Khamis, 17 Januari 2019

TULAR GAMBAR ORANG KUAT SYED SADDIQ MAIN GOLF DALAM PEJABAT KEMENTERIAN, APA NAK JADI #viral #hancing

Ada pujangga mengatakan, sekiranya salah memilih pemimpin, maka rosaklah generasi.

Kalau salah pilih pemimpin, maka gelaplah masa hadapan anak-anak muda.


Mungkin kekalahan BN memberi pengajaran kepada rakyat untuk melihat, kaca dan permata, duri dan racun, najis dan madu.

Setelah gambar di stesen minyak tular dan dikecam orang ramai, nampaknya menteri muda ini tidak kisah dan anggap ia biasa sahaja.

Kali ini lebih meloyakan dikalangan nitizen.

Orang kuat Syed Saddiq bermain golf dalam pejabat Kementerian diapercayai pejabat KBS sendiri.

Mungkin orang muda, darahnya mengalir aura berlagak dan angkuh.

Yelah Malaysia Baru, yang pilih pun orang muda, budak-budak muda yang dahaganya perubahan.

Nah kita disajikan dengan segerombolan pemimpin yang tidak layak.

Hancur berderai Malaysia. Moga rakyat sedar. Selepas ini usah beri lagi undi kepada Pakatan Harapan.

PRK Cameron Highlands ini rakyat memilih. Kalaulah PH masih mampu menang, penulis hanya mampu berkata.

Akhir zaman, betullah apa yang pernah diperkatakan ilmuan Agama, iaitu, sampai satu masa pemimpin itu diangkat dan dijulang oleh orang-orang bodoh dan sombong, maka kerosakan itu adalah dari tangan-tangan mereka sendiri.

Selamat bersedih Malaysiaku.

KENA UNDI PH KALAU NAK PROJEK KATA LIM GUAN ENG #hancing #viral

Punya hebat dia punya janji nikmat kuasa. Dahulu semasa mereka menjadi pembangkang, modal beginilah yang mereka sergah, BN beli undi kepada rakyat dengan pembangunan.

Akhirnya, mereka juga guna skrip sama, cuma lengok bahasa mereka agak angkuh sedikit.

Ugut pengundi, nak projek undi PH, penulis anggap geli tekak melihat perangai PH ni.


Nak projek, undilah PH - Guan Eng

LEBIH banyak projek pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan jika Pakatan Harapan (PH) diberi kepercayaan memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 26 Januari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jika calon Barisan Nasional (BN) menang, sudah pasti semua pembangunan tidak berjalan seperti dirancang, terutamanya di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

LEBIH banyak projek pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan jika Pakatan Harapan (PH) diberi kepercayaan memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 26 Januari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jika calon Barisan Nasional (BN) menang, sudah pasti semua pembangunan tidak berjalan seperti dirancang, terutamanya di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

“Kita harap pengundi buat pilihan tepat, pilih calon kami yang sudah pasti boleh bekerjasama dengan baik dengan Kerajaan Pusat bagi memastikan kebajikan semua kaum yang menetap di sini terjamin.

Harian Metro

Rabu, 16 Januari 2019

PELAMPAU HINDRAF BUAT KACAU SECARA BIADAB DI PEJABAT PENDAKWAH BEBAS FIRDAUS WONG

Pelampau Hindraf buat kecoh di pejabat Firdaus Wong

Seorang pelampau Hindraf menceroboh ke pejabat pendakwah bebas, Firdaus Wong berikutan penjelasan yang dibuat oleh Firdaus berhubung dakwaan cogan jata Sultan Pahang berasal dari Dewa Murugan, semalam.


Pelampau itu, Arunakiri Nathan tidak berpuas hati kerana contoh perbandingan yang dibuat Firdaus seolah-olah memalukan dewa Hindu.

Kekecohan yang berlaku menyebabkan Firdaus memanggil pihak polis untuk meredakan keadaan.

Polis telah memberi amaran kepada Arunakiri supaya beredar dari premis itu jika tidak, dia akan diambil tindakan.

Sementara itu, Firdaus nyata kecewa dengan tindakan Arunakiri yang menceroboh pejabatnya dan melemparkan kata-kata provokasi terhadapnya.

Cerita Asal Klik Sini

KERANA IKHLAS, YB DUN JERAM TETAP LETAK NAMANYA DIBAJU SEKOLAH UNTUK SUMBANGAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH #hancing #viral

Sebelum ini tular Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli memberi beg sekolah kepada kanak-kanak dengan gambar wajahnya dicetak pada beg berkenaan.

