Rabu, 7 Disember 2011

jubor orang dia ngidam tengok.. jubur dia?




hehe.. jangan mara aa.. ayat sadis gua bagi... bukan ape gua tak faham dengan nuaq juburin ni... di punya cakap berlegar-legar dok cakap UMNO macam-macam.. dia ada ke jaga kebajikan melayu di selangor beb.. ada ke... yang aku tengok banyak dah onar-onar dia dan sekutu dia dok ligan aset-aset dari orang melayu itu sendiri.. dem.. dok kata orang lain baik pi cermin diri dulu tengok... jangan dok cakap berdentam dentum.... poodah.. tuih...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran mencermin muka dan menilai segala tanggungjawabnya di negeri Selangor sebelum ghairah mengkritik pihak-pihak lain khususnya UMNO berhubung agenda Melayu.

Bekas Setiausasa Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata jika dinilai kepada apa yang dilaksanakan sebaik dilantik sebagai penasihat ekonomi, tidak ada apa pun yang boleh dibanggakan sebaliknya penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat negeri berkenaan.

Menurut beliau dakwaan penjualan aset termasuk Yayasan Selangor, PKNS dan cadangan merobohkan asrama yang merupakan intsitusi pendidikan anak-anak negeri itu menunjukkan bagaimana kegagalan Ketua Pembangkang berkenaan memainkan peranan.

“Lagi contoh kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam yang dikatakan akan dinaikkan sehingga 100 peratus…. Apakah ini yang dikatakan perjuangan untuk orang Melayu. Jangan hanya cakap berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan tahi.

“Beliau bukanlah pemimpin yang baru saya kenal…tetapi sejak sekian lama. Hari ini dia hentam orang itu dan balun orang ini sebenarnya untuk tutup apa yang dia buat. Maklumlah seperti yang orang dok sebut Anwar hari ini layak digelar ‘penasihat ekonomi bertaraf balaci’ di Selangor.

“Betul atau tidak apa yang orang asyik sebut itu saya tidak mahu ulas lanjut tetapi jika dilihat kepada apa yang berlaku di Selangor hari ini seolah—olah ada asasnya. Jadi kepada Anwar, cerminlah diri sendiri sebelum terlambat,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa UMNO tidak memperjuangkan hak dan kedudukan kaum Melayu di negara ini.

Anuar seterusnya menegaskan UMNO bukanlah seperti yang didendangkan Anwar tetapi telah melangkau jauh bukan sahaja membela kaum Melayu tetapi juga kaum-kaum lain di negara ini menerusi Barisan Nasional (BN).

Tegas beliau banyak perkara dan kedudukan seluruh rakyat negera ini terbela menerusi janji di kota oleh BN dan bukannya seperti pakatan pembangkang yang hanya manis ketika musim pilihan raya sahaja.

“Buktinya bukankah sudah ada di depan mata hari ini…. Apa dah jadi dengan perkampungan Kg Buah Pala…Itu baru satu…Yang lain tu seperti yang saya sebutkan di atas dan selebihnya mungkin Anwar dan kuncu-kuncunya lebih arif dan tahu. Jadi cermin-cerminlah sebelum terpalit ke muka sendiri,“ katanya.

ps: sohai la pembelit... tuhik busuk la lu nuaq...

JUDI ADALAH HALAL BAGI PAK JANGOAT..


gempar ni.. dikatakan seorang penghulu tegar paih yang serbannya lebih besar dari tayar lori, dan memakai serban kerana nak tunjuk dia memang baiklah kononnya... dikatakan ditangkap bermain judi di sebuah tempat perjudian haram di bandar baharu, kedah.

keh keh.. wah wah punya power jadi tahi judi.. judi jadi mainan halal buat paih ye.. ooh ic.. kekeke.. memang jibraun tul.. berpura-pura konon Islamik lah inilah.. tapi habuk... semualah dalam paih meme macam tu.. pura-pura je.. tapi dalam diri tu ada syaitan beso beb.. nate bewok tui.. perangai... huh

baca seterusnya klik sini

guan eng.. marilah naik.. keke


zahid hamidi ajak guan eng naik kapal selam, yang dulu mereka tuduh tak leh nak selam.. keh keh.. ayat bikin panas.. berdenyut-denyut guan eng tahan marah tu haha... ai bukan ke dulu kata kapal selam malaysia tak leh selam.. siap buat ceramah bagi tau rakyat kata kerajaan membazir membeli kapal selam yang hanya leh timbul.. erm so apa lagi, pi lah naik free je.. rasa sekali camne kapal tu selam kekeke.. pakatan ni tu lah kejenya beb.. fitnah, cerita menda tak betul.. cakap propa.. si ketua penipu tu lagi la.. cakap dia boleh percaya ka.. cit.. huh..

