Jumaat, 8 Februari 2019

TULAR HARGA TIGA MANGKUK CENDOL DURIAN RM114 KERANA ISINYA MUSANG KING #viralhancing

MELAKA - Sekeping gambar memaparkan tiga mangkuk cendol Raja Cendol Taming Sari di Bandar Hilir di sini berharga RM114 yang tular di laman sosial adalah disebabkan isi durian jenis Musang King digunakan di dalam menu tersebut.

Pemilik kedai berkenaan, Muhammad Ariff Qayyum Mohd. Zamri, 25, berkata, harga itu adalah munasabah bagi mereka yang arif tentang jenis durian termasuk kualiti isi Musang King.

Jelasnya, menu cendol Musing King itu dijual mengikut berat isi durian  antara 120 gram sehingga 150 gram setiap hidangan.


"Malah, sejak memulakan perniagaan pada 2017, pihak kami memaparkan senarai harga bagi setiap menu cendol yang dijual antaranya Cendol Musang King (RM38), Durian Udang Merah (RM20), Durian D24 (RM20), Durian Kahwin (RM17) dan cendol biasa RM7.

"Bagi penggemar durian, mereka sudah pasti mengetahui harga yang ditetapkan itu adalah munasabah, cuma saya bimbang kritikan ini dilemparkan oleh penggemar cendol yang tidak arif dengan harga durian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Jaiya Abu berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan harga di premis cendol tersebut dan berpuas hati dengan syarat jualan yang dilaksanakan.

"Pada petang tadi sepasukan anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan harga di premis berkenaan dan mendapati pemilik tidak melanggar apa-apa syarat perniagaan termasuk tanda harga serta produk jualan," katanya.

Hari ini sekeping gambar tular dalam media sosial memaparkan tiga mangkuk cendol durian Musang King beserta sekeping resit tertera harga RM114.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar pembeli berkenaan sama ada untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap harga cendol Musang King yang dibelinya atau sekadar ingin berkongsi pengalaman menikmati cendol durian premium itu. - K! ONLINE

KOSMOnline

SIAPA DISEBALIK 'UNCLE KENTANG' YANG TIBA-TIBA MAHU BERTANDING DI PRK SEMENYIH? #viralhancing

Isunya bukan kerana baiknya uncle ini membuat kerja amal, ini berkisar mengapa pula dia bersungguh nak bertanding di PRK Semenyih.

Pasti ada udang disebalik batu, pasti ada sesuatu arahan yang membolehkan undi Melayu dipecahkan di Semenyih.

Kita sedia tahu, uncle kentang memang bagus dalam kerja amal, banyak kerja amalnya menolong majoriti orang susah terutama orang Melayu.

Pastinya kalau dia bertanding, pecahan undi pasti berlaku. Maka Pakatan Harapan senyum sahaja.


Mohon kawan-kawan copy paste & repost dan viral

Baru baru ni tersebar berita seorang aktivis ngo yang terkenal dgn rumah sewa RM1 di Puchong, menawarkan diri untuk bertanding di #PRKSemenyih.




Persoalannya kenapa plak tetiba lelaki yang lebih dikenali sebagai “uncle kentang” ini beria sgt nak menceburkan diri dalam arena politik sebagai calon bebas?

Lebih mengejutkan apabila baru baru ini beliau mengeluarkan kenyataan kononnya ada org yg memfitnah beliau mengatakan mantan perdana menteri Dato’ Seri Najib telah memberi “dedak” kpd beliau bertanding di PRK Semenyih bg melaksanakan strategi pecah undi utk BN menang. 🤣🤣🤣



Rupa rupanya dibelakang beliau adalah Dato’ Paul Lim Tau Ern seorang MD syarikat Premiumlogy Holding Sdn. Bhd yg menjalankan perniagaan “souvenir” dan mempunyai rangkaian perniagaan yg besar dalam negara.

Dato’ Paul Lim juga adalah owner rumah RM1 tersebut dan merupakan pengasas sebenar RM1 Home tersebut.

Dato’ Paul Lim ni merupakan penaja dan penyokong kuat PKR dan DAP. Antara kenalan rapat beliau adalah Tian Chua dan Khalid Samad. 🤔🤔

C&P Abdullah Abdullah

"BUKAN BESHER-BESHER PULAK" ADA YANG SUDAH RASA MELUAT DENGAN 'TAGLINE' BARU NAJIB INI? #viral #hancing

Mungkin kerana sudah over kot, ataupun sepatutnya penangan hastag #MaluApaBossku itu diteruskan tanpa ada apa-apa tagline baru yang mungkin boleh menjelekkan orang?

Tidak pasti idea bukan "besher-besher' ni sengaja nak mengenakan Najib?


Makin famous dan digemari golongan marhaen, tagline ‘Malu Aper Bossku’ oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini menjadi titik kebangkitan bekas PM tersebut selepas mendapat cemuhan akibat terlibat dengan skandal 1MDB.

