL SIASAT BUKIT AMAN #viralhancing

Adakah cara menekan penulis dan pemain media pro pembangkang mampu mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan baharu ini? Kadang-kadang me...