ps: macam perangai pakatan haram jadah ni.. masalahnya orang dok percaya berpusu-pusu... dem

STRATEGI DAP.. memang langsi ooo


untuk pengatahuan anda.. dap akan lakukan apa sahaja demi cita-cita berkuasa di bumi bertuah ini.. yang nyata mereka memang anti melayu dan Islam.. sekarang mereka menjenterakan balaci-balaci dan kuda tunggangan mereka melayu pas dan pkr... dalam merealisasikan matlamat itu.. jadi kita sebagai pejuang kebenaran.. sebar-sebarkan je lah... kalau bumi bertuah ini tinggal nama sahaja.. nak salahkan siapa lagi.. salahkan diri sendiri..

diambil dari rakan blogger klik

Perang Proksi - Bagaimana DAP Tewaskan Melayu

Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.

DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.

Realiti – Daripada 51 kerusi parlimen majoriti pemilih bukan Melayu lebih dari 50%, DAP menguasai 26 kerusi, PKR 10, PAS 1 dan BN 14. Daripada jumlah itu, jika dilihat dari segi komposisi kaum, ia menterjemahkan kepada 34 ahli parlimen berketurunan Cina, 12 ahli parlimen berketurunan India dan lain-lain dan 4 ahli parlimen Melayu.

Bagaimana pula prestasi DAP di dalam PRU akan datang. Hakikatnya, DAP mungkin hanya dapat menambah tidak lebih dari 6 buah kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia melainkan mereka dapat memujuk PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR.

Di Sarawak DAP berpotensi untuk memenangi 6 buah kerusi Parlimen dan dua lagi di Sabah.

Oleh yang demikian, di dalam PRU ke 13 akan datang, paling banyak DAP akan dapat menguasai 40 kerusi parlimen. Secara kasar, ini tentu sekali tidak mungkin dapat menggugat kedudukan UMNO apalagi mencabar penguasaan Melayu di Malaysia.

DAP amat arif mereka tidak akan dapat menumpaskan UMNO jika mereka meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi majoriti pemilih Melayu melebihi 50%. Oleh sebab demikian, DAP memerlukan PAS sebagai proksinya.

Maka PRU 13 akan menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu dijangka akan tertumpu di kerusi-kerusi parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79%. Di dalam PRU ke 12 lalu didalam kategori ini, BN UMNO menang 38, BN MCA 5, BN GERAKAN 2, PAS 8, PKR Melayu 15 dan PKR lain-lain 3. Dari segi komposisi keturunan pemenangnya pula, Melayu memenangi 61, Cina 7 dan India 3.

Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor. Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.

Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong BN dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik BN di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.

Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu? Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.

DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.

Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat. PAS bagaimanapun akan kekal sebagai parti terkecil di dalam Pakatan Rakyat dengan hanya 30 kerusi atau lebih. UMNO pula akan menjadi pembangkang dengan 59 ke 69 kerusi.

DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.

perkara anda patut tahu...


erm hadi ke anuar PM, atau kit siang... atau nik ajiz nak juga.. ei ei.. tak leh.. karpal singh mau juga hehe.. eh eh.. hehe... belum dapat kuasa dah mimpi-mimpi bukan-bukan siapa bakal menjadi PM nanti ceh... pakatan-pakatan.. kehampehan dan kerosakan, tapi ramai yang tak sedar-sedar lagi.. chirakak tul.. ok ini aku ambil dari rakan fb klik.. dan kalau kita tengok.. pada 1999 pas dapat menawan terenggganu dalam pru 10.. dan pada 2004... pas kalah dalam pru 11 yang aku rasa rakyat terengganu dah tahu busuknya pas... beb... dan harap sekalian rakyat terutamanya yang berbangsa melayu... fahamilah.. kejahatan pas.. dan kejahilan pas.. cakap je terer.. tapi habuk pun tarak...