Pun begitu, Najib yang kita lihat sering ‘lepak’ dengan geng motor sejak akhir ni bukan saja belajar satu tagline tu. Beliau kini nampaknya sudah pandai menyebut lenggok orang muda macam ‘On tak on’ dan terbaru semalam, ‘Bukan beshe-beshe’ atau #BBB di Instagram.

“DS Najib tak perlu buat benda begini, seolah-olah menjatuhkan martabat seorang negarawan”

Macam manapun, nampaknya tak ramai yang gemar gaya terbaru bekas PM kita ni yang mereka lihat seperti dah jauh menyimpang daripada personaliti asalnya. Kebanyakannya berpendapat, Najib seakan-akan menjatuhkan martabatnya sebagai seorang negarawan. Ye tak ye jugak ye?





“Adakah aku rasa makin annoying benda ni?”

Malah tak cukup dengan tu, ramai di kalangan netizen jugak akui yang personaliti terbaru Najib Razak ini makin ‘annoying’ atau menjengkelkan sebab bekas PM ni nampak sangat awkward bila sebut lenggok ala ‘rempit’ ini.



“Kenapa sedih sangat tengok Najib ni”

Selain itu, ada juga yang mengungkapkan rasa sedih melihat bekas PM Najib sanggup meletakkan maruahnya di bawah demi nak ‘blend in’ dengan rakyat. Aduhai…





Apa-apapun admin yakin, di sebalik ramai yang tak puas hati atau tak berapa suka dengan imej terbaru DS Najib ni, masih lagi ramai yang kat luar sana sokong dia kan? So kita tengok ajelah nanti macam mana ye. #maluaperbossku

Sumber dari Lobak Merah

RM202 JUTA TABUNG HARAPAN BUKAN UNTUK BAYAR HUTANG NEGARA KATA TUN M #viral #hancing

Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan), yang ditubuhkan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) bagi menyelesaikan hutang yang diwarisi daripada pentadbiran BN, berjaya mengumpul sejumlah RM202,716,775.10.


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah tersebut diperolehi sebaik sahaja ia ditutup pada 14 Jan lalu, selepas dilanjutkan tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu.

Menurut Lim, keputusan melanjutkan tempoh pemberian sumbangan itu dibuat oleh jemaah menteri pada 2 Jan lalu susulan maklum balas positif dan keprihatinan rakyat Malaysia.

"Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun memetik laporan The Malaysian Insight, menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, inisiatif kutipan Tabung Harapan ini hanya merupakan simbolik untuk menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia sahaja. Ia bukan bertujuan untuk membayar hutang KERAjaan PH.

Kenyataan Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Kewangan dan bertentangan dengan tujuan asal Tabung Harapan yang pada awalnya dikatakan untuk membantu KERAjaan PH membayar hutang negara yang didakwa telah mencecah RM1 trilion.

Persoalannya, ke mana atau bagaimanakah wang sumbangan tersebut akan dibelanjakan?

Netizen mempersoalkan kenyataan dari pimpinan KERAjaan PH yang semakin berbelit-belit dan sering bercanggahan antara satu sama lain.

Khamis, 7 Februari 2019

MENGAPA SYED SADDIQ DIBABIKAN OLEH USAHAWAN HAUSBOOM? INI PUNCANYA #viral #hancing

10 Sebab Mengapa Menteri Instagram Syed Saddiq Wajar Diserang Pengasas Hausboom – 10 Kesilapan Syed Saddiq & Penyokongnya - thecoverage

Azri Zahier mungkin bahasanya tidak berbudi bahasa tetapi masih berbudi pekerti dalam berpaksikan kepada intipati kebenaran. Syed Saddiq mungkin bahasanya berbudi bahasa tetapi tidak sesekali berbudi pekerti apabila berkali – kali membuat penipuan.



1. Siapa Puncanya ?

Bila sesuatu konflik berlaku ramai akan bertikam lidah untuk berdebat siapa yang betul dan siapa yang silap. Pokok persoalanya siapakah pencetus dalam isu ini ?

Sekirannya Menteri Instagram kita tidak memulakan program sedemikian maka perkara ini tidak mungkin akan berlaku. Apakah pada hari ini apa produk sahaja yang diposkan oleh Syed Saddiq atau apa sahaja produk yang diminum atau dimakan semasa mesyuarat jemaah menteri maka sekaligus usahawan kita akan berjaya? Menteri Belia dan Usahawan mana di dunia ini yang akan menggunakan dasar sedemikian?

Menteri ni kerjanya merangka dasar. Kemudiannya kerjanya adalah merancang strategi bagi memastikan dasar yang dibuatnya berjalan lancar dan memberi impak kepada golongan sasar.

