Rabu, 25 Ogos 2010
bermulanya jiwa nan baru...
Salam semua, selamat berpuasa.. heh.. diam tak diam dah masuk minggu ke 2 kita berpuasa.. erm.. lagi 2 minggu lagi raya pulak.. selama ini baru aku tahu mengapa dan kenapa hidup kita ini adakalanya tidak mengambarkan apa yang kita nak.. sebab.. Allah mengatahui segalanya.. aku terfikir.. kehidupan ini hanyalah sementara, kalau dia nak ambil dan bagi adalah kehendak darinya... kita ni merancang.. baik da buruk itu adalah satu cara untuk kita sama-sama fikirkan perkara yang baik dan terhebat untuk kita.. aku sangat-sangat percaya berkat usaha, doa, istiqomah yang tidak kenal putus asa akan ada satu jawapan yang indah akan datang jua dalam hidup aku nanti... cuma kesabaran yang tersangatlah hardcore kena ada dalam diri ini untuk menghadapinya... dan jiwa baruku ini adalah dengan selalu fokuskan minda supaya kekayaan dan kebahagian selalu ada kat dalam diri... aku ada terbaca dalam buku berani gagal... bisnes man ni dikelilingi hutang dan bakal muflis... dan dia cadangkan dirinya bercuti.. dan menghayati keindahan kehidupan dan membuang jauh-jauh masalah yang besar dalam hidupnya.... so jawapan kepada rakannya... "saya sentiasa baik-baik sahaja, cuma keadaan bisnes saya sahaja.. tapi itu bukannya bebanan dekat saya.." dan dia hanya tersenyum girang.. dan mendengar lagu dari bob marley, dont worry be happy... punya lah rilek bisnesman ni ek.. kalau kita.. erm takpa kita belajar lah dari yang hebat... sebab kita jadikan diri kita ni lagi besar dari masalah... banyak masalah lagi aktif otak untuk bekerja... hehe ok jumpa lagi...
Sabtu, 21 Ogos 2010
kesyahduan kehidupan...
Salam, apo kabar.. lama sangat tak update aku punya blog.. hehe.. erm.. kawan-kawan.. kekadang kita terasa kehidupan kita ini sentiasa tak adil.. itu mainan minda yang lemah rasanya.. memang betul dugaan, cabaran, malah kekadang datang bertimpa-timpa kat diri.. macam nak jatuh jiwa dan raga fikirkan.. tapi kalau diikutkan sangat maunya terpeleot badan sampai lemah lemah... bila lemah otak pun hantar kat seluruh badan jadi kongsoi... so itulah kegagalan sebenar disebabkan ikutkan minda yang selalu negatif... kehidupan ini memang sentiasa di uji... kalau tak de ujian bukan hidup namanya.. sebagai seorang muslim... kita wajib percaya qada dan qadar Allah yang tentukan... dan kita juga kena ingat seteruk yang datang, teruk lagi insan lain yang mungkin kena ujian yang sangat dasyat dari kita... bersyukurlah... start hari ni apa kata kita ajar minda kita.. aku boleh, aku takkan kalah, aku memang hebat... walau seteruk cobaan datang aku tempuhinya dengan sabar... sememangnya kita dilahirkan kat muka bumi ini pun dah di jadikan juara sebenarnya, ambillah iktibar dari insan-insan yang pernah gagal.. belajar daripadanya... sebab manusia akan berubah kerana 2 perkara... pertama... orang yang kita jumpa dan kedua buku yang kita baca.... jadikan hidup ini adalah yang terindah dan teristimewa walau kita tak kaya... tak da duit banyak... tapi kerana kita bersyukur.. insyaAllah yang baik sentiasa datang.. amin...
Selasa, 10 Ogos 2010
promosi perniagaan / kad kahwin murah
Langgan:
Catatan (Atom)
Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan
KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