Kali ini beliau memberi sumbangan 10,000 helai baju sekolah dengan label 'Sumbangan YB Shaid Rosli' kepada pelajar di DUN Jeram.

"Ini adalah sumbangan ikhlas bagi membantu pelajar dalam golongan kurang berkemampuan. Baju ini disediakan khas dengan jenama saya sendiri ‘YB Shaid Rosli’.


"Jenama itu boleh dilihat dikolar. Mengikut perancangan asal, pakaian sekolah ini sepatutnya dibekalkan sebelum sesi persekolahan dibuka namun ia mengalami kelewatan dari pihak pengedar," kata Mohd. Shaid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 1,600 helai telah disumnangkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3. Sebanyak 10 buah sekolah rendah akan menerima manfaat pemberian baju berkenaan.

"Saya menyedari penduduk di kawasan DUN ini tidak semuanya senang dan mempunyai pendapatan yang mencukupi.

"Jadi, bantuan yang kita serahkan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka terutama yang datang dari keluarga kurang berkemampuan," kata Mohd. Shaid.

Baca Selanjutnya UTUSANONLINE

Selasa, 15 Januari 2019

KATA SETIAUSAHA POLITIK LIM KIT SIANG, BN MEMANG RASUAH, PH PULA ADA BEZA SIKIT, IA BUKAN RASUAH #hancing #viral

Kalaulah Pemimpin PH ini mengatakan taik itu boleh dibuat donut, nescaya melompat riang pentaksub mereka mengiyakannya, sedangkan mereka tahu, taik itu kan busuk dan kotor.

Inilah masalahnya bila ingin memperbodohkan orang, tetapi konar baring tidak nampak bersungguh, terang-terang gambar pemberian duit kepada orang asli.

Bila sudah kantoi, pening kepala nak menjawab, malah semua agensi perlu menjawab untuk berikan penjelasan, namun tidak mampu untuk menjelaskan hal sebenar berkaitan upah minyak.

Nak nafikan itu rasuah, terpulang, sedangkan kalianlah yang berkokok melunyaikan BN perihal pemberian duit kopi ketika kamu menjadi pembangkang.

Ehh, bila sudah jadi kerajaan, segalanya sudah tukar, malah bila kantoi, macam-macam mantera alih tumpuan nak buat supaya rakyat percaya. Namun ia gagal.

Padan Muka.

SIAPA LAGI NAK PERCAYA DENGAN PAKATAN HANCING NI?


Beza sogokan BN di Cameron dan bayaran perjalanan untuk Orang Asli

Pada 14 Januari lalu, akaun Twitter rasmi Barisan Nasional (BN) telah membuat ciapan bahawa kemenangan pilihan raya oleh wakil rakyat BN yang terdahulu telah diisytiharkan batal apabila calon tersebut memberi wang kepada sukarelawannya.

Ciapan ini dipercayai merujuk kepada keputusan Hakim Azizah Nawawi yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya di Kuala Lumpur, di dalam petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands, Manogaran Marimuthu terhadap kemenangan calon BN ketika itu, C Sivarraajh (foto, bawah).


Ini adalah suatu percubaan terang-terangan oleh akaun Twitter BN untuk menyamakan bayaran untuk perjalanan yang diberikan kepada sukarelawan Orang Asli yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini, dengan perbuatan rasuah yang telah menyebabkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands (P78) pada Mei tahun lalu diisytiharkan sebagai terbatal.

Kedua-dua scenario ini adalah berbeza bagai siang dan malam, dan tidak patut digolongkan dalam suatu kategori.

Seperti yang telah dijelaskan oleh Arvind Bharet, pembantu kepada ketua operasi Pakatan Harapan Jelai, gambar-gambar yang tersiar dalam media sosial menunjukkan sukarelawan parti di Cameron Highlands dibayar balik untuk perbelanjaan mereka menghadiri majlis penamaan calon bagi pilihan raya kecil, yang akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kempen.



Seperti yang dinyatakan oleh Thomas Fann, Pengerusi Bersih 2.0 di dalam ulasannya kepada media mengenai insiden tersebut, membayar balik sukarelawan adalah sah di sisi undang-undang sekiranya bayaran itu adalah termasuk dalam RM200,000.00 yang dibenarkan sebagai perbelanjaan kempen, dan diisytiharkan selepas pilihan raya tamat.

Baca selanjutnya MalaysiaKini

HEBOH! 10 PEJABAT MARA AKAN DITUTUP, MALANG TAK SUDAH ORANG MELAYU DI MALAYSIA BARU #hancing #viral

"Kepentingan orang-orang Melayu akan lebih terjaga pada era kerajaan Pakatan Harapan" kata pemimpin PPBM

Dengar boleh, percaya jangan.. Hakikat sebenar sekarang ni, satu demi satu kepentingan umat Islam dan orang-orang Melayu dikacau ganggu dan satu demi satu akan ditutup..