Contohnya jika menteri mahu memperkasakan usahawan muda, yang perlu menteri lakukan adalah mempermudahkan geran pinjaman, menyediakan fasiliti, mengadakan kerjasama dengan agensi kementerian lain bagi mengukuhkan jenama produk berdaftar, mempermudahkan eksport melalui tajaan pameran berkelompok luar negara, memberi insentif cukai, membina Pusat R&D secara berpusat,

Sendiri sudah tidak cukup matang maka jangan pula libatkan keseluruhan jemaah menteri. Mesyuarat menteri adalah sesuatu yang serius kerana melibatkan polisi , dasar dan masa hadapan negara. Mesyuarat Jemaah Menteri bukanlah satu tempat sambil lewa untuk menikmati makanan dan minuman.

2. Tidak Perlu Downgrade Sendiri Untuk Membalas Kembali Isu Ini Di Sosial Media 

Tugas seorang menteri bukannya untuk berkonflik dengan rakyat yang meluahkan perasaan mereka di sosial media. Jika ikhlas mahu membalas maka balaslah surat yang sudah pun dihantar kepada anda oleh pengasas Haus Boom selama berkali – kali dan berbulan – bulanya lamanya.

3. Jika Mahu Membalas Maka Biarlah Secara Profesional Dan Bukannya Seperti Cyber Trooper

Perlu atau tidak tuduhan seperti luahan pendapat seorang usahawan anda katakan sebagai taktik untuk promosikan jualannya ? Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Jika anda menepati janji dan seorang Menteri yang efektif serta membalas suratnya maka perlu atau tidak Pengasas Hauh Boom ini bertindakan sedemikian di Sosial Media?

Jika ini adalah kayu ukurnya maka bukankah anda juga menumpang populariti semasa isu ini sedang viral maka anda juga membalas di sosial media di mana selama ini tidak membalas walaupun sudah 4 bulan lamanya. Isu ini tidak sampai 10 jam sudah siap dibalas. Cepat dan pantas.

Jika ini dikatakan taktik pengasas Haus Boom untuk meningkatkan jualan maka bukankah taktik yang sama digunakan oleh anda untuk mempromosikan program usahawan anda ? Mempromosikan pelbagai usaha anda dalam membantu usahawan kita? Sebelum ini rakyat mana yang tahu akan program ini ? Jika Hausboom menumpang jualan maka anda menumpang Publisiti !

4. Jika Hendak Membalas Maka Jawab Persoalan Yang Ditimbulkan 

Anda memiliki latar belakang sebagai seorang pendebat. Jangan pula lain yang ditanya dan ditimbulkan maka lain pula yang anda jawab.

Azri Zahier berbicara tentang isu posting anda pula menjawab 7/11. Orang berbicara tentang surat berbulan – bulan yang tidak dibalas anda pula sibuk menjawab sibuk memberi hidangan makanan dan minuman kepada kabinet dalam mesyuarat jemaah menteri. Orang berbicara tentang janji yang ditunaikan anda pula membuat tuduhan seperti taktik meningkatkan jualan. Orang berbicara anda membantu  Exco Permuda Bersatu anda pula jawan sesen pun anda tidak ambil. Siapa tuduh anda dapat berapa sen? Lain yang diluahkan lain pula anda jawab. Jika sudah silap maka mohon maaf sahajalah ? Sudah salah lagi hendak lagi menyalahkan pihak lain?

5. EXCO Pemuda Bersatu Hiprokrit Berbicara Tentang Keadilan

Dalam posting Ben Ali , beliau sendiri berbicara tentang keadilan. Maka dimankah keadilan untuk Azri Zahier?

Dalam screen shoot anda sendiri untuk mempertahankan diri sendiri sebenarnya sudah membongkar kebenaran anda sendiri juga menggunakan template profile yang sudah dibuat oleh Azri Zahier terlebih dahulu. Jika soal tentang keadilan maka mengapa Menteri Instagram post untuk anda dan sehinggi hari ini masih belum membuat sebarang promosi post untuk Haus Boom ?

Profile syarikat pun tidak tahu buat dan kena ambil sampel yang sudah dibuat oleh Azri Zahier. Akhirnya berdasarkan kepada sampelnya anda pula yang mendapat promosi. Dimanakah keadilannya ?



6. Jika Hendak Bantu Usahawan Maka Bantu Tetapi Jangan Claim Credit Yang Bukan Milik Anda

Minuman Haus Boom sudah lama berada di 7/11. Jika tidak membantu maka katakan sahajalah tidak membantu. Jangan menipua dan mengatakan anda yang membatu Haus Boom menembusi pasaran 7/11.


Cybertrooper anda pula sibuk posting gambar ini. Teliti betul – betul setiap perkataan gambar ini. We Are Currently Studying It. My Father Will Speak To Our 7/11 Team. Kenyataan ini hanya menunjukkan cadangan Menteri Instagram kita kepada Vincent Tan masih dalam fasa kajian dan Vincent Tan pula akan memberitahu pasukan 7/11 mereka. Namun begitu , Haus Boom sudah berada di 7/11 sejak tahun lepas lagi. Keadaan ini hanya menandakan Syed Saddiq menipu bahawa beliaulah yang membantu Haus Boom menembusi pasaran 7/11.