25 Pekara Yang Anda Perlu Tentang Bakal Perdana Menteri Malaysia

1. PECAT DAN TUKAR PEGAWAI: Menteri Besar Haji Hadi Awang sebaik dilantik menjadi Menteri Besar pada 1 Disember 1999 berjanji tidak akan balas dendam kepada penyokong Umno, tetapi beberapa hari selepas itu pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang menyokong Umno ditukar dan dipecat.

2. TUDUH BERLORI-LORI FAIL PENYELEWENGAN TANPA BUKTI: Haji Hadi membuat ketika berucap di perhimpunan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah selepas menang berkata, terdapat berlori-lori fail penyelewengan Kerajaan BN Terengganu yang lalu, tetapi sampai sekarang satu pun tidak dapat dibuktikan.

3. JANJI NAK BUAT KHARAJ: Pada 4 Disember Haji Hadi umum di Masjid Pulau Rusa bahawa akan mengadakan Kharaj (cukai untuk bukan Islam) tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.

4. BERBOHONG JUMPA MINYAK DI DARATAN: Pada 25 Oktober 1999 Haji Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mengumumkan bahawa telaga minyak ditemui di daratan Terengganu (Warta DarulIman 13-22 Disember 2000) dan akan jalankan carigali sendiri, tetapi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Haji Hadi berkata pada Disember 2000 berkata "Cuma ada tanda awal yang mungkin ada."

5. WANG EHSAN HARAM: Haji Hadi berkata di Gemuroh pada 20 Januari 2001 wang ehsan adalah haram, tetapi selepas itu berkata halal pula setelah Kerajaan Pas Terengganu turut mendapat wang berkenaan. Pada 4 Februari 2002 Haji Hadi meminta semua agensi negeri yang menerima wang ehsan agar mengambilnya.

6. BENAR TERNAK KHINZIR: Pada 15 Disember 1999 Haji Hadi menarik balik larangan menternak babi oleh Kerajaan BN sebelum ini dengan motif mendapat sokongan bukan Islam, sedangkan sebelum ini beliau menentang sebarang bentuk tolak-ansur dan pakatan dengan bukan Islam/Melayu.

7. LULUS 8 LESEN ARAK: Dulu tuduh Kerajaan BN tidak Islam kerana benarkan jual arak, tiba-tiba bila memerintah Kerajaan pada tahun 2000 Pas Terengganu meluluskan 8 lesen penjualan arak di Terengganu dengan alasan Islam tidak menghalang berbuat demikian.

8. HADI BERPELUK-CIUM DENGAN LIM KIT SIANG:Dulu pemimpin Pas kata tidak boleh berpakat dengan bukan Islam kerana jadi kafir jika berbuat demikian, tiba-tiba Pas bukan sahaja berpakat dengan DAP tetapi Haji Hadi berpeluk-cium dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

9. BUKA DAN TUTUP LOMBONG EMAS LUBUK MANDI:Dulu tuduh kerajaan BN zalim kepada rakyat kerana tutup lombong emas di Lubuk Mandi lalu dibuka semula kononnya untuk bela rakyat, tetapi sekarang ini ditutup kembali kerana tiada sambutan dan tidak menguntungkan.

10. TARIK BALIK PERUNTUKAN ADUN BN: Dulu pada tahun 2000 peruntukan RM100,000 diberikan kepada empat wakil rakyat BN kononnya Kerajaan Pas adil, tetapi mulai 2001 dihentikan.

11. GUNA KERETA MEWAH: Dulu tuduh pemimpin Kerajaan Umno guna kereta mewah tetapi pada 5 Februari 2001 Haji Hadi ketika beucap di Kompleks Seri Iman mempertahankan Exco Kerajaan Pas menggunakan kereta mewah (Mercedes) dengan alasan untuk lebih laju, selesa, elak kerosakan dan cepat sampai.

12. TIPU SULTAN MENGENAI PENERBANGAN Haji Hadi sewaktu berucap di hadapan Tuanku Al-Sultan berbohong dengan mengatakan kekerapan kapalterbang di Terengganu ialah 11 penerbangan sehari sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

13. TAK BACA FATIHAH: Exco Pas Abu Bakar Chik tidak baca al-Fatihah semasa mengimamkan solat Jumaat dipertahankan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib dengan mengatakan baca perlahan, tetapi mengapa pula Abu Bakar sujud sahwi?

