
HEHE.. ADAKAH ADA LAGI SERANGAN TERHADAP HASRAT MURNI KERAJAAN DALAM MEMBANTU RAKYAT BERJIMAT CERMAT... ADAKAH ADA MULUT-MULUT PUAKA DARI PAKATAN CHIRAKAK TU MEMPERTIKAIKAN IKAN YANG DI JUAL DI KIR1M INI ADALAH IKAN YANG DI TANGKAP 2 TAHUN LEPAS HEHE... DAN MENGATAKAN KIR1M INI SUNGGUH KEJAM KERANA MENJUAL IKAN YANG DAH MATI.. HAHAHA... KITA TUNGGU JELAH MULUT-MULUT PUAKA MEREKA TU.. KALAU TAK DENGKI BUKAN PAKATAN JIBRAUN NAMANYA....
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapat sambutan menggalakkan, kini Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) pula akan dibuka pada Jumaat depan di Plaza Centrum, Setiawangsa.
Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.
Bagi membantu golongan berpendapatan rendah KIR1M akan memperuntukkan lima jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lila Ruzaini Mohd. Hussai berkata, pihaknya memberi jaminan kelima-lima jenis ikan di bawah kategori 1Malaysia tersebut dijual pada harga lebih murah.
''Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.
''Walaupun ikan kami murah, tetapi kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
KIR1M akan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam.
Menurut Lila Ruzaini, kesemua jenis ikan yang dijual di diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak.
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan membuka lebih banyak cawangan KIR1M terutama di sekitar Lembah Klang bagi membantu orang ramai.
Tambah beliau, selain menjual ikan kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit 1Malaysia seperti yang terdapat di KR1M bagi memudahkan orang ramai berbelanja.