7. Kenyataan Bercanggah Team KBS Dengan Syed Saddiq – Menipu Lagi ?



Saya juga akan ambil masa semasa jemaah menteri untuk perkenalkan produk anak muda ini kepada rakan rakan kabinet. Gambar yang diambil akan dikongsikan dengan pemilik untuk dihebahkan. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan bahawa produk tersebut sudah dihidangkan kepada jemaah menteri juga akan diberikan. – Syed Saddiq

Fast forward, pagi tadi saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke Jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/Menteri termasuk dengan Profil businessnya, produknya yang saya push untuk masuk rangkaian 7E dan yang lain, mencaci saya kerana tidak bantu dia. – Syed Saddiq

Kata Team KBS isu ini tidak dibaca dan dibawa berbincang dalam mesyuarat Kabinet. Disamping itu profile usahawan itu hanya untuk penelitian Syed Saddiq. Syed Saddiq pula kata setiap minggu mesyuarat beliau akan kongsikan produk dan profile usahawan anak muda kita kepada kabinet.

8. Alasan Terlalu Sibuk Untuk Membuat Posting – Menipu Lagi

Jika produk Azri Zahier yang lebih awal Syed Saddiq kata sibuk dan tiada masa. Kena tunggu respond. Namun untuk EXCO Pemuda Bersatu pula ada masa ?



9. Orang Lain Tidak Perlu Sibuk Mempertahankan Syed Saddiq Seolah -Olah Menegakkan Benang Yang Basah 

Usahawan Muda Ini Jawab Serta Kongsi Pengalaman Dibantu Ahli Politik

Perkongsian usahawan ini mempertahankan Syed Saddiq adalah amat jahil sekali. Rumusannya adalah setiap produk dan perkhidmatan yang dipos oleh Syed Saddiq maka Syed Saddiq membantu usahawan. Kenyataan ini tidak adil kerana jika kita imbas setiap perniagaan yang dikongsikan adalah perniagaan yang sudahpun berjaya sebelum dipos oleh Syed Saddiq. Jangan ambil credit begitu sahaja. Kalau hanya sekadar POS kata itu adalah bantuan maka Syed Saddiq sudah boleh letak jawatan dan buat full time posting kepada semua usahawan di negara kita.

10. PERINGATAN – JANGAN LARI DARI POKOK DAN AKAR PERSOALAN DAN PEMASALAHAN

Tiba – tiba sosial media penuh dengan lontaran yang lari jauh daripada apa yang ditimbulkan. Soal usaha membantu usahawan , soal taktik jualan , soal serangan peribadi , soal bahasa kasar , soal 7/11 dan Vincent Tan dan pelbagai lagi lontaran – lontara yang tidak menjawab akarnya. Apakah akarnya

A. Mengapa tidak menunaikan janji?

B. Mengapa Azri yang lebih awal akhirnya produk EXCO Pemuda BERSATU yang mendapat posting dahulu?

C. Mengapa tidak membalas surat setelah lebih daripada 4 bulan lamanya?

Azri berkali – kali tekankan baca profil dan promosi di IG seperti mana yang dijanjikan oleh Syed Saddiq – Fokus Kepada Isu Ini ( Jangan terus berlari – lari tanpa arah )

Jika sudah silap maka belajarlah dari Azri Zahier yang akhirnya membuat posting untuk memohon maaf atas kekasaran bahasanya dan bukannya cuba berkali – kali menegakkan benang yang basah !

sumber TheCoverage

BO55KU SAYA PUNYA KATA PELUMBA MOTOGP #viral #hancing

*FRASA *bossku dilihat menjadi satu fenomena dalam kalangan rakyat di
negara ini.


Wujud pandangan mengatakan perkataan itu pada awalnya terkenal di Sabah
dan digunakan dalam pertuturan harian masyarakat di sana.

Tidak dinafikan, penggunaan frasa itu turut dipopularkan bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti malu apa bossku, malah ada
pihak mula mencetaknya di baju dan pelekat.

Namun begitu, frasa bossku itu sebenarnya sedang dalam proses kelulusan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai cap dagang telah
dibuat pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Hafizh Syahrin berkata, permohonan itu telah dibuat pada 30 Ogos tahun
lalu dan sedang menunggu kelulusan bagi mendapatkan sijil cap dagang BO55KU.

Katanya, tindakan itu diambil kerana wujud pihak tidak bertanggungjawab
meniru dan mencetak rompak cenderamatanya.

"Saya memang ambil serius tentang cap dagang BO55KU pada cenderamata
kerana sebelum ini ramai yang ambil mudah dan remeh tentang produk saya.

"Saya tidak mahu orang ambil untung atas nama dengan menjual cenderamata
tidak berkualiti," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, cenderamata beliau tidak semahal pelumba-pelumba MotoGP lain
dan lebih mementingkan soal kualitinya.

"Harga yang dijual berpatutan dan saya pentingkan kualiti. Saya mahu
peminat beli sekali dan tidak perlu banyak kali," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap pihak berkuasa mengambil berat isu
cetak rompak cenderamata miliknya.