14. WARTAWAN DITUDUH KERA: Pada Februari 2002 sewaktu berucap di Dungun, Haji Hadi melebelkan wartawan sebagai golongan yang lebih hina dari kera atau tupai dan apabila Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) membuat bantahan Haji Hadi berdalih bahawa dia tidak tuduh wartawan di Kuala Terengganu tapi Ketua-ketua Pengarang di Kuala Lumpur. Pada Ogos 2002 Haji Hadi berjumpa dan memuji pula Ketua-Ketua Pengarang di Kuala Lumpur.

15. DAPAT MASUK KUSZA TANPA SPM: Dapat masuk Kusza tanpa memiliki sijil SPM, terdiri dari pelajar sekolah Pas di Kubang Lembik, milik Dato' Harun Taib dan Rusila milik Haji Hadi sendiri; sedangkan syarat yang ditetapkan oleh KUSZA, pelajar mestilah lulus SPM.

16. BAHASA INGGERIS DITENTANG: Haji Hadi berkata Pas menentang pengajaran matematik dan sains Bahasa Inggeris tetapi peliknya ikut serta melaksanakan pengajaran itu di peringkat sekolah agama negeri Terengganu.

17. SAR DIBELA TAPI HANTAR ANAK KE SEKOLAH KERAJAAN: Mengecam sekolah kebangsaan dan menghasut rakyat berkaitan isu penarikan bantuan kepada SAR tetapi anak pemimpin Pas belajar di Sekolah Kebangsaan dan institusi pendidikan milik Kerajaan.

18. PUSAT HIBURAN DAN UNISEX SALON: Unisex saloon dan pusat hiburan dikatakan sudah dihapuskan di Terengganu tetapi sebaliknya berada di mana-mana di Bandar Kuala Terengganu

19. HADI TAK DAPAT MASUK KE CHINA:Haji Hadi tidak dapat masuk ke negara China, Warta Darul Iman melaporkan Haji Hadi selamat tiba mengetuai rombongan pelaburan ke China.

20. HISBAH TAK BERFUNGSI: Suruhanjaya Hisbah yang diwujudkan oleh Kerajaan Pas Terengganu tidak menjalankan peranannya membanteras penyelewengan, sedangkan skim gaji Pesuruhjaya sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.

21. EXCO AMBIL ELAUN DALAM SYARIKAT KERAJAAN: Haji Hadi berkata, Exco yang menduduki anak syarikat Kerajaan tidak ambil elaun dan buat sementara sahaja, tetapi bohong, tahun 2001 Wan Mutalib dibayar elaun RM42,408 dalam Epic (syarikat milik Kerajaan Negeri).

22. ANAK EXCO PUN DAPAT WANG ZAKAT: Wang Zakat dipergunakan sesuka hati oleh Pas termasuk dibelanjakan untuk bayar elaun kader Pas antara RM600 dan RM800 sebulan dan wang zakati itu juga diberikan bantuan kepada sekolah-sekolah milik parti Pas.

23. SYARIKAT KERAJAAN TERUS RUGI: Syarikat Kerajaan Negeri didakwa untung di bawah pentadbiran Pas tetapi sebaliknya banyak yang rugi, Pelangi Air rugi RM208 juta, Ladang Rakyat, Syarikat Percetakan Yayasan Islam dan lain-lain, bahkan ada yang dijual oleh Kerajaan Pas.

24. KRONI PAS CETAK WARTA DARUL IMAN: Akhbar rasmi Kerajaan Pas Warta Darul Iman dicetak oleh kroni Pas, Angkatan Edaran di Shah Alam, tetapi dicatatkan di akhbar berkenaan kononnya dicetak oleh Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

25. MAKSIAT BERLELUASA, POLIS DITUDUH: Terbaru awal Mei 2003 Haji Hadi membuat kenyatan bahawa Polis membawa masuk maksiat ke Terengganu. Tetapi apabila dicabar supaya membuktikan, beliau gagal membuktikannya dan membuat alasan hendak menyatakan hanya kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sendiri

ps: di kelantan pas berkuasa 20 tahun pun kebajikan rakyat langsung diabaikan so how?

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...