Salah siapa? UMNO Parti terbesar orang Melayu gagal mainkan peranan atau kerajaan PH kini tunduk dengan satu demi satu desakan DAP ??

TERKINI!

Hasil maklumat dalaman daripada mereka yang sayangkan masa depan MARA dan kepentingan serta aset-aset MARA, akan berlaku penutupan besar-besaran Pejabat-pejabat MARA di 7 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Johor, dan Terengganu.

Pengirim mohon supaya nama dan nombor telefon dia dirahsiakan atas faktor keselamatan.




nilah akibatnya bila parti Melayu hilang kuasa, mereka (DAP) akan 'samun' dan rampas hak kita atau apa sahaja yang boleh sementara mereka ada di Putrajaya. SST = Slow Slow Tibai

Jadi macam mana dengan masa depan anak cucu kita?
Di mana pejuang-pejuang Melayu yang diharapkan untuk pertahan hak hak kaum sendiri seperti termaktub dalam perlembagaan ?

Mana suara Mantan Pengerusi MARA? Mana suara Mantan Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Dato' Zahida Zarik Khan ? Mana suara Dato' Lokman Adam ? Mana suara Jamal yang kononnya pejuang Melayu ? Takkan nak biar tinggal seluar dalam baru nak sedar ???

SUMBER BLOG RAKYAT

Isnin, 14 Januari 2019

DR MAZLEE MALIK MENANGIS TERESAK-ESAK BERCERITA TENTANG CITA-CITANYA MENURUT SUMBER #hancing

Dr Maszlee Malik mendedahkan cita-citanya untuk menjadi seorang menteri pendidikan dan ahli politik telah ditanam sejak 30 tahun lalu.

Dengan nada sebak mengenang kembali nostalgia itu, Maszlee berkata impian itu dipegang sejak berusia 15 tahun ketika belajar di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Katanya, beliau menjadikan guru agamanya Sukijan Muri, yang berjaya menjadi guru walaupun memulakan pengajian di usia 18 tahun, sebagai inspirasi.

“Kita ini hidup dengan impian. Dan impian adalah sebab kita bangun esok hari dan meneruskan kehidupan.

“Saya percaya impianlah yang menyebabkan beliau (gurunya) yang tak pernah bersekolah mampu melahirkan seorang yang mempunyai cita-cita.

“Impianlah yang menyebabkan saya berani untuk rasa tak puas hati dengan apa yang ada, dan ingin membuat perubahan walaupun sebagai sekerdil saya.


“Ini menyebabkan saya menyertai politik, seterusnya menjadi seorang menteri, dan ahli politik pada hari ini,” katanya yang sesekali terhenti menahan sebak.

Maszlee berkata demikian ketika menyampaikan amanat pendidikan bertemakan “Pendidikan untuk Semua”, di Universiti Putra Malaysia, Serdang, hari ini.

Kata Maszlee lagi, Sukijan yang sentiasa menyatakan kepadanya untuk mempunyai sikap tidak berpuas hati supaya, supaya terus berusaha untuk maju.

“Impian ini jugalah yang beliau titipkan seawal umur saya 15 tahun, dengan mengatakan bahawa saya perlu ada sikap tak puas hati, dengan sistem yang ada dan berusaha merubahnya.


“Ini menyebabkan saya menyertai politik, seterusnya menjadi seorang menteri, dan ahli politik pada hari ini,” katanya yang sesekali terhenti menahan sebak.

Maszlee berkata demikian ketika menyampaikan amanat pendidikan bertemakan “Pendidikan untuk Semua”, di Universiti Putra Malaysia, Serdang, hari ini.

Kata Maszlee lagi, Sukijan yang sentiasa menyatakan kepadanya untuk mempunyai sikap tidak berpuas hati supaya, supaya terus berusaha untuk maju.

“Impian ini jugalah yang beliau titipkan seawal umur saya 15 tahun, dengan mengatakan bahawa saya perlu ada sikap tak puas hati, dengan sistem yang ada dan berusaha merubahnya.

Sumber Malaysiakini

TULAR GAMBAR ORANG KUAT SYED SADDIQ MAIN GOLF DALAM PEJABAT KEMENTERIAN, APA NAK JADI #viral #hancing

Ada pujangga mengatakan, sekiranya salah memilih pemimpin, maka rosaklah generasi. Kalau salah pilih pemimpin, maka gelaplah masa hadapan ...