Hafizh dalam satu sidang media di litar Antarabangsa Sepang pada 31
Januari lalu berkata, ejaan BO55KU mempunyai maksud tersendiri buat dirinya.

Menurutnya, angka 55 cukup sinonim dengan beliau kerana tarikh lahir
beliau ialah 5 Mei1994.

Jelasnya, perkataan #BO55KU pula bermula pada permulaan MotoGP musim
2018 apabila berlatih dengan pasukan perlumbaan basikal kebangsaan.

"Dalam sesi latihan tersebut mereka kerap menggunakan perkataan bossku,
bossku, ibarat memanggil bro atau boss.

"Jadi saya menggantikan dua huruf S dalam bossku kepada 55 seterusnya
#BO55KU dalam hantaran di media sosial," katanya.

Sementara itu jurucakap MyIPO ketika dihubungi berkata, permohonan
Hafizh bagi cap dagang BO55KU masih dalam proses kelulusan.

"Ia masih dalam proses dan belum diluluskan. Berdasarkan rekod, Hafizh
telah membuat permohonan pada 30 Ogos 2018.

"Selain itu permohonan dibuat di bawah Kelas 25 seperti pakaian, kasut,
topi dan semua perkara di bawahnya," katanya.

Ditanya sekiranya permohonan yang dibuat oleh Hafizh bagi cap dagang
tersebut diluluskan, adakah menjadi kesalahan jika perkataan bossku
terus digunakan dalam pertuturan harian atau di media sosial.

Beliau berkata, ia tidak menjadi satu kesalahan selagi tidak menggunakan
cap dagang itu bagi tujuan komersial seperti yang termaktub di bawah
Kelas 25.

"Jika ada pihak gunakan cap dagang orang lain, pihak berkuasa boleh
ambil tindakan di bawah Akta Cap Dagang," katanya.

*INFO: *Pakaian, kasut dan topi bagi kegunaan manusia dikalsifikasikan
dalam Kelas 25 berdasarkan fungsinya (sebagai barang untuk menutup
badan) tanpa mengira jenis material.

- SINAR HARIAN -

Rabu, 6 Februari 2019

EMMA MAEMBONG SAH BUKA.....

Pelakon wanita iaitu Emma Maembong yang telah dikejutkan dengan gambar yang tersebar tempoh hari, telah membuat pengakuan bahawa dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari yang lalu walaupun sudah hampir lima tahun tampil dengan penampilan bertudung.


Ini dapat dilihat apabila sudah ada peminat yang mula berjumpa dan bergambar bersama Emma dengan imej baharunya itu.

Mengakui imannya belum kukuh, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, selesa membiarkan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri.

Emma yang ditemubual dan membuat pengakuan secara eksklusif kepada BH Online itu berkata ia bukanlah contoh yang baik kepada orang ramai dan peminat.

"Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,” katanya.

Tambah Emma, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.

“Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.

“Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,” katanya.

Emma sebentar tadi turut telah memasukkan perkongsian gambar terbaru di instagram miliknya yang kini sedang berkumpul bersama keluarga dengan tulisan "he one that always be there for me 🤭".


Oh Media

KEMENTERIAN PENDIDIKAN NAFI HANYA SEKOLAH CINA DAPAT PERUNTUKAN #viral #hancing

Kementerian Pendidikan nafi jadikan sekolah Cina ‘anak emas’


Selepas kritikan hebat rakyat terhadap Kementerian Pendidikan yang dilihat seolah-olah menjadikan sekolah Cina sebagai ‘anak emas’ dengan pemberian beberapa peruntukan penyelenggaraan, Menterinya, Dr. Maszlee Malik tampil memberi penjelasan.

Menurut Dr. Maszlee, Kementerian Pendidikan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rakyat yang pihaknya hanya memberi penekanan kepada pembangunan sekolah Cina dan mengabaikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.


“Dalam kes yang dipertikaikan beberapa pihak, peruntukan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Teo Nie Ching adalah peruntukan yang diluluskan untuk 2018 dan bukan peruntukan untuk tahun ini.


“Mengenai peruntukan kepada Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina 2019 berjumlah RM12 juta, ia bukan merupakan peruntukan Kementerian Pendidikan sebaliknya adalah dana khas yang telah disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah-sekolah terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Maszlee berkata, beliau sendiri telah mengemukakan permohonan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menyelenggara dan membaiki Sekolah-sekolah Kebangsaan dan Sekolah-sekolah Agama Negeri.

Jelasnya, permohonan tersebut bagaimanapun masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan sekaligus menolak tanggapan yang Kementerian Pendidikan tidak mengambil berat kebajikan murid dan sekolah khususnya aliran Sekolah Kebangsaan (SK).

“Selain peruntukan besar untuk menyelenggara dan membaiki sekolah bagi tahun ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM128 juta untuk membangun dan menaik taraf sekolah daif di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan peruntukan pembangunan kementerian tahun 2019,” katanya. -UTUSAN ONLINE

[KECOH] PENGASAS MINUMAN HAUSBOOM DTIPU OLEH YB SYED SADDIQ? APA KES PULA TU #viral #hancing

Pengasas minuman Hausboom, Azri Zahier Azmi mendakwa beliau telah ditipu oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

Perkara ini telah tular apabila pemilik Hausboom telah meluahkan perasaan kecewa beliau melalui posting yang telah dimuat naik dalam Facebook beliau sendiri.

“baca profil dan promosi di IG peribadi dia. Aku pegang dua-dua ini. Sebab waktu tu aku fikir, boleh la menteri-menteri kabinet ni jadi pushing power untuk bantu produk aku memasuki kedai sukaneka besar-besar, hypermarket dan stesen petrol yang kerek-kerek menindas produk usahawan muda Malaysia ni”.


“Promosi di IG bunyinya bodoh je tetapi buat siapa yang tahu, kita sanggup bayar beribu untuk influencer muat naik produk kita.

“Maka aku pun on la. Buat profil cantik-cantik, siap ada kad reka khas (Kitorang buat ala-ala music zine).

“Staff berjaga siapkan semua. Tau-tau je la pasukan aku kalau nak buat sesuatu mesti buat kaw-kaw punya. Kami memang bersungguh-sungguh!”


“Tetapi kalau manifesto pun ahli politik boleh kencing, takkanlah janji yang ini dia akan tunaikan pulak?

“Produk aku diletakkan di atas meja mesyuarat kabinet. Profil aku TIDAK DIBACA.”


“Produk aku tidak dimuat naik di IG beliau. Tidak seperti dijanjikan,” ujarnya dalam posting di Facebook beliau.

Azri atau nama gelaran beliau john lemon telah menulis surat kepada Syed Saddiq dan Timbalan Pengarah KBS untuk mengetahui status produk beliau, Tetapi malangnya tiada respon dari pihak berikut.


Perasaan kecewa Azri bertambah lagi apabila beliau dapat tahu bahawa Syed Saddiq telah mempromosikan produk daripada Ahli Exco Armada partinya sendiri.

“Paling best, punya panjang video promosi dia kali ni. Kalau dapat dia buat untuk semua produk usahawan yang dah jadi tahi dalam perut dia tu memang bagus la.”


“Rupa-rupanya, itu produk milik exco pemuda Bersatu! Yaaaa tuan-puan, produk kroni dia. Patut la dia bersungguh-sungguh mengotakan janji.”

“Penat je beribu-ribu orang like, komen ucap tahniah atas “inisiatif bagus untuk anak muda” atau “cenggini aaaa menteri muda”. Anda semua kena kencing!” katanya lagi.


Bagaimana produk Hausboom yang telah melalui proses yang sama tetapi makan masa lebih 4 bulan tetapi produk Exco tersebut tidak sampai satu bulan permohonan tetapi produk lain yang telah di ‘review’ oleh YB Syed Saddiq dan yang paling menghairankan lagi apabila YB Syed Saddiq menyebut produk Ben Ali yang bermodalkan RM50 telah mampu mengumpul sebanyak RM1.5 Juta dalam masa 10 bulan.

Ini satu langkah yang baik kerana teknik ini boleh diguna pakai untuk membantu usahawan muda yang lain untuk Berjaya.


Mengenai kenyataan balas sdr Ben Ali ia menafikan bahawa beliau bukan lah kroni pada YB Syed Saddiq tetapi diruang Instagram produk beliau penuh gambar YB Syed Saddiq dan beliau pernah berbasikal bersama YB Syed Saddiq.

sumber : voice up

Selasa, 5 Februari 2019

UNCLE KENTANG AKAN BERTANDING DI PRK SEMENYIH, BUKAN BERNIAT UNTUK PECAH UNDI MELAYU #viral #hancing

PUCHONG – Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP), Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mengumumkan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecik (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Katanya, keputusan itu diambil bukan mencari kemenangan semata-mata, namun demi anak-anak Semenyih dan akan membuat beberapa inisiatif di Semenyih sama seperti dilaksanakan di kawasan Puchong ketika ini sekiranya dipilih pengundi.

“Saya lihat anak-anak Semenyih perlukan perkhidmatan asas seperti Teksi 10 sen, van jenazah dan ambulans memandangkan kawasan itu terletak agak jauh dari Hospital Kajang.

“Ketika ini Semenyih tidak ada bas yang terus dari kawasan kampung ke hospital. Saya rasa kita perlu bantu penduduk Semenyih,” katanya dipetik Sinar Harian.

Chee Heng berkata, aku janji di PRK Semenyih akan dibuatnya secara bersumpah sebagai tanda kerjasamanya sebagai calon bebas dan akan menunaikannya jika dipilih sebagai pemenang.

Bagaimanapun katanya, manifesto tidak akan diberikannya ketika berkempen kerana ia hanya satu janji yang tidak boleh dikuatkuasakan pengundi di mahkamah.

“Saya berjanji tugas saya adalah untuk mencari akhirat dan bukan kemenangan di DUN Semenyih semata-mata,” katanya.

MediaSelangor

[GEMPAR] AZMIN BAKAL JADI TPM LEPAS RAYA CINA? #viral #hancing

Desas-desus mengenai pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sambutan Tahun Baru Cina semakin hangat diperkatakan.


Menurut pengendali laman blog, Another Brick In The Wall, perang politik dijangka berlaku sebaik sahaja sambutan perayaan bagi masyarakat Cina itu berakhir ekoran beberapa perkembangan politik semasa.

Jelasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan pelbagai tugas penting kepada Azmin termasuk melantiknya Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan yang kini mencetuskan kontroversi termasuk kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

“DAP telah menyekat Mahathir daripada memegang jawatan dalam kementerian dan Azmin kini menjadi perantara dan perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja apabila Azmin turut dipertanggungjawabkan untuk memastikan kemenangan Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih.

“Khabar angin dalam kalangan mereka yang rapat mengatakan akan melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas perayaan Tahun Baru Cina,” katanya.

Pada 12 Januari lalu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Facebooknya memuat naik sekeping gambar bersama Azmin ketika PRK Cameron Highlands dan memuatkan kenyataan bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam pada itu, penulis tersebut mendakwa desas-desus itu menjawab persoalan daripada penyokong Bersatu mengenai nasib Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini bertentangan dengan angan-angan penyokong kuat Anwar dan Dr Mahathir tidak akan menunaikan janjinya kerana beliau secara konsisten tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Jika Dr Mahathir meninggal dua, beliau akan bangkit semula dari kubur dan menjelajah ke seluruh negara dan menakutkan orang ramai supaya menolak Anwar,” katanya.

Dakwa penulis itu, Azmin telah membuat keputusan untuk terus berada dalam PKR kerana ia lebih mudah daripada menubuhkan sebuah parti baharu.

“Lagipun, pasukannya telah mendominasi jawatan Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat, sementara pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden tidak signifikan kerana Rafizi tidak setanding Azmin dan Mahathir,” ujar blog itu.

Mengulas tentang nasib Anwar, penulis tersebut mendakwa Anwar akan jadi mangsa fitnah sekali lagi namun kali ini tidak melibatkan kes Liwat 3 tetapi besar kemungkinan berkaitan isu dana.

“Dengan perancangan untuk menggagalkan laluan Anwar (sebagai Perdana Menteri), usaha melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat kaedah yang logik,” katanya. – Sinar

suaratv

Isnin, 4 Februari 2019

POPULARITI PH JATUH TERUK DAN BAKAL TERKAMBUS KATA KAJIAN #viral #hancing


Populariti Pakatan Harapan (PH) diramalkan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang, antaranya disebabkan oleh dasar-dasar yang diamalkan dan perbalahan dalam gabungan pakatan itu sendiri.

Firma penyelidikan, Fitch Solutions Macro Research turut memaklumkan risiko pembubaran PH juga semakin meningkat, meskipun kajian dijalankan itu tidak menjurus kepada perkara tersebut.

“Pandangan Fitch Solution adalah PH mengalami risiko penurunan dalam popularitinya kerana tiga sebab iaitu mungkin pengundi semakin berpendapat bahawa kerajaan tidak membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Kedua, gabungan pakatan itu berulang kali menunjukkan perpecahan dalam kalangan mereka dan ketiga adalah kekecewaan para pengundi dengan idea bahawa kerajaan PH akan membawa Malaysia Baharu dengan kesaksamaan kaum yang lebih tinggi,” jelas firma itu menerusi kenyataan seperti dipetik dalam laporan portal Malaysiakini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

CIAPAN ELFIRA LOY CETUS AMARAH NITIZEN #viral #hancing

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Ciapan Elfira Loy melalui Twitter miliknya berhubung persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu malam tadi bikin netizen berang.


Ciapan berbunyi: Sufian Suhaimi , saya doakan awak menang harini . Semoga dengan kemenangan awak , “ derita “ & penceritaan awak akan habis. – at Al-Masjid Al-Haram.

Lebih 42,000 tweet yang melahirkan rasa kecewa dengan ucapan berbaur sindiran yang dibuat oleh Elfira.


Ada yang berpendapat cukup hanya mengucapkan semoga berjaya dan tidak perlu diselit sindiran.

Elfira sebelum ini telah memutuskan pertunangan dengan Sufian dan telah berumah tangga dengan lelaki lain, menimbulkan simpati kepada Sufian.


Pada Anugerah Juara Lagu malam tadi Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Persembahan Sufian seolah-olah menceritakan pelamin angannya bersama Elfira musnah menyebabkan para penonton berdiri dan bertepuk serta ramai yang menitiskan air mata. - UTUSAN ONLINE

Ahad, 3 Februari 2019

DATUK SITI NORHALIZA NAFI MENJADI CALON UNTUK PPBM DI PRK DUN SEMENYIH #viral #hancing

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penularan dakwaan mengatakan dia bakal bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Perkara itu ditegaskan oleh pengurus peribadi Siti Nurhaliza, Rozi Abd. Razak, 45, sebagai kenyataan terhadap desakan pelbagai pihak yang mahukan penjelasan Siti mengenai dakwaan tersebut.

“Sebolehnya saya atau @ctdk (Siti Nurhaliza) tidak mahu komen kepada perkara yang tidak ada kena mengena, tidak diketahui dan tidak dilakukan oleh @ctdk (Siti Nurhaliza).

“Cukuplah jika tidak suka nama kita digunakan, nama kita dijadikan bahan fitnah, nama kita dihina-hina, nama kita diejek-ejek, begitulah juga @ctdk (Siti Nurhaliza),” tulisnya menerusi laman Instagramnya semalam.

Oh Media

DEKAT MANA BOLEH POHON PERMIT SELFIE KATA NAJIB PERLI PPBM #viral #hancing


Najib dipercayai merujuk kepada tindakan ahli Bersatu yang membuat lima laporan polis terhadapnya berhubung programnya di Langkawi.

Bekas perdana menteri meneruskan lagi pendekatan dalam mengeluarkan kenyataan di Facebooknya yang memberikannya gelaran Raja Troll.

Dalam troll terbarunya hari ini, Najib bertanya jabatan kerajaan apa yang perlu dirujuknya bagi mendapatkan kebenaran berswafoto (selfie).

"Semalam saya cari apam balik di Pasar Malam Kuah.

"Siapa tahu kaunter dan jabatan mana yang saya boleh pohon permit selfie?" katanya.

Kenyataan Najib itu disertakan dengan dua gambar yang dipercayai diambil ketika kunjungan beliau di pasar malam di Langkawi.

Najib dipercayai merujuk kepada tindakan pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung programnya di pulau peranginan berkenaan.

Lima laporan polis berkenaan dibuat oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk laporan polis terhadap Najib yang "sekadar jalan-jalan di Langkawi dan lepak dengan kenalan".

Gelaran Raja Troll diberikan Najib susulan pendekatan sindiran dan sinis seumpamanya dalam membuat kenyataan mengkritik atau membalas kritikan seteru politiknya, terutamanya pemimpin Pakatan Harapan.

MalaysiaKini

GABUNGAN PAS DAN UMNO DEMI AGAMA, BANGSA AMAT BERBAHAYA KATA WAN SAIFUL

Adakah melayu 17% dalam Pakatan Harapan sudah sangat goyang bila PAS dan UMNO sudah bekerjasama.

Apakah dengan mengatakan kerjasama kedua parti besar orang Melayu itu amat berbahaya untuk negara. Ibarat membaling najis ditempat bersih. Bila sudah kotor dituduh pula orang lain yang baling.

Begitu takut dan goyang kronik pemimpin PH bila Islam dan Melayu bergabung demi agama dan bangsa.

Agak-agak siapa lebih bahaya? Dap atau orang Melayu?



KANGAR 2 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan gabungan UMNO dan Pas serta agenda kedua-dua parti itu amat merbahaya untuk negara.

Katanya, sentimen agama dan perkauman yang dibawa oleh kedua parti itu bukan langkah yang baik untuk Malaysia akan datang.

Malah katanya, gabungan kedua-dua parti orang Melayu itu akan membawa agenda tidak sihat di dalam negara sekali gus menafikan hak bahawa Malaysia adalah untuk dikongsi oleh pelbagai kaum.

“Memang parti Melayu mendepani kepemimpinan politik negara tetapi bukan sampai menafikan suara bangsa-bangsa lain. Apa yang cuba dibawa oleh UMNO dan Pas amat merbahaya untuk negara.

“Mahu tidak mahu kuasa politik perlu diuruskan dengan melibatkan semua bangsa namun dalam masa sama hak orang Melayu dalam Perlembagaan terus terjamin," katanya ketika ditemui selepas Majlis Santai Petang Mahasiswa di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan kajian yang dibuat agensi perundingan, Ilham Centre meramalkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas bakal memberikan kemenangan dalam Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) jika keresahan orang Melayu tidak dihiraukan Pakatan Harapan.

Sebelum itu, hasil kajian Ilham Centre bersama Penang Institute mendapati hampir 60 peratus masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan setelah mereka menjadi kerajaan kira-kira 10 bulan lalu.

Kajian tersebut mendapati kebanyakan responden tidak percaya Pakatan Harapan serius melaksanakan agenda Melayu termasuk mempertahankan hak-hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata, cabaran kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai visi hasil daripada gabungan semua kaum.

“Gabungan semua bangsa adalah cara lebih adil dan sesuai dengan situasi negara kita yang pelbagai kaum.

“Model perkongsian politik dibawa sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) adalah budaya lebih sesuai untuk negara kita," katanya. - UTUSAN ONLINE

UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP TUN M BUKAN KHAYALAN? INI JAWAPANNYA #viralhancing

Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini. Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad, individu